CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

24 December 2010

Jodoh datang mengejut

Dua minggu yang lalu, berkesempatan bertemu dengan buah hati saya setelah beberapa kali mengatur perjumpaan. Dekat tapi ternyata kengkangan masa dan ketiadaan kenderaan menyukarkan kami untuk kerap berjumpa. Ternyata pertemuaan ini mengangkat tema penting yang mahu dikongsi. Perkara yang berkait rapat dengan jalan hidup yang mungkin bakal dilaluinya. Buah hati berkongsi ‘khabar’ untuk mohon pandangan saya yang lemah ini. Terasa kerdil dalam ‘khabar’ ini. Apatah lagi, saya masih yang tidak punya pengalaman. ~melirik senyum tawa dalam hati

Buah hati saya dengan nada yang sedikit tertekan menyampaikan ‘khabar’ yang seringkali menghantui si gadis semester akhir di IPTA/IPTS. ~ternyata saya tidak sebertuah itu. Tidak lain dan tidak bukan pasti persoalan jodoh. Saya gembira mendengar ‘khabar’ itu sedang buah hati saya runsing memikirkannya. Maka, saya cuba selami kerunsingan buah hati saya ini. Setelah berdiskusi soal ‘jodoh datang mengejut’ maka saya putus begini:

© Tak mencintai [Cinta bisa dipupuk selepas ikatan perkahwinan kerana sememangnya cinta yang halal hanya selepas aqad.]

© Tidak mengenali pasangan dengan lebih dekat [Tempoh pertunangan adalah masa-masa terbaik mencari keserasian, dan inilah sebenarnya cara Islam sebenar bukan pertunangan kerana adat.]

© Jodoh aturan keluarga [Rumahtangga yang terbina perlu keredhaan keluarga, insyaallah usrati mawaddah wa rahmah.]

© Tidak bersedia

© Terasa kekurangan diri

© Masih belum menemui masa depan [Masa depan yang lebih cerah akan terbina melalui perkongsian hidup, beban yangberat menjadi ringan bila ada yang membantu.]

© Rasa tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang ramai

Family buah hati saya ini sangat terbuka untuk menerima hakikat jodoh anakanda mereka di awal usia 20an. Dan saya, juga menyokong dan mendorong buah hati saya untuk berfikir secara logik tanpa sekali mengenepikan mujahadah kepadaNYA, solat dan berdoa tanpa henti diberi petunjuk yang benar. Jalankan dua perkara sebelum memutuskan jawapan, pertama Istisyarah yakni berbincang dan kedua adalah istikharah.

“...Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk...”

(Qs. Al Qashash (28): 56)

Jelas kerisauan buah hati saya lebih berlegar pada perkiraan jodoh atas hubungan antara kedua keluarga. Kebimbangan buah hati saya berasaskan rasa lemah dan kekurangan dirinya berbanding si akhi yang khabarnya soleh, ditarbiyyah dan berfikrah. Hakikatnya, tidak kurang juga dengan buah hati saya cuma mungkin rasa yakin diri yang kurang untuk insan lain menerima kekurangan dirinya membuatkan buah hati saya kuat untuk merasakan dirinya tidak layak untuk si akhi. Dibimbangi si akhi hanya menerimanya atas sandaran keluarga dan setelah ijab dan qabul dikhuatiri si akhi tidak dapat menerima dirinya seadanya. Malah takut-takut, dirinya tidak dapat memenuhi sebagaimana yang dijangkakan oleh keluarga akhi atau si akhi sendiri.

Buah hati saya, andai jodoh telah mendekat padamu, terimalah ia apatah kiranya dia adalah soleh.

“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.”

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Buah hati saya, dengan perkahwinan kita bisa memantapkan lagi tarbiyyah diri. Kita bisa lebih teguh menjalani liku-liku kehidupan, kita akan makin senang melebarkan dakwah. Kembali selongkar isi kandung Maratib Amal, bagaimana jalan membina Ustaziyatul Alam yang bermula dengan individu muslim, kemudian BAITUL MUSLIM dan .........



Buah hati saya, kiranya telah tiba masanya dirimu dilamar dan telah terbentang luas laluan jodohmu maka segeralah bernikah. Usah ditunggu lagi. Insyaallah, DIA bersamamu. Mudah-mudahan DIA memberi kekuatan untuk buah hati saya. Berpeganglah pada hadis Rasulullah s.a.w:

“...Wanita yang diberkati adalah wanita yang cepat perkahwinannya, murah maharnya dan cepat pula diperolehi anaknya....”

Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.

(Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

Buah hati saya, walaupun jodohku belum tiba pada saat ini aku tidak akan bakhil untuk mendoakan kelancaran jodohmu. Pasti yang baik-baik sahaja doa dan harapanku untukmu. Walaupun aku pasti bahawa, pabila kau melangkah memasuki gerbang BAITUL MUSLIM, kita pasti berbeda, dunia kita takkan sama lagi namun aku sekali tidak akan kesal untuk semua bakal berlaku itu kerana kebahagian kau adalah kebahagiaan aku. Andai benar jodoh buah hati saya dengan si akhi tersebut, maka panjatan doa moga dia bisa menyayangi buah hati saya kerana Allah, membimbing buah hati saya untuk lebih dekat padaNYA, bersama tetap kekal dalam medan dakwah. Amin Ya Rabbal amin.. ~senyum dan gembira untuk buah hati saya.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@