JOM KLIK sini UNTUK WINDOW SHOPPING & SETERUSNYA BERSHOPPING PELBAGAI BARANGAN YANG DITAWARKAN UNTUK ANDA.
TAMPIL CANTIK DAN ANGGUN NAMUN MASIH DALAM GARIS SYARIAT.. AYUHH...JANGAN TUNGGU LAGI
PENGENALAN UNTUK SEMUA
Inilah hasil akhir setelah hampir 3 kali bertukar wajah Warna yang sangat serasi dengan HAWA
Terdapat t-shirt muslimah biasa, t-shirt muslimah ala blouse, t-shirt labuh kanak-kanak dsb
Cantik bersama Mary Kay.....produk kecantikan antarabangsa yang sangat terkenal
1. Skin Care
2. Makeup 3. Spa & Body
4. Fragrance
5. Mens
Dan tudung lycra yang tengah famous sekarang ni..... ada banyak jenis:
Lycra Labuh - sesuai untuk yang bertudung labuh Lycra Scallop - jenis pusing n still saiz besar Lycra butang - butang kat belakang untuk kemasan Lycra biasa - terdapat dalam pelbagai sazi S,M dan L
ZIKIR utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata. Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.
·Zikir dengan lisan saja.
·Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.
·Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.
·Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya.
Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : “Yang pertama sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai.”
Firman Allah bermaksud: “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam syurga.” (Hadis riwayat Muslim)
Hikmat lain adalah :
·Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
·Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
·Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
·Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
·Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
·Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
·Memperoleh pohon tamar dalam syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
·Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
·Dapat membina rumah dan juga istana dalam syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
·Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada neraka jahanam.
·Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
·Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
·Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
·Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
·Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
·Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil .
·Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh malaikat. Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya bermaksud: “Ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku akan mengingatimu.”
Nak…….nak………….. nak………… nak jugak….......... Aduh, sangat parah dan gawat nie kerana ambo telah di landa sindrom keinginan meluap-luap. hohohooho. Jangan pikir yang bukan-bukan pulak. Ambo sebenarnya ketagih nak menjahit, menyulam dsbnya. Ntah kenapa tetiba tangan ni rasa gatal sangat nak buat keja-keja feminisme nie.
Dah tu plak baru-baru ni dapat kenal rakan YM pangkat kak laa yea. Kenalan ni walaupun bekerja tetapi hobi suka menjahit dan siap ambik tempahan menjahit tudung ID yang tengah famous sekarang ni. Sembang punya sembang sampai la masuk bab mesin jahit nie. Macam-macam cerita pasal mesin yang kuar……. dah tu plak lagi laa rancak bila kak ni story dia pun baru jaaa beli mesin jahit yang canggih lagi manggih yang berharga ribu-ribu lemon jugak tue. Ceta citu berkenaan mesin nie sehinggakan terbawa dalam mimpi dan menguatkan lagi sindrom ambo untuk memilikinya. Ambo pun guna laa peluang nie tanya punya tanya pasai harga, fungsi, jenama dll untuk buat rujukan kemudian hari.
First tu memang berkenan sesangat dengan jenama EPAL yang amat popular malah dengan pelbagai fungsinya tapi berdarah jugak laaa bila dengar harga, RM2000 lebih jugak la. Ikut hati sapa laa yang tak mau jenama EPAL yang best tu tambah plak dengan pelbagai kegunaan dan siap da kelas khusus lagi untuk kita belajar cara penggunaannya hingga mahir dan dapat buku percuma lagik. Sebulan kita akan diajar dengan 2 projek cuma bahan projek jaaa laa kita beli sendiri. Ambo yang dah teruja sesangat nak miliki mesin jahit sendiri bagitaw laa kat kak tu kalu nak beli pun dalam bajet RM1000 ke bawah. Persoalannya bilakah akan ambo beli??
Tup……tup…….kak tu siap bagi blog suh ushar kot-kot ambo tui-tui nak beli mesin jahit yang variasi kegunaan dengan harga yang mengikut bajet kita. Lumayan tu…Ambo pun layan laa blog tu. Hebat dan kagum…. Kak tu bagitaw jenama BROTHER juga bagos so ambo tengok laa promosi besar-besar dia yang sangat menarik lagi tertarik tu.
Ushar punya ushar dan kaji serba sedikit jatuh laa cintan ngan XL2630 jenama BROTHER. Harga pun bawah RM1000....... dalam RM800 ja termasuk kos penghantaran. Agak-agak ok laa kan?? Lagi laaa rasa nak rembat jaa mesin BROTHER bila tengok dia punya fungsi dan kelebihan. Jom tengok skit:
1. 25 Pattern 2. Bunyi lebih senyap 3. Ada guide utk masukkan benang dlm lubang jarum (tak payah cucuk2) 4. Boleh buat jahitan sembat (pattern utk jahit sembat sedia ada) 5. Bobbin muatan atas (toploading, jadi memang pantas) 6. Sebelum jahit, benang bawah tak payah naikkan atas. Terus jahit sahaja 1. Jahit getah seluar 7. Jahit kain tebal spt jeans & denim 8. Jahit kain nipis (muslin / voile) @ kain stretchy (kain jersey/ lycra) (cuma kena tukar saiz jarum mengikut jenis kain sahaja) 9. Jahit lubang butang 1 langkah, adjust jarak jahitan dan saiz corak secara manual, terdapat guide masuk benang jarum secara semi-auto
Aksesori tambahan yg diberikan bersama,
1. Tapak Zip 2. Tapak lubang butang 3. Tapak Jahit Butang 4. Tapak Jahitan Biasa (Normal)
Tapi mana laa ambo nak cekau duit banyak tu??? Nak minta merengek kat ibu n ayah ambo?? Idak laa gitu. Malu laaa dah beso panjang ni kot laa zaman kanak-kanak rebina. Dah laa ngan hujung tahun ni kenduri kak long aggg, ambo sendiri nak masuk study aggg..... aduhhh, banyak betul lagik perkara/benda utama yang perlu diutamakan. Tapi.................................................ini pun penting gak. Benda ni pun boleh jadi aset untuk hasilkan duit yang lebih banyak. hohhohohohohho. Saya mahu menjahit sesangat saat ini.
Please...........help me......... help me......... belikan ambo sejibik, ambo rayu nie. Hadiahkan ambo menantang ni. Nanti bila ambo da beranakkan duit ngan mesin nie ambo bayaq laa bleh duit kalian.Boleh laaaa.........boleh laaa.............
Pak Ali:Mat, hang tengok budak-budak tu. Tak sudah-sudah dari tadi main dam.Nie dah nak masuk maghrib dah pun.
Pak Mat :Tu laaa…..nie x leh jadik nie. Jom kita p ajak budak tue semua p solat kat masjid tue.
Pak Ali :Hahh…eloklah tue. Jom Mat kita p kat depa.
Pak Mat dan Pak Ali menghampiri kelompok budak-budak kampung yang sedang asyik bermain dam.
Pak Ali & Pak Mat :Assalammualaikum…..
Budak-budak kampung :Wa’alaikumsalam…
Pak Ali & Pak Mat :Anak-anak,dah-dah laa main dam tu.Tak dak pekdah pun. Jom p solat kat masjid, lagipun dah nak azan maghrib dah nie.
Budak-budak kampung :Orait-orait…sat lagi kami follow. Pak cik-pak cik p dulu. Comfirm satgi kami p siap jadi imam lagi. (pakat ketawa seperti memperolok-olokkan)
Walaupun dari kain yang sama tapi lorekkan dari tangan yang berbeza akan menghasilkan corak yang berbeza. Sepertimana kaedah yang berbeza dalam situasi yang sama akan menghasilkan impak yang berbeza. Kain di umpakan sebagai situasi, kaedah di ibaratkan seperti lorekan dan impak adalah corak. Jangan pening-pening nak pikir sampai nak pecah kepala sebab benda ni simple jaa pun.
Tangan-tangan yang halus….yang bisa menari lembut mampu menghasilkan corak yang sangat baik. Makanya kaedah yang lemah lembut and penuh hikmah dapat menjinakkan hati-hati yang keras. Terjun ke dalam kelompok mereka lantas peluk dan dakap erat hati-hati mereka. Bila hati mereka tersentuh dengan mudah mereka sendiri akan meneladani kita. Tapi INGAT!!!! Kena kuat IMAN, jangan sampai kita yang terjerumus dalam kelompok mereka.
Pelik jek tajuk entry kali nehh. Jeruk tu besanya buahan-buahan laa means makanan. Buah-buahan yang diperam lama untuk mengenakkan rasanya. Kat Penang ni banyak laa jeruk...cakap jaa nak jeruk apa. Jeruk pala, jeruk mempelam, jeruk salak, jeruk jambu Don't worry, ada jaa.
Oppsss......terlebih suda. JERUK KONVO???hahahaahah Sebabnya i dah peram laam gambar konvo nie. Dah berbulan pun...nie baru nak kuarkan n tayang pada dunia. hehehe.
Buhh nama jeruk sebab jeruk tue sedap....macam gambar nie. Walaupun dah lama tapi tak basi key! Still fresh untuk ditatap.
Untuk PRA-KONVO
hUHAHAhaahaa bersama kengkawan di PUTRAJAYA di malam hari. Sakan sampai ke pagi tapi ramai-ramai k. Untuk kali terakhirnya.... Ntah bila plak berjumpa.
Walaupun tak ramai yang dapat joint malam nie tapi boleh laa tahan Konvoi 3 keta kalu tak silap.. Keta WAN, YIH dan RIEZ.
* * * * *
Nie bertambah over......baru dapat carik baju konvo Sesi terai+menerai....tambah sesi fotogedizz Kat umah tumpangan kawan kakak. Tumpang bermalam 3 hari 2 malam.
Chantek bangat view kat sini tapi tangkap gambaq tak terang lak. Nie baru untuk sesi pra-KONVO. Nantikan plak KONVO part 1 and part 2.
Masyaallah...dah bersawang-lawang blog nie sebab tak update. Sampai nak tembus masuk dalam blog nie pun susah amat. Tebal sungguh sawang and berkepuk-kepuk habuk. Jappp ehh...nak cuci skit lu sawang-sawang blog nie. Rimas jaa rasa nak menaip. ~ngehhh...ngehh..ngehh~
Apa eikk alasan terbaik?? Nak kata tak dak tenet kat umah, siap ber'wireless' agg. ~bukan nak bangga tapi nak habaq mai ja~Nak kata lektrik kat umah kena potong, tak juga coz kak lomg i siap org TNB agg. ~sesaje promote kakak ku~ Tak dak idea, bukan gak sebab kat minda nie rasa macam-macam ada nak tulih. Hurmm...parah gak lagu nie kan?? Sebenaqnya punya banyak benda nak tulis sampai tak taw nak tulih apa. ~aik,siap da degree pun x taw nak tulih apa ka?~
Alhamdulillah...masuk bulan ni kira-kira dah 4 bulan aku tamat pengajian dan 22 hari aku telah bergraduasi. Lama jugak aku dok kat umah, so apa yang ku dah buat selama tempoh masa tu??
Then +, -, /, x, maka berbaki laa lebih kurang 3 bulan lagik sebelum aku melangkah semula ke menara gading. So apa lagik nak buat eikk?? Insyaallah dalam masa 3 bulan berbaki nie aku ada agenda nak mempersiapkan diri selengkap mungkin insyaallah sebagai persediaan untuk menyambung pengajian dalam peringkat SARJANA. Bangga ka?? Sowi laa....tak da rasa tue pun. Besa ja ku rasa, sapa-sapa pun boleh sambung kalu nak. Niat just tuntut ilmu, tunaikan harapan ibu ayah and tak perlu nak riak.
*****oppss, pensyarah i sudah datang so nak kena buat keja skit. Nanti free i sambung blek sebab banyak agg nak tulih*****
Salam ceria buat warga tetap blog, pengunjung blog, pengintai senyap dan sesiapa sahaja yang pernah melangkah ku dunia mayad@r! K@c@m@t@ y@ng b3rb3z@. Agak lama mengunci diri dalam dunia sendiri di alam realiti. Kini kembali menerjah dunia maya dengan wajah baru dan segar. ~moga disukai ramai~
Dalam ku kunci diriku........ku temui sesuatu yang berharga. ~akan diceritakan dalam entry yang akan datang~ Diriku bukan dikunci tapi aku yang menguncikan diri sendiri.Terkunci bererti paksa sedangkan mengunci diri adalah kerelaan. Biar diriku kunci namun tidak minda, hati dan perasaan. Mengunci diri untuk merencana dan mengatur masa depan dan menyusun perjuangan yang takkan pernah selesai.~sebagai khalifahtullah~
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.