CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

25 March 2011

Di mana kita???



Manusia itu bisa berubah. Dari baik kepada yang lebih baik, dari jahat kepada yang lebih jahat, dari baik kepada jahat dan dari jahat kepada baik. Pengalaman hidup banyak memperlihatkan pada saya bahawa manusia itu boleh berubah-ubah. Kita tahu siapa kita hari ini tapi kita belum mampu pasti siapa kita untuk hari esok dan masa akan datang.

Manusia bisa BERUBAH. Melakukan perubahan bukan sesuatu yang mudah. Sementara perubahan memerlukan pengorbanan besar. Manusia bisa berubah boleh dilihat dalam beberapa konteks.


(1) Baik kepada buruk

Melihat seorang yag dahulunya sangat menjaga hubungan dengan Allah namun kini tidak lagi. Dahulunya sangat rajin solat berjemaah tapi sekarang langsung tak mengenal sejadah. Yang cukup menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, sekarang bergaul bebas tanpa batas.

Kita bertanya kenapa???? Apakah kita lupa bahawa Allah mampu menurunkan tingkat diri sseorang dari baik kepada sebaliknya. Kita lupa… sehingga kita mudah sekali memandang hina mereka-mereka yang hidup bergelumang dosa. Atas kelupaan ini juga kita kerapkali melabel individu dan kelompok lain dengan segala yang tidak baik dan memandang sinis terhadap mereka. Kita menjauhkan diri daripada mereka atas kelupaan kita bahawa manusia bisa berubah.


Saat ini, kita masih dalam nikmat iman dan Islam.

Apakah selamanya?

Adakah hak milik kekal??


Jangan terlalu sombong dan angkuh mendabik dada bahawa ianya milik mutlak diri!! Yang lebih afdhal kita tadahkan tangan mensyukuri nikmat iman dan Islam yang kita rasai. Kita sebar luaskan pada yang lain untuk sama-sama merasa manisnya nikmat iman dan Islam.

Jangan berasa terlalu aman dan selamat berada dalam zon selesa. Jangan terus merasa diri sudah cukup sempurna, cukup amal, sempurna iman dan bagus Islamnya. Tidak perlu angkuh menghitung kebaikan dan pahala yang telah dilakukan tapi jadilah hamba yang rendah diri dengan menghisab berapa banyak keburukan dan dosa yang telah dilakukan dan cara menebusnya.

Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak dosa orang lain lakukan, tetapi lihatlah kebaikan-kebaikan yang dia ada sebagai motivasi untuk mengajaknya kepada kebenaran. Dan jangan sibuk mengira-gira dosa orang tapi lihatlah kebaikan yang mungkin pernah dilakukan mereka buat motivasi diri.

Realitinya, tersangat ramai orang yang mempunyai kefahaman Islam, mendapat pendidikan agama dari kecil tetapi tidak mengamalkanya. Ramai yang satu ketikanya turut serta dalam usrah, tapi kini kelakuan langsung tak berfikrah. Ada jugak yang berhijab labuh menutup aurat suatu masa dulu, dan kini sepertinya bertelanjang bulat. Astaghfirullah…. Mudah-mudahan kita dipeliharaNYA.

Bersamalah kita jadi hamba yang bersyukur dengan melipat gandakan amalan. Dan rasa syukur kita kembangkan dengan mengajak lebih ramai orang untuk sama-sama berteduh di bawah rahmat iman dan Islam.

Jangan sekali pernah mengeji mereka yang diuji!!!!


(2) Buruk Kepada Baik

Kain buruk yang dibasuh mungkin lebih bersih suci dari kain yang baru. Mungkin kita lupa hakikat bahawa yang buruk mungkin menjadi lebih baik dari yang baik.

Suatu ketika dahulu mungkin seseorang itu banyak melakukan dosa, sering berbuat kesalahan, selalu tersilap dalam tindakan. Lalu kita tidak menyukainya atas apa yang dilakukannya. Setelah berlalu beberapa waktu, kita temui dan mendapati orang itu telah berubah, berbeza dari dia yang dulu. Perubahan mungkin tidak secara menyeluruh dan 100% namun terlihat titik peubahan itu. Namun kita sangsi…. Dan hati mula berbisik jahat dan bibir mengungkap:


“konon nak tunjuk baik laa tuh”

“berlakon jaa lebih”

“tak boleh ingat laaa apa dia dah buat kat ku dulu”

“jenama jahat, boleh baik sat jaa la”

“nihh buang tabiat kowt.. tak lama dah laa tu”


Kita terlalu prejudis….langsung tidak mengamati apatah menghayati usaha perubahan yang dilakukan oleh seseorang itu. Sedang kita tida sedar betapa sukarnya melakukan perubahan dalam hidup. Berubah menjadi jahat memang mudah tapi berubah dari menjadi baik adalah sesuatu yang amat sukar. Kita langsung tidak cuba untuk menyelami betapa sesalnya seseorang atas perbuatan masa lampau. Betapa dia sedang berjuang bermatian-matian untuk meninggalkan sifat-sifat kotor masa lampau.

Lebih kejam bila kita menidakkan perubahan seseorang. Kita tetap sebok mencari salah silap seseorang yang berubah ke arah kebaikan. Dan salah yang kecil dan sedikit dicanang merata untuk menutup perubahan kebaikan yang telah diusahakan. Segala dosa masa lampau kembali dibongkar. Apa-apa sahaja yang jelak tentang orang itu pada masa lalu diheboh seantero dunia. Inilah penyakit masyarakat…. Yang tidak pernah mahu sedar bahawa manusia itu bisa berubah.


(3)
Sekejap Baik Sekejap Buruk Kemudian Baik Balik

Dan sebelum kita terlupa lagi…. sedarlah bahawa manusia itu, imannya ada kadar turun naik. Kita bukan malaikat yang imannya kekal pada Allah. Kita hanya insan…. Penuh dengan sifat lalai dan apla.

Kita mungkin mengenal seorang yang dulunya sangat warak lagi soleh. Dan kemudian dipertengahan perkenalan, teman itu berubah, melakukan perkara-perkara yang dahulu sangat dijaganya. Kita jadi tidak enak dan selesa dengan perubahannya…

Jadi apa tindakan kita??

Si jumud: Terus mengutuk, mengherdik dan memboikot dengan alasan bahawa teman tadi cakap tidak serupa bikin, tidak lagi mampu berubah dll.

Si arif: Cuba mendekati… memahami situasi sebenar. Cuba bantu untuk teman kembali pada jalan yang lurus.


Dan kemudian teman kita kembali berubah kembali ke arah kebaikan. Tapi kita?? Menolaknya jauh kerana rasa dikhianati Membuangnya terus kerana menganggap dia tidak lagi boleh dipercayai. Sedang dia sebenarnya diuji. Betapa kita tidak mengerti betapa sukarnya dia, beratnya beban ujiannya. Kadangkala, manusia yang terjerumus ini, bukan dengan kehendaknya. Dia terperangkap. Mungkin terperangkap atas unsur orang lain, dan ada juga yang terperangkap kerana tidak sedar.

Janganlah kata dia budak agama, takkan dia tidak tahu. Janganlah kata dia anak imam alim ulama, takkanlah dia tidak tahu. Habis, Ka’ab bin Malik itu sahabat Rasulullah, mustahil dia tidak tahu bahawa pergi perang itu salah? Abu Dzar Al-Ghifari itu sahabat Rasulullah, masakan tidak tahu bahawa memanggil Bilal bin Rabah sebagai ‘anak hitam’ itu salah?

Maka….atas titik inilah kita perlu sedar dan faham. Bahawa manusia itu, imannya ada turun dan naiknya. Manusia ini akan sentiasa diuji. Orang telah diuji dan mungkin kita belum diuji. Di sinilah kita memainkan peranan dengan memberi sokongan dan dorongan kepada mereka-mereka yang diuji agar lepas lulus ujian tersebut. Supaya nanti, andai kata kita pula diuji, moga Allah permudahkan uusan kita.

Ayuh bersama kita berdoa agar kita serta yang lain berubah ke arah yang lebih baik dan sentiasa dalam limpah rahmat kasih sayangNYA. Moga-moga, perubahan-perubahan yang Allah berikan kepada kita dalam kehidupan ini hanyalah kehidupan ke arah kebaikan semata-mata. Moga-moga, Allah mengubah kita dan mengubah manusia di sekeliling kita ke arah kebaikan.


Sentiasalah kita muhasabah diri..

Terus berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..


Insyaallah dengan memahami realiti dan sunnatullah perubahan inilah, akan terlahir rasa mengambil berat akan diri dan orang lain. Dengan memahami perkara inilah, kita akan lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga diri. Dengan memahami perkara inilah, kita akan bergantung lebih kepada Allah SWT.“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Surah Ali-Imran ayat 8.


No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@