Ramadhan terusan berlalu....antara sedar dan tidak sudah hampir 2 minggu kita menjalani tuntutan rukun Islam yang ke-3 iaitu, PUASA. Ramadhan semakin meninggalkan kita dengan sedikit masa untuk masing-masing berlumba-lumba melakukan amal ibadah dan mengupgrade iman.
Hari ini persamaan 17 Ramadhan....merupakan tarikh agung di mana peristiwa penting berlaku iaitu penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad. Penurunan ayat pertama di Gua Hira', dikesampingkan Nabi Muhammad dipilih dan diangkat sebagai oleh Allah s.w.t sebagai RasulNya untuk memimpin seluruh umat manusia dan bertanggungjawab menbawa risalah Islam.
Turunnya Al-Quran adalah untuk menjadi petunjuk kepada seluruh manusia dalam menguruskan kehidupan duniawi. Al-Quran menjadi sumber rujukan penting umat manusia sebagai inmstumen penerangan dan penyelesaian kepada permasalahan manusia hingga ke hari kiamat. Allah berfirman:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”
[TMQ al-Baqarah (2):185].
Nurzul Al-Quran juga menjadi titik permulaan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam medan dakwahnya....Maka, tidak boleh tidak kita sekadar mengambil mudah peritistiwa ini dan membiarkan ia berlalu sepi. Seharus dan sewajarnya kita memperbaiki diri dengan bermuhasabah. Semoga kedatangan Nurzul Al-Quran kali ini menjadi peringatan berguna buat diri untuk mempertingkatkan amal ibadat wajib + sunat.Peringatan buat Nur Khairunnisa Saad......rajin2 buat amalan sunat, jangan malas solat terawih, pasti habis tadarus al-quran 30 juz n jangan tinggal posa melainkan boleh.
No comments:
Post a Comment