CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

17 September 2008

.::bUATMU SuAmi & buATku IstERi::..

Buat renungan bersama (^_^)




Untukmu SUAMI.....
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
ISTERI yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru ISTERImu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama,
ISTERI menjadi tanah kamu langit penaungnya,
ISTERI ladang tanaman kamu pemagarnya,
ISTERI kiasan ternakan kamu gembalanya,
ISTERI adalah murid kamu mursyidnya,
ISTERI bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya,
Saat ISTERI menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika ISTERImenjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya ISTERI tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya,
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa......
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
Kerana memiliki ISTERI yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah saw,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
Cuma SUAMI akhir zaman yang berusaha menjadi soleh,
Amin Ya Rabbal Alamin....


Untukku ISTERI....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia,
SUAMI yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Ayyub,
Atau pun Segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf,
Justeru SUAMImu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh,
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban,
Bersama SUAMI menjadi pelindung kamu penghuninya,
SUAMI adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya,
SUAMI bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya,
Saat SUAMI menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika SUAMI menjadi bisa kamulah penawar ubatnya,
Seandainya SUAMI bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya,
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.

Kerana memiliki SUAMI yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara,
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.
Amin...

Justeru itu wahai para SUAMI dan ISTERI......
Jangan menuntut terlalu tinggi......
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan ISTERI sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah......
Mengapa mengharapkan SUAMI setampan Yusof
Seandainya kasih tak setulus Zulaikha......
Tidak perlu mencari ISTERI secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
DAN
Tidak perlu mencari SUAMI seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

2 comments:

affanazami said...

=)

.::AdNiSya3108::. said...

(^_^) senyuman kak manis ag affan..hehehe.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@