CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

14 April 2011

EGOISkah aku??

Seringkali sisi yang itu mencebik

Menuduh aku EGOIS..

Juga selalu, sisi yang itu mengherdik

Memaki aku EGOIS..

Katanya aku bakal sengsara dalam timbunan EGO.


TIDAKKK!!


Tersentak aku seketika..

Tergaman sebentar..

Mencari kebenaran di balik katanya.


Aku bukan EGOIS…

Aku sayang…

Cuma aku tidak pandai mempamerkannya

Aku kasih…

Namun aku tidak mampu meluahkan….

Aku cinta..

Tapi aku tak mampu bereaksi apa pun..


EGOISkah aku??


Aku sayang kerana Allah

Aku kasih kerana Allah

Aku cinta kerana Allah


"Apakah mereka yang tak pernah MEMAHAMI, atau aku yang langsung tak pernah MENGERTI?"


Maaf, aku bukan SANG EGOIS

….. aku bimbang dilukai, disakiti, dikhianati, ditinggalkan pergi……

Cukup berbaki merasakan ‘sakit-sakit’ lama

Tidak mahu diulang siaran..

Bisa aku merasa…



Sekali aku mengatakan kau SAHABATku, selamanya ia kekal dihati ini.

Sekali kasih, sayang dan cinta atas nilai persahabatan tidak dimengertikan

Tidak langsung difahami…

AKu tetap setia…..

Menjadi SAHABAT yang akan selalu ada

Dalam tiap suka duka, tawa nagis, bahagia derita kamu


Apa sahaja yang aku lakukan…

Tidak pernah ku minta balasan…

Tidak perlu diberi upah dan ganjaran

Tidak harus mengucap terima kasih

Semua adalah kasih sayang cinta ku atas nama SAHABAT


Apakah kamu masih menuduh aku EGOIS??

Mungkin… kerana aku tidak pernah jujur pada diri sendiri.

Sering menyorok rasa sendiri-sendiri.

Tidak mahu buat yang lain faham..

Kerana yang aku perlukan bukan kasih simpati

Tapi aku dambakan ukhuwwah fillah penuh aura ikhlas


Aku bukan sahabat yang baik

Tapi aku senang berusaha untuk menjadi yang terbaik bagi sahabatku

Dan paling utama…. KEJAUHAN itu meresahkan aku.


Apakah aku EGOIS???


Sendiri dalam rasa yang sunyi tanpa patah kata.

Itu aku!!!

1 comment:

Tuan Auz said...

mungkin bleh explain dan ceritakan kepada kawan2 lain kenapa anda begini. =) disalaherti egois.

asalkan pendirian kita yg telus dan ikhlas, di redhai Allah, itu sudah mencukupi. =)

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@