CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

06 June 2011

PADAH MULUT SENDIRI…

Mualimmah dah kahwin?

Mualimmah bila nak kahwin?

Mualimmah cepat la kahwin..


Jawapan STANDART dan reality


Mualimmmah tak kahwin lagi la..

Tadak orang nak la…

Mana ada calon….

Antum TOLONG laa carikan untuk mualimmah…


------- HABIS DI SITU --------


Maka nak jadi ceritanya, aku TERJEBAK. Aku terlupa rupanya aku bercakap dengan anak murid yang sudah semakin matang dan bukan lagi anak murid darjah 3 yang ku ajar dahulu. Apa?? Bagaimana? Bila?? Kenapa? Terjadilah keadaan di mana anak murid ingin menjodohkan aku dengan bapa saudaranya. Dan mudahnya jawapan aku seperti selalu dan pada mana-mana lelaki; “Jika berkeinginan mahu memperisterikan aku, silakan berjumpa ibu dan ayah. Mohon restu mereka”. Begitu juga ku katakan pada anak murid aku. Mahu ketawa pun ada juga… sepertinya anak muridku yang sangat teruja menanti hari bahagia MUALIMMAH KHAIRUNNISA mereka.

Malam itu, anak muridku bertanyakan aku; “Apa ciri calon suami yang mualimmah mahukan?”, “Mualimmah memilih tak?”, “Mualimmah nak tak jadi mak saudara saya?” Lemah jaaa rasa hendak menjawab soalan-soalan sebegitu. Berbicara soal ini diperpanjangkan melalui chat fb dan sms hp. Kemudiannya anak muridku mengajak keluar bersama emak dan bapa saudaranya. Pasti sekali aku menolak, bukan kerana SOMBONG cuma aku tidak biasa begitu dan itu bukan caraku. Mudah lagi bicara urusan jodoh melalui ibu dan ayahku, aku lebih selesa. Mereka lebih layak menguruskannya untuk aku.


Elak seelak-elaknya………. Tetap tidak dapat mengelak bilamana dapat panggilan telefon. Rupanya emak anak muridku itu menghubungiku untuk berbincang secara serius dan ‘direct’ berkenaan hasrat hati menjodohkan aku dengan adiknya (bapa saudara kepada anak muridku). Masyaallah, malu tidak terkata rasanya kerana belum pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Huhuhhuhuhuu. Rumusannya, emak anak muridku mahu berjumpa secara empat mata denganku, ingin melihat aku dan temukan aku dengan adiknya.Aku cuba menolak dengan baik untuk berjumpa melainkan dating secara terus ke rumah. Namun emak anak muridku TETAP ingin berjumpa denganku. Malu alah aku kerana dalam masa yang sama aku menghormatinya sebagai emak kepada anak muridku, rasa tidak sopan menolak untuk berjumpa dengannya.

Akhirnya aku akur dan mengalah…. Sekadar berjumpa dengan emak kepada anak muridku atas rasa hormat dan berkenal-kenalan. Hakikatnya, rasa sangat SEGAN yang menebal.Rasa sangat berat hati menanti usai zohor……… tidak tahu untuk berkata apa bila berjumpa nanti.


Kringg…


Kringg…


Ringgg…


Ringgg….


Lebih dan kurang jam 10.00 pagi emak kepada anak muridku itu menghubungiku. Dah tutur bicaranya sangat-sangat melegakan aku. Pertemuan yang dirancangkan BATAL. Aku individu paling GEMBIRA. Fullstop!!!!!

Tapi pastinya cerita ini tidak tamat di sini kerana emak anak murid aku minta agar diadakan juga pertemuan di lain kali. (~_~)



1 comment:

anafarhana said...

wah..nnt jadi..sila gtau pd sya ye..hihi..smoga dpertemukan dgn jodoh yg tbaik utk diri, agama dan kluarga k.nisa' ye...=)

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@