.......dalam kita melangkah terkadang kita diuji
Dan ujian yang tertimpa terasa berat sehingga kita jatuh terduduk lantas menangis.
Peritnya terasa hingga ke lubuk hati yang paling dalam.
Tapi ketahui dan renungkan kembali ke dalam diri...
Kerana mungkin airmata kita menitis....
Kerana DIA mahu kita kembali menjahit sejadah IMAN
Yang kini kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keIKHLASan.
Ya Allah,
Kuat dan tabahkan hatiku untuk terus melalui perjalanan hidup ini
Aku tak terdaya untuk menempuhnya seorang diri
Luaran aku tabah dan cekal
Namun segala peritnya aku pendam rasa
Sampai bila pengakhirannya???
Tidakku minta diluar kemampuanMU
Hanyaku mohon kau campakkan secebis kekuatan
Aku ingin terus kental berhati waja hingga ke akhirnya
HATI BESI jika itu mampu buat aku kuat bertahan
Tersungkur, rebah dan terbaring tidak mahu lagi.
Akan ku pacu jalan hidupku
Terus ke hadapan... mengelak segala lencongan
Aku mahu sampai ke pengakhiran dengan rasa kehambaan bertuan padaMU.
Ya Allah...... Ya Rabb......Ya Ilahi
Hanya padaMU.
2 comments:
ujian datang dengan pelbagai cara & bentuk tidak kira kepada siapa ianya datang
Yea...
Saya redha apa saja ujianNYA.
Post a Comment