CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

18 October 2008

..::SEkitar PerHIMPUNAN amaN::..

Agak mengambil masa untuk menge'post' entry terbaru....Perkhidmatan e-jaring masih dalam tempoh percubaan so servernya masih tidak stabil. Adakalanya ok dan kerapkalinya ko. hehe. Pape pun bersyukur gak dengan apa yang ada. Ok, berbalik kepada apa yang ingin dikongsi untuk tatapan umum.

Sekadar perkongsian beberapa picture dari lensa kamera ku. Picture sekitar PERHIMPUNAN AMAN MAHASISWA/I untuk menyerahkan memorendum (yang tak pernah dipedulikan selama ni) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Tan Sri Khalid Nordin. Memorendum berkenaan 'Tuntutan Mahasiswa Berhubung Pilihan Raya Kampus' beserta dokumentasi kes-kes salah laku dalam pilihan raya kampus lalu.

Sudah terlalu banyak komentar, pandangan, pendapat, hujah, suara-suara dan sebagainya dari pelbagai pihak berkenaan perhimpunan ini. Ada pihak yang menyokong, ada juga yang membangkang dan tak kurang juga yang tidak mempedulikan langsung.....Persamaan atau perbezaan bukanlah suatu permasalahan. Kita bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa. Kita hanya hambaNya yang datang daripadaNya dan akan kembali jua menemuiNya. Tidak perlu bertelingkah kerana pertentangan yang wujud, cuma perlu menghormati setiap yang ada.

Jom melihat beberapa picture yang mungkin bisa menggambarkan dan menceritakan sesuatu. Pastinya setiap individu memandang "Dari Kaca Mata Yang Berbeza'. Hakikatnya perbezaan mampu membawa kita kepada penyelesaian permasalahan (betul atau tidak boleh aje merujuk pendekatan pluralism).



~Majlis Perasmian NCC,UKM di penghujung acara ~

[ Jika dilihat dari awal, para pengawal sudah mula berjaga-jaga seperti dapat mengesan akan berlakunya sesuatu. ]

[ Satu suasana yang agak mengejutkan bagi pihak pentadbiran UKM (berbaju biru batik) melihat penyertaan ramai mahasiswa/i di perasmian NCC. ]


~ Mengiringi Tan Sri Khalid Nordin memasuki DECTAR, UKM ~

[ Mahasiswa/i mula membuat formasi sebagaimana yang telah direncanakan, masing-masing mengambil position. ]


[ Kejutan untuk semua hadirin NCC yang bertamu di UKM, pihak pentadbiran UKM juga imbuhan secara tidak langsung bagi pihak media. ]


[ Kekalutan dan kekecohan daripada pihak pengawal UKM apabila menghalang mahasiswa/i untuk menyerahkan memorendum. ]


[ Mahasiswa patuh pada arahan ketua serta memberi kerjasama kepada semua dengan duduk dan bertenang. ]


[ Pihak media di sana sini, cuba mendapatkan maklumat tentang kejadian. ]


[ Mahasiswi tidak ketinggilan memberi sokongan dengan melambai bunga putih tanda simbolik perhimpunan aman. ]

[ Mahasiswa/i ditakutkan dengan kedatangan trak dan kereta polis namun hakikatnya ia tidak bisa menggerunkan apatah lagi membuatkan mahasisiwa/i berundur. ]

[ Selesai sudah....yang jelas tiada kebakaran, juga tiada kemusnahan, tiada yang cedera apatah lagi mati, tiada sebarang rusuhan, tiada apa-apa yang salah. Semuanya berlangsung secara aman walaupun sesekali tegang. ]



Jelasnya tidak ada yang salah....mengikut kacamata diri sendiri. Segalanya aman.......cuma wujudnya provok daripada pihak tertentu untuk memperlihatkan perhimpunan ini satu kesalahan tatasusilaan dan ketidakintelektualan mahasiswa/i. Apakah ianya benar sebagaimana digembur-gemburkan oleh sesetengah pihak yang menonjolkan keterbalikan daripada apa yang berlaku??? Nilai dengan mata akal dan hati, bukan mata akal semata bertuankan nafsu.

Wallahuaa'lam.

2 comments:

TULIS ONLINE said...

salam...

'suatu kejadian yang memalukan dan memberi gambaran yang negatif kepada UKM dan mahasiswa/i nya' kata penyokong Aspirasi...

'suatu semangat yang tulus dan berani kerana hak dan keadilan' kata penyokong GMUKM...

'benda bodoh!!!' kata mahasiswa neutral...

"Kenapa perlu memberi memorandum dgn berkumpul beramai-ramai? bukankah yang akan menyerahkan memo itu hanya sorang kpd sorang? dari 2 tangan kepada 2 tangan? Seeloknya, bagilah memo itu dgn penuh kelembutan, ketenangan dan keintelektualan. Dtg dgn hanya mungkin 3@4 org sahaja dgn muka manis,senyum,smart,sopan dan langkah yang yakin mengadap bapak menteri itu.

Kalau nak tunjukkan sokongan, kutip saja sign2 seluruh penduduk kampus tanda setuju... Nah, begini cara yang tenang lagi aman... Dgn cara itu, saya rasa puak keselamatan yg benggong itu xkan kacau.

Sebenarnya, apa yg pihak HEP@keselamatan tdk suka sgt akan GMUKM adalah krn emosi para penyokong dan degil. Itulah yg dato'Shaharuddin, Prof.madya Khaidzir, Puan Rosma Ayu n beberapa puak keselamatan kata kepada saya. Kalau ubah sifat2 tu, saya boleh bwk berunding malah menolong kata seorg pegawai tertinggi HEP,UKM kpd saya.

Saya tak memihak kpd Aspirasi mahupun GMUKM... Yg penting bagi saya adalah INDIVIDU itu, bukan PUAKNYA. Allah nak masukkan kita ke dlm syurga@neraka Dia xtgk bangsa@negara@jiran tetangga tapi Dia tengok individu itu. (MERUJUK KEPADA SIAPA YANG LAYAK DINOBATKAN SEBAGAI MPP UKM SESI SETERUSNYA." kata Sarfarizmal

Sebarang kritikan/komen kepada saya dialukan.


-Sarfarizmal Bin Saad
Bekas Ketua Putera UMNO Cawangan (skrg dah resign mcm Tun Dr.Mahathir..hehehe)

.::AdNiSya3108::. said...

Hahahaha
dah slalu sgt janji Dato'Shaharuddin, Prof.madya Khaidzir, Puan Rosma Ayu n beberapa puak keselamatan.
Janji utk mbantu, mberi ruang, bersifat adil dan segala..

Namun dik...
akhirnya...
kebenaran itu tetap terlihat
bangkai gajah x dapat ditutup
hakikatnya ayat sebegitu hanya retorik
retorik utk mlembutkn pihak yg mula sedar
sedar untuk bangun dan berjuang sendiri
berjuang utk dptkn keadilan, ketelusan dll.

Dah selalu blembut dik...
individu bawahan mgkn tidak tahu
tapi kepimpinan atas
sudah sering menemui pihak tertinggi
pihak menteri dsb
namun kelembutan n kerjasama diperolokkan
pihak itu bermain tali
malah janji tak dikota...

Selamanyakah kita akan terus mgikut
mengikut arus retorik mereka
berlemah lembut, bersopan santun
sehingga tiada sebarang perubahan mereka terus bermaharajalela memperkudakan mahasiswa/i.

Dalam Islam pun da dakwah secara lembut dan juga secara keras
setelah berkali2 secara lembut tidak bkesan
kita juga boleh n dibenarkan secara keras
tapi bukan melibatkan senjata.

Perhimpunan aman juga tidak mlibatkan apa-apa...
Hanya melibatkan perhimpunan
yang disertai bilangan manusia
adakalanya ramai n da juga sedikit
bercakap n bdialog sepatah dua
bersoal jawab n akhirnya beredar.

Perhimpunan aman tiada apa-apa
Yang salah apatah lagi berdosa... Melainkan rusuhan...
Tapi perhimpunan aman bukan RUSUHAN..


Bersamalah kita raikan perbezaan!!


p/s: tiada pernyataan berbentuk emosi. Semuanya datang dari apa yang dilihat dgn bersifat terbuka.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@