CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

18 October 2008

..::Di kedaerahan T.I::..

Bismillahhirahmanirahim…..

Segala puji bagiNya Tuhan sekalian alam. Agak lama Dari kacamata yang berbeza ‘terbiar’dan ‘lesu’....Terbiar dalam erti kata semak-semak alpa dan leka mula menebal, lesu dalam makna lemah suntikan rohaniah. Sedang hati ini meronta-ronta malah meroyan rindukan Tarbiyyah Islamiyyah.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya adalah bermula dengan tarbiyyah........” (Al-Iman As-Syahid Hassan Al-Banna)

ALHAMDULILLAH.....sesungguhnya DIA mendengar keluh kesah batinku. Batin yang hampir kering dari siraman hidayah dan maghfirahnNya. DIA masih memberi aku kesempatan ruang waktu untuk menggapai rahmatNya. Dalam merasakan diri mula jauh dariNya, DIA mengembalikan semula aku ke daerah Tarbiyyah Islamiyyah.

Kembali ke daerah Tarbiyyah Islamiyyah, aku rasa tenang, aman dan damai. Daerah yang berpenghunikan usrah, daurah, katibah, ziarah@jaulah, muqayyam, rehlah dan sebagainya. Hidup rasa terisi dan diisi. Walaupun kesibukan masih bersisa untuk menyiapkan saki baki assignment namun ku ingin pastikan destinasi menuju daerah itu lancar sebagaimana yang dijadualkan 15hb:Usrah, 16hb: Ziarah@Jaulah dan seterusnya 17hb: Ziarah@Jaulah dan Katibah.

Sedikit perkongsian dari ilmu yang ku perolehi dalam usrah. Gembira bukan kepalang dapat bersama-sama untuk TILAWAH al-Quran secara berjemaah setelah sekian lama tidak berpeluang. Thanks to Iemah yang sudi memvolunteerkan diri untuk memilih surah pada kali ini. Sama-sama menTADABBUR surah al-Baqarah (178-182), menyentuh tentang hukum fiqh dalam persoalan qisas dan wasiat. Banyak juga yang dibincangkan disertakan dengan pendapat dan pandangan dari setiap sahabat tersayang. Seterusnya, usrah diperpanjangkan dengan pengisian FIKRAH. Ada apa di sebalik buku bertajuk “Manusia dan kebenaran menurut Islam”?.

Mari kita renung dan berfikir dengan teliti tentang persoalan akal yang dimiliki oleh manusia. Akal merupakan satu kemuliaan kurniaanNya bagi manusia. Oleh yang demikian mengapa tidak sahaja diberi ruang kepada akal untuk mencari kebenaran dan untuk sampai kepadaNya dengan akal sendiri? Pastinya yang ingin mengetahui akan mencari, yang sudah mengetahui akan berkongsi, yang sedia berkongsi akan bertambah ilmunya. Amin.

1. Akal semata-mata tidak boleh tanpa hidayah Allah
Akal manusia itu terbatas dengan batasan masa, suasana, tingkat kecerdikan
dan kadar ketinggian ilmuan yang dimiliki oleh manusia. Tanpa hidayahNya, akal manusia tidak mampu mencapai al-Haq.

2. Akal berlainan menurut
masa dan negeri
Ada ketika waktunya sesuatu itu di anggap hak pada satu zaman sedang pada
zaman yang lain ia dianggap sesuatu yang batil. Contohnya pada zaman dahulu zakat hanya sah dibayar dengan wang dinar namun zaman kini zakat boleh dibayar dengan pelbagai jenis wang (selain dinar).

3. Akal berbeza mengikut
umur
Adalah pasti akal kanak-kanak berbeza dengan akal para remaja, akal para remaja juga berbeza dengan akal golongan belia, semestinya akal golongan belia juga berbeza dengan warga emas. Apatah lagi sekiranya ingin dibandingkan perbezaan antara akal kanak-kanak dengan warga emas.

4. Akal bertentangan dengan
hawa nafsu
Manusia memiliki kedua-duanya, maka seringkali berlaku bertentangan. Adakalanya akal mampu dikawal dari pengaruhi hawa nafsu namun kebanyakannya juga akal tewas pada kawalan hawa nafsu.


Dalam persoalan akal, kebenaran dan kebatilan timbul pula persoalan lain iaitu di manakah akal manusia mengenali hak sebenar? Apakah neraca yang sesuai digunakan untuk membuat pertimbangan antara al-Haq dan al-Batil? Adakah neraca kelazatan, atau neraca kewajipan, atau neraca kekuatan, atau neraca perasaan, atau neraca kebendaan atau pula neraca roh yang akan digunakan? Jawapan pasti daripada aku tidak dan tentu sekali tidak untuk semua neraca yang disenaraikan itu. Tentunya neraca yang paling sempurna digunakan untuk mengukur antara al-Haq dan al-Batil adalah dengan menggunapakai paremeter antara pemikiran akal kita dengan Allah s.w.t. Perlunya kita mengukur sama ada jarak akal pemikiran kita jauh dengan Allah s.w.t ataupun jarak akal pemikiran kita dekat dengan Allah s.w.t. Bersama kita renungkan.....Moga akal pemikiran kita tidak dijarakkan denganNya.

Secara tuntasnya, akal semata-mata tidak memadai untuk memberi petunjuk kepada manusia bagi mencapai kebenaran. Untuk mencapai kebenaran dan keluar dari kesesatan, kita perlu dipandu dan dibimbing. Maka di sini peri pentingnya peranan kenabian dan juga kitabNya yang turun dan berkesinambungan untuk memandu akal manusia dalam mencari kebenaran.

“Dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”. (Ar-Ra’du: 7)

“Dan tidak ada satu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.” (Faathir: 24)

Walaubagaimanapun, jangan kita lupa untuk menyedari bahawa peranan akal tidak boleh dinafikan mahupun diingkari. Tetapi sumber pengambilan kebenaran (al-Haq) yang baik dan memuaskan itu hendaklah dari Allah. Pengisian di daerah Tarbiyyah Islamiyyah ini benar-benar menyedarkan aku dari lena. Kesedaran tidak cukup tanpa disertakan dengan keinsafan. Pengisian yang memberi kesedaran bersertakan keinsafan ini perlu kepada pengISLAHan diri.

Hehehehe......pengisian seterusnya di kedaerahan Tarbiyyah Islamiaah kali ini agak menggeletek kantung hatiku. Hakikatnya perlukan keseriusan dalam hal ini oleh kerana masing-masing telah dewasa dan wajarnya berfikir untuk masa depan provok Kak Wardah pada kami, madd’unya. Kak Wardah selaku naqibah tercinta meneruskan agenda yang tak kurang peri pentingnya iaitu berkaitan dengan B.M. hehehehehe. Apakah itu???? Sedikit briefing daripada Kak Wardah sebelum dihujani dengan soalan bertalu-talu dari Iemah dan Liza yang memerlukan penerangan panjang lebar. Sesekali aku bertindak sebagai ‘pembantu’ (tak bertauliah) dalam memberi penjelasan kepada rakan yang lain. Kak Wardah mengingatkan perlunya kami mengisi borang walaupun tidak memaksa kerana ianya atas kerelaan masing-masing. Tidak juga perlu disi bagi mereka yang dah tersarung cicin di jari manis. hehehe. B.M bukanlah apa-apa, sekadar usaha berta’aruf, bersilaturahim sebelum mendirikan ‘masjid’ dengan jalan yang halal di sisiNya, juga usaha jemaah di kedaerahan Tarbiyyah Islamiyyah ini untuk menjaga serta menyantuni ahli-ahlinya dalam hal mencari pasangan. Hidup, mati, jodoh, ajal semua ditanganNya. Sedang kita hanya hambaNya yang tidak punya apa. Tiada tidak segala usaha ini satu kepastian, sesungguhnya segala usaha adalah disandarkan pada Allah s.w.t. Kita hanya merancang, sedang pula DIA yang menentukan segalanya kerana DIA Maha Perancang. Agak-agak la sendiri apa itu B.M atau ada sesiapa nak tolong jawab?? Hehehe.


Aku bukan sahaja ingin selalu di kedaerahan Tarbiyyah Islamiyyah ini namun lebihnya aku ingin senantiasa di kedaerahan ini. Ya Allah pelihara aku. Amin.

2 comments:

Sarfarizmal Bin Md Saad said...

salam k.Nisa,

Jom layari http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Lagi satu tahniah dan syabas yg tdk terhingga kpd GMUKM sbb dah dpt bg memorandum kat datuk menteri n dpt tunjukkan segala perasaan yg terpendam d hati...

buat lah lagi yerk

.::AdNiSya3108::. said...

hehehe
ayat buat lagi tu
perli ka ikhlas??
hahaha

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@