CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

27 October 2008

..::Pr!n$!p k0n$3rv@t!f::..

Ko dah da pakwe ehh kat u?? Gtaw arr sapa. Hehehe.
Elehh.....merendah diri lak. Toksah dok kelentong la ang tak dak sapa-sapa.
Ko jual mahai sangat kot.....Jangan la terlalu memilih.
Ku tak percaya ngan prinsip kuno ko tu.
Ku nak tengok selama mana ang leh pertahankan prinsip ang tu.
Ok, aku cabar ang dengan prinsip ang tu!!!!!
Entah apa lagi ayat.....diri ini dah kerapkali dihujani ayat-ayat sedemikian. Ada yang berbaur sinis, ada yang bernada pelik, tak kurang juga yang ketawa pandir. TAK KISAH la apa-apa pun rasa by the way i know about my self better than other person. Mungkin ada yang menggelarkan diri ini konservatif dalam soal hati dan perasaan ~istilah CINTA bagi insan-insan bercouple~ Sudah sering benar diri ini berhadapan dengan persoalan sedemikian……..tetap jawapan yang sama dilontarkan. Mungkin majoriti sahabat diri ini sudah bosan, jemu, mual dan loya dengan kekonsistenan jawapan. Timbul pula kritikan sesetengah pihak, “Elehh, cakap boleh arrr konon da prinsip SUCI. Ntah-ntah cakap ja lebih tapi couple juga.” Bagi aku, KATA ITU KOTA ~ kata perlu dikotakan~

Apakah menjadi satu kesalahan bila diri ini mempunyai prinsip BERCINTA HANYA SELEPAS BERKAHWIN? Sama juga dengan NO COUPLE UNTIL AQAD. Prinsip ni telah lama berakar malah sudah menjadi tunjang paling kukuh dalam diri supaya tidak tumbang di landa ribut CINTA. Prinsip ini telah sebati dalam diri, semenjak di bangku sekolah menengah lagi dan diri ini berdoa moga dapat mempertahankannya hingga sampai saat diri ini diijabkabulkan. Malah cabaran daripada kawan-kawan menguatkan lagi prinsip ini. Tambahan pula, tarbiyyah yang dijalani membuka mata diri ini tentang hukum halal haram bercinta sebelum berkahwin. Diri ini yakin padaMU.



Alhamdulillah.......walaupun adakalanya hati ini beralun dan terbuai dengan deruan angin CINTA yang menghembus nyaman namun diri ini masih bisa bertahan. Sekalipun ribut taufan CINTA melanda, ku ingin teguh ditunjangi prinsip CINTA HANYA SELEPAS BERKAHWIN. Sudah sering benar kawan-kawan bertanya atas alasan dan dasar apa diri ini kuat menahan rasa hati ingin disayangi dan menyayangi. Munafik sekiranya diri ini menafikan terkecuali daripada punya perasaan seperti itu. Sudah tentu ia hadir.....semua makhluk yang bernama manusia pasti berasa getaran itu. Jujurnya naluri manusia tidak dapat tidak lari daripada rasa yang bertukar menjadi perasaan, suka-suka dan akhirnya menjadi kesukaan, sayang berubah kepada kesayangan.... ~hubby, honey, mama, papa, sayang, abang, habibi, umi dan segala macam panggilan manja~

Naluri berkasih sayang itu fitrah, anugerahNYA untuk umat manusia sebagai satu nikmat. Maka tidak salah apatah lagi berdosa untuk berkasih sayang kerana ia RAHMAT ILAHI. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam juga tidak sekali melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.

“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” (HR Abu Daud dan At-Tirmidzi)


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).


Sememangnya CINTA adalah fitrah insani namun tidak sesekali Allah membiarkan fitrah itu berkelana tanpa batasannya. Justeru itu, DIA telah mengatur di dalam kerangka Islam bagaimana menyalurkan rasa cinta itu, batasan pergaulan insan berlainan jantina dan segala macam hal lagi. Ini semua untuk memastikan agar makhluk yang bernama manusia ini tetap berada pada haluan etika dan koordinat norma yang selari dengan syariat.



Fitrah ini bisa menjadi salah bilamana ianya tidak mengikut paksi syariat Islam. Hakikatnya tiada istilah BERCOUPLE dalam Islam. Menurut kefahaman diri ini, Islam menggalurkan tatacara dalam berhubungan sebelum berlangsungnya ijab-qabul dengan berta’aruf, berkhitbah(pinang/tunang) dan diperpanjangkan dengan pernikahan. Pertunangan adalah ruang masa yang diberi oleh syara’ untuk berkenal-kenalan sesama pasangan, ahli keluarga, adik-beradik dan pelbagai namun still dibatasi syariat. Sedangkan bila bercouple, boleh dikatakan segala macam perkara telah diketahui maka apa maknanya pertunangan yang lama?? Islam sendiri menganjurkan masa pertunangan tidak terlalu lama, dalam lingkungan kurang dari 6 bulan. ~Untuk mereka yang baru berta’aruf~ Jika ada kesepakatan dalam masa pertunangan dan isktikharah dilakukan untuk mohon petunjuk daripadaNYA maka bersegeralah mendirikan ‘MASJID’. Jika sepanjang tempoh pertunangan dirasakan tiada kesepakatan maka tiada salahnya memutuskan ikatan pertunangan dengan cara yang molek. Yang menjadi masalah dunia hari ini........bercouple sudahlah terlalu lama then bertunang bersangatan ‘grand’nya ditambah plak lama tempohnya, tup...tup...putus tunang. Comfirm kecoh dan malu.....

Baru-baru ini.........bilamana disoal oleh cosmate, lantas segera menyatakan prinsip diri, Epol ketawa lelucon. Malah Am juga sama walaupun pada waktu yang berbeza. Diri ini tidak terkesan dengan reaksi mereka. Dengan nada bergurau, mereka nyatakan prinsip diri ini bisa dibuat novel atau madah CINTA. Pasti laris tambah mereka lagi. Apa yang lucunya?? Sedang jawapan diri ini pada mereka biasa-biasa sahaja, “Cinta untuk diri ini hanya akan hadir selepas dijabqabulkan. Suka itu perkara biasa tapi suka bukan cinta, sebaliknya cinta merangkumi suka. Bagi diri ini cinta yang sah dan halal di sisi Islam hanya selepas berkahwin, jika sebelum itu ianya haram. Cinta terlalu suci nilainya jadi diri ini tidak mahu mencemarkannya. Cinta diri ini bagi makhluk lawan jantina hanya milik seorang insan yang sah bergelar SUAMI. Diri ini menjaga diri untuk tidak mencintai mana-mana lelaki sebelum berlangsungnya aqad maka diri ini juga turut berharap bisa memperolehi CINTA SUCI daripadanya bilamana diri ini juga adalah insan pertama yang dicintainya.” ~Sekadar hasrat diri, moga dimakbulkan~

Tidakkah engkau tahu bahwa Allah telah menetapkan bagi wanita pasangannya masing-masing? Maka kerana itu dengarkan firman-Nya: “Perempuan-perempuan buruk (jahat) untuk pasangan laki-laki yang buruk (jahat). Laki-laki yang buruk untuk pasangan perempuan-perempuan yang buruk pula. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk pasangan laki-laki yang baik untuk pasangan perempuan-perempuan yang baik.” (An Nur:6)

Ketawa mereka masih berbaki dan masing-masing mengukir senyuman. Diri ini menambah, “Diri ini senang sahaja......jika ada sesiapa yang berkenan, suka dan berhajat. Dengan besar hati mengalu-ngalukan untuk bertemu ibubapa diri ini. Bersilaturahhimlah dengan mereka terlebih dahulu. Jikalau ibu dan ayah berkenan dan bersetuju, diri ini pula akan meneliti then istikharah yang penting, mohon petunjuk dariNYA. Insyaallah....jika telah tertulis jodoh di Loh Mahfuz untuk melayari bahtera rumahtangga bersama, maka akan berlangsunglah aqadnya. Jika sebaliknya, redha perlu untuk meminggirkan rasa kecewa, dendam dan sebagainya. Satu yang perlu tahu, andaikata dari awal ibu dan ayah diri ini tidak berkenan atau bersetuju dengan insan yang datang untuk bersilaturahim maka diri ini akur kerana pastinya tiada ibubapa yang inginkan yang jelek untuk anaknya. Ini kerana, diri ini mahukan redha keduanya. Rumahtangga yang bahagia perlu mendapat berkat dan redha ibubapa selain beroleh redhaNYA.”


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Q.S Ar-Ruum : Ayat 21)


Jika diteliti ayat di atas, kita akan terlihat bahawa ia merupakan jaminan Allah s.w.t di mana cinta dan kasih sayang akan ditumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah ~Setelah ijab dan qabul~. Oleh yang demikian, rasanya tidak perlu menanti JATUH CINTA baru gentleman untuk BERKAHWIN takpun BERKAHWIN selepas BERCOUPLE sehingga tanpa kita sedar ataupun sebenarnya sangat sedar yang menghubungkan adalah syaitan laknatullah ~na’udzubillahi min zalik~. Sudahnya Islam memberi batasan-batasan syariat yang jelas lagi terang ~Barangkali sering digelapkan dengan nafsu~ agar tidak timbul senario kepincangan sosial dalam pergaulan masyarakat ISLAM.

Siang tadi.......soklan berkenaan hal yang sama mengisi kotak ym ku. Sahabat lama dari ISLAH ~Maaf Nu'on ~ bertanya persoalan pakwe, kekasih hati, special boy friend dll. Makanya, jawapanku masih sama. ~Merujuk ayat di atas~ Bukan sahaja dari teori ~prinsip sahaja~ namun secara praktiknya ~pinjam ayat Dayah~ juga jelas. Diri ini masih Nasya yang dulu, Nasya yang berpegang pada prinsip 'ITU'. Diri ini tidak terikat pada siapa-siapa malah belum mengikat apa-apa. Yang ada cuma persaudaraan dan bersilaturahim as a muslims . Insyaallah.

* Peringatan buat diri ini....... D@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@. Pastikan gunakan kacamata berasakan syariat Islam. Insyaallah segala jelas antara hak dan batil.

4 comments:

anna said...

yupp..anna pun setuju...barakahnye kite dapat after kawen..samalah kisah kite ni..anna sokong...tmbah2 laki kau kapel bayak wat zina..zina banyak aspek ade hati ,mulut, telinga dan so o on..ok..majulah diri kite untuk capai rahmatNya

anna said...

uhuhu..yup..anna setuju sgt..sama la citer kite..uhuhu..

Anonymous said...

sama la akak...ana stju..btul..kapel ni waktu skrg je..nikmatnye kite rasa after that dah x manis lagi

.::AdNiSya3108::. said...

Sama-sama kita jaga hati kita..
Moga jati diri kita tak lebur
Mohon DIA pelihara hati kita
Ikat erat hati kita dengan taliNYA

Insyaallah....barakah milik kita.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@