CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

21 November 2010

Let’s put our hands together


"Sincerity can't be measured, but it can be tested"


Selagi nyawa dikandung badan, ujian Tuhan takkan pernah usai sirna. Bersama, kita berganding bahu dalam usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada. Hanya dengan ujian yang kecil atau yang hebat, kita dapat mengenali erti kehambaan, menghalusi keikhlasan hati dan kebenaran iman kepada Allah. Hanya dengan ujian juga kita dapat membezakan siapakah teman yang jujur, ikhlas dan benar.





Let’s put our hands together, and pray.



“Ya Allah... Segala puji bagi-Mu Tuhan Sekalian Alam. Perbaikilah segala urusan dan keadaan kami. Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.


Ya Allah... Kurniakan kami taufik dan hidayah, keampunan, cinta dan keredhaan-Mu, keimanan dan ketakwaan yang tulus, ilmu yang bermanfaat, faedah dari umur, kesihatan tubuh dan keteguhan jiwa, kekuatan jasad dan akal fikiran, akhlak yang mulia, barakah dalam semua usaha dan ibadah, kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki.


Ya Allah... Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang sempurna dari segala fitnah dan kejahatan hawa nafsu, godaan syaitan yang direjam, musibah dan bala bencana.


Ya Allah... Berkati dan hiasi hidup kami dengan teman-teman yang jujur membimbing ke jalan yang lurus dan ikhlas memelihara iman kami, bukan sebaliknya. Anugerahkanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan kami yang menyejukkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa.


Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khatimah (pengakhiran yang terbaik). Selamatkanlah kami dari azab kubur dan seksa neraka-Mu. Izinkan kami bersama-sama penghulu kami Muhammad (saw) serta masukkan kami ke dalam golongan hamba-Mu yang Engkau rahmati. Tautkan hati-hati kami dalam kasih sayang yang sejati.


Ya Allah, hanya kepada-Mu kami bertawakkal, hanya kepada-Mu kami menggantungkan segala harapan. Perkenankan doa kami ini wahai Yang Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada junjungan Rasulullah (saw), keluarga dan para sahabat baginda. Amin Ya Rabbal A'lamin”~



No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@