CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

28 November 2010

Biar SENDIRI



Biar hidup sendiri
Dan selesa membina pahala
Daripada hidup berdua
Tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.

Biar hidup seorang
Dan berenang menuju TUHAN
Dengan selesa dan bahagia
Daripada hidup berdua
Dan merasakan diri
Masih menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri
Dan masih kekal serinya
Daripada dikelilingi lelaki
Tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh
Tetapi tinggi peribadi
Daripada cepat jodohnya
Tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama
Dengan sayapnya yang terang dan indah
daripada sang kelkatu yang menerjah api.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@