Seisi dunia ini adalah perhiasan, dan seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah. Semakin meningkat dewasa, Syauqah semakin mengenali dan matang dengan dunia perjuangan ISLAM yang telah di kenalinya sejak dari rahim ibunya.
""Syauqah tahu tak, ibu rasa bangga dengan anak ibu ni, bersungguh-sungguh dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, terima kash nak. "
"Ibu, ini juga kerana hasil didikan ibu dan ayah, juga berkat doa ibu dan ayah. Doakan Syauqah istiqamah ya."
"InsyaALLAH nak, mgkin juga kerana sepanjang ibu mengandungkan Syauqah 9 bulan, selama itulah ibu sering menghadiri majlis-majlis ilmu dan ta'alim, sedangkan ibu tdak kenal agama sebelum berkahwin dengan ayah. Alhamdulillah, ayah bimbing ibu dengan baik, dan berkat itu jugalah Syauqah membesar sebgai pejuang agamaNYA. Nanti cari suami yang mampu memimpin keluarga dengan bijaksana ya. Ibu serahkan pada Syauqah, anak ibu past bijak buat pilian. "
"Ibu buat Syauqah sedih... insyaAllah ibu, apa pun yang penting adalah restu dan redha ayah dan ibu. Syauqah dan berazam ibu, hanya akan benarkan hati ini dibuka pada seorang yang menggunakan kunci yang betul dan baik. "
Boleh dikatakan kedua-dua sahabatnya mengalami hal yang sama, di mana hadir dalam hidup mereka cinta fitrah seorang ADAM, namun sayangnya apabila mereka mula menerima kehadirannya, tenyata pada yang salah kerana ternyata, muslimin itu telah pun berpunya. Terkadang ingin dmarahi kerana kerana sayang fillah yang mendalam pada sahabatnya yang inginkan yg terbaik utk sahabatnya, tetapi apabila dirasakan sahabatnya yang juga seorang Srikandi Islam, tidak dapat membezakan bagaimana sahabat mahupun lebih dari itu. Kerana itu, Syauqah akan sentiasa berjaga-jaga, dan menasihatkan diri dan sahabat agar ikhtilat sentiasa dijaga. Syauqah sangat gemar pada frasa :
“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”
Namun begitu, benarlah apa yang diucapkan dalam ayat-ayat ALLAH... bahawa setiap satu perkataan yang dikeluarkan oleh Daie' itu akan diuji pada dri. Maka, tanpa dsedari Syauqah sendri akhirnya diuji, walaupun dia sudah banyak kali berjaya melepasi ujian itu, namun kali ini, Syauqah merasakan sudah tiba masa utk dberi ruang itu. Hati suci yang sentiasa dipagari dan mahal dimiliki kini, telah mula Syauqah buka sedikit ruang untuk seorang Khalifah buat dirinya yang mana dia berjanji pada ibunya Khalifah itu akan memimpin dirinya dan keluarganya kelak dengan hikmah dan bijaksana.
Dalam istikharah dan solat hajat yang menemaninya setiap malam meyakinkan, namun hinggalah suatu hari. Seorang sahabatnya memberitahu Syauqah sesuatu.
"Wardah, ana dapat tahu sesuatu, tapi jangan bgtahu orang lain ya? "
"Apa dia Raudhah? InsyaAllah ana simpan rahsia enti. "
"Dan janji enti akan sabar, maaf sebab ana rasa enti agak rapat dengan seorang min ni. Ingat tak ana pernah agak yang dia ni, sesuai kalau enti terima. Tapi, maaflah sebab ana baru dapat tahu, dia rupanya dah ber Baitul Muslim. "
"MasyaAllah, mungkin ini tanda kasih sayang ALLAH, dia tidak mahu ana lalai, tapi ana sedihlah sebab sedikit sebanyak hati ini telah mula meyakini dia untuk membimbing ana, ana dah hampir berikan pada yang salah. Ya Allah ukhti, ana sedih sangat, begitu lama ana mempertahankan keperawanan hati ini, hnya untuk bakal zauj ana, astaghfirullahalazim. "
"Tidak mengapa ukhti, Tarbiyah ALLAH itu amat mahal, enti telah berintima' dengan perjuangan ISLAM dan enti juga telah menjaga diri sebaiknya. Teruskan tersenyum, ingat nasihat enti pada ana dulu? "
"Mestilah ana ingat, insyaAllah ana akan lebih berhati-hati enti "
"Tapi kan, enti tahu tak sebenarnya, min itu dalam dilema juga, dia beritahu zauj ana, dia serba salah sebab pernah beri enti harapan walaupn bukan secara langsung. "
"Ana faham ukhti, tak apalah, ana undur diri, salah ana, kerana tidak tegas dengan prinsip ana, tarbiyah ALLAH itu mahal, ini peringatan daiNYA kan? "
“Ya, enti ni, senyum dekat ana, tapi ana yakin pasti hati sedang menangis.. sabar ya enti "
"InsyaAllah ukhti, doakan yang terbaik utk ana ya. "
"InsyaAllah, cuma ana rasa belum sure lagilah, mungkin baru ta'aruf, enti yakin dengan keputusan ni? Ana maklumkan sebab ana sayangkan enti sebagai sahabat dunia akhirat, seperjuangan, supaya enti maklum awal. "
"Ana x mahu ulang sejarah, biarlah ALLAH yang tentukan, azam ana, ana nak terus intima' kan diri dengan perjuangan ISLAM, terus mencari galian-galian berharga untuk ISLAM. "
Syauqah insaf terhadap apa yang pernah dia buat. Syukur ALLAH masih menjaga hati-hati ni...
"Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasi sayang ALLAH. Jika engkau kehilangan yang setitis itu, tidak akan merosakkan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki "
No comments:
Post a Comment