CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

10 November 2010

Aku rela berkongsi...

Alhamdulillah….alhamdulillah…….alhamdulillah…….


Aku bukan di sini untuk menabik dada atau berbangga diri namun ingin ku nyatakan bahawa aku sedia berkongsi rasa kasih dan sayang yang aku miliki dengan sesiapa sahaja yang memerlukan, menginginkan juga mahukan. Aku tidak kedekut apatah bakhil untuk memberikan rasa ini kepada semua dengan sama rata dan adil. Realiti dunia mungkin menolak hakikat berlaku adil namun aku yakin dan percaya aku mampu. Bagi aku selagi aku meletakkan rasa kasih dan sayang ini pada neraca imbangan yang sebetulnya maka selagi itu aku telah berlaku adil.



“Rasa kasih dan sayang yang aku punyai ini hanyalah pinjaman dariNYA, jadi apa salah kiranya aku pinjamkannya untuk insan lain jika ia boleh menenangkannya, meringankan bebannya, membuatnya terasa bahagia dll. Sentiasa ada untuk kamu”.


Memberi kasih tanpa harap sangat mendidik hati dan jiwa…. Kerana fitrah manusia itu mahu timbal balas atas setiap sesuatu yang dilakukan. Maka bagaimana mahu memberi sesuatu yang paling berharga dalam diri tanpa mengharapkan balasan?? Pasti sukar bukan…. sangat sukar lantaran tu ianya mampu mendidik hati dan jiwa kita supaya bersabar dan bertabah.

~ku tinggalkan tanpa penamat……… coretan ini masih bersisa. Beri aku masa mencari kekuatan diri.



No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@