CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

28 November 2010

Ku serahkan hati hanya pada yang HALAL

Wardatul Syauqah merupakan seorang gadis yang sentiasa menjaga perhiasan dirinya sebagaimana namanya MAWAR BERDURI, bermula dari alam persekolahan baik dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah, berkat pesanan dan peringatan yang sering dberikan oleh ayah dan ibunya. Hati suci yang dimilikinya tidak pernah dibiarkan sesiapa membuka pintunya kerana dia mahu menghadiahkannya kepada yang benar-benar layak. Kata-kata nasihat dari Ustazah nya sentiasa dingatinya mengenai pesanan baginda:

Seisi dunia ini adalah perhiasan, dan seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah. Semakin meningkat dewasa, Syauqah semakin mengenali dan matang dengan dunia perjuangan ISLAM yang telah di kenalinya sejak dari rahim ibunya.


""Syauqah tahu tak, ibu rasa bangga dengan anak ibu ni, bersungguh-sungguh dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, terima kash nak. "

"Ibu, ini juga kerana hasil didikan ibu dan ayah, juga berkat doa ibu dan ayah. Doakan Syauqah istiqamah ya."

"InsyaALLAH nak, mgkin juga kerana sepanjang ibu mengandungkan Syauqah 9 bulan, selama itulah ibu sering menghadiri majlis-majlis ilmu dan ta'alim, sedangkan ibu tdak kenal agama sebelum berkahwin dengan ayah. Alhamdulillah, ayah bimbing ibu dengan baik, dan berkat itu jugalah Syauqah membesar sebgai pejuang agamaNYA. Nanti cari suami yang mampu memimpin keluarga dengan bijaksana ya. Ibu serahkan pada Syauqah, anak ibu past bijak buat pilian. "

"Ibu buat Syauqah sedih... insyaAllah ibu, apa pun yang penting adalah restu dan redha ayah dan ibu. Syauqah dan berazam ibu, hanya akan benarkan hati ini dibuka pada seorang yang menggunakan kunci yang betul dan baik. "



Perbualan antara Syauqah dan Ibunya masih terngiang-ngiang di telinganya. Sekarang berada di penghujung tahun pengajian di universitinya, tidak dinafikan, begitu ramai mujahid-mujahid yang dikenalinya kerana bersama-sama berjuang mnyampaikan risalah dakwah.


Bersama dengan itu, begitu teguh ukhuwwah islamiyah yang dibina bersama teman-teman seperjuangan, berkongsi masalah bersama tentang madu' serta soal hati adalah mjadi peguatnya. Pernah hadir 2 org sahabatnya menceritakan masalah mereka berkenaan muslimin kerana mereka tahu, Syauqah sangat rasional dan dia tdak pernah mnyebut tentang konsep Baitul Muslim untu dirinya melainkan mendengar dan membantu sahabatnya.

Boleh dikatakan kedua-dua sahabatnya mengalami hal yang sama, di mana hadir dalam hidup mereka cinta fitrah seorang ADAM, namun sayangnya apabila mereka mula menerima kehadirannya, tenyata pada yang salah kerana ternyata, muslimin itu telah pun berpunya. Terkadang ingin dmarahi kerana kerana sayang fillah yang mendalam pada sahabatnya yang inginkan yg terbaik utk sahabatnya, tetapi apabila dirasakan sahabatnya yang juga seorang Srikandi Islam, tidak dapat membezakan bagaimana sahabat mahupun lebih dari itu. Kerana itu, Syauqah akan sentiasa berjaga-jaga, dan menasihatkan diri dan sahabat agar ikhtilat sentiasa dijaga. Syauqah sangat gemar pada frasa :


“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”


Namun begitu, benarlah apa yang diucapkan dalam ayat-ayat ALLAH... bahawa setiap satu perkataan yang dikeluarkan oleh Daie' itu akan diuji pada dri. Maka, tanpa dsedari Syauqah sendri akhirnya diuji, walaupun dia sudah banyak kali berjaya melepasi ujian itu, namun kali ini, Syauqah merasakan sudah tiba masa utk dberi ruang itu. Hati suci yang sentiasa dipagari dan mahal dimiliki kini, telah mula Syauqah buka sedikit ruang untuk seorang Khalifah buat dirinya yang mana dia berjanji pada ibunya Khalifah itu akan memimpin dirinya dan keluarganya kelak dengan hikmah dan bijaksana.


Dalam istikharah dan solat hajat yang menemaninya setiap malam meyakinkan, namun hinggalah suatu hari. Seorang sahabatnya memberitahu Syauqah sesuatu.


"Wardah, ana dapat tahu sesuatu, tapi jangan bgtahu orang lain ya? "

"Apa dia Raudhah? InsyaAllah ana simpan rahsia enti. "

"Dan janji enti akan sabar, maaf sebab ana rasa enti agak rapat dengan seorang min ni. Ingat tak ana pernah agak yang dia ni, sesuai kalau enti terima. Tapi, maaflah sebab ana baru dapat tahu, dia rupanya dah ber Baitul Muslim. "


"MasyaAllah, mungkin ini tanda kasih sayang ALLAH, dia tidak mahu ana lalai, tapi ana sedihlah sebab sedikit sebanyak hati ini telah mula meyakini dia untuk membimbing ana, ana dah hampir berikan pada yang salah. Ya Allah ukhti, ana sedih sangat, begitu lama ana mempertahankan keperawanan hati ini, hnya untuk bakal zauj ana, astaghfirullahalazim. "


"Tidak mengapa ukhti, Tarbiyah ALLAH itu amat mahal, enti telah berintima' dengan perjuangan ISLAM dan enti juga telah menjaga diri sebaiknya. Teruskan tersenyum, ingat nasihat enti pada ana dulu? "

"Mestilah ana ingat, insyaAllah ana akan lebih berhati-hati enti "

"Tapi kan, enti tahu tak sebenarnya, min itu dalam dilema juga, dia beritahu zauj ana, dia serba salah sebab pernah beri enti harapan walaupn bukan secara langsung. "

"Ana faham ukhti, tak apalah, ana undur diri, salah ana, kerana tidak tegas dengan prinsip ana, tarbiyah ALLAH itu mahal, ini peringatan daiNYA kan? "

“Ya, enti ni, senyum dekat ana, tapi ana yakin pasti hati sedang menangis.. sabar ya enti "

"InsyaAllah ukhti, doakan yang terbaik utk ana ya. "

"InsyaAllah, cuma ana rasa belum sure lagilah, mungkin baru ta'aruf, enti yakin dengan keputusan ni? Ana maklumkan sebab ana sayangkan enti sebagai sahabat dunia akhirat, seperjuangan, supaya enti maklum awal. "

"Ana x mahu ulang sejarah, biarlah ALLAH yang tentukan, azam ana, ana nak terus intima' kan diri dengan perjuangan ISLAM, terus mencari galian-galian berharga untuk ISLAM. "

"Ana sentiasa doakan yang terbaik untuk enti, enti sahabat yang terbaik pernah ana jumpa, dan kuat. Jangan lagi hati menangis. tapi kedua2nya ya.."


Syauqah insaf terhadap apa yang pernah dia buat. Syukur ALLAH masih menjaga hati-hati ni...


"Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasi sayang ALLAH. Jika engkau kehilangan yang setitis itu, tidak akan merosakkan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki "

Bahagia dalam diri


Jika kau yakin cinta akan sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu,

Maka yakinlah bahawa lara itu hanya sebatas duri;

Hikmah yang akan menjadi sesuatu yang manis dalam risalah hidupmu.


Meskipun kelam,

Kadang-kadang menjadi duri dalam igauan kesunyian jiwamu,

Terus tabahkan jiwa dan raga untuk menyangganya

Sungguhpun seluruh raga remuk-redam,

Terkoyak kerana kamu tidak kuasa menghadapi kenyataan.


Kerana cinta ialah cahaya yang terselit di antara gelap dan terang kehidupanmu;

Maka carilah cinta sucimu yang agung dan tersenyumlah!

Walau apapun tafsiranmu tentang cinta,

Ia tetap ada dan bersemanyam dalam hatimu.



Biar SENDIRI



Biar hidup sendiri
Dan selesa membina pahala
Daripada hidup berdua
Tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.

Biar hidup seorang
Dan berenang menuju TUHAN
Dengan selesa dan bahagia
Daripada hidup berdua
Dan merasakan diri
Masih menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri
Dan masih kekal serinya
Daripada dikelilingi lelaki
Tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh
Tetapi tinggi peribadi
Daripada cepat jodohnya
Tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama
Dengan sayapnya yang terang dan indah
daripada sang kelkatu yang menerjah api.

27 November 2010

DiriKU bukan milikMU ♥♥♥

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu,

Tepis-tepis kata yg sinis,

Yang panas ku jadikan membeku,

Bahagia aku kemudi selalu,

Biar ku menuju jalan tak berbiku,

Biarkan cemburu berkubur,

Asalkan tak cemari hidupku,

Biarkan ku senyum selalu,

Tandanya ku tiada seteru,

Jangan kau terpenjuru,

Jangan kau bercelaru,

Diriku bukan milikmu,

.....tapi milik DIA


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Ingatan ikhlas

Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:

1. Teguh menjaga kehormatan

2. Redha menerima apa yang sedikit

3. Berbuat kebaikan setiap hari

4. Memelihara lidah dari perkataan keji


Kita akan meras bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.


Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah.


Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di kelopak mata kita..


Hidup adalah akar yang menjalar,

menjelajah kesegenap destinasi,

walau payah

walau sukar walau yang datang

hanyalah setitis air jernih

yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma .


Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus.


Terluka kerna dilukakan



“KAU yang membuatku terluka tapi kenapa justeru perih yang berbalik tajam melukakan dirimu??”


~tintan hati: 7.13 malam [25 Nov 2010]~


25 November 2010

Aku SANG HAMBA


Di setiap tarian luka

Telah ku cuba mencetak wajah ceria ^_^



Namun jelasnya

Walau dalam hujan

Tarian berentak sumbang

Lantas tidak bisa menutup lara.


MAAF...

Aku tak berdaya kerana aku SANG HAMBA.


KUHAPUS NAMAMU DENGAN NAMA-NYA


Telah kuZALIMI hatiku,

telah kuLUKAI jiwaku.

Telah kuGADAIkan diriku pada dosa.


BerLEBIHAN sudah keburukanku..

Dunia dan isinya telah memPERDAYA aku..

kerana keLALAIanku sendiri!!!






Selamat tinggal kamu yang banyak membisu

Selamat tinggal kamu yang tak semena-mena

Selamat tinggal selamanya……….

Kerna tidak ada lagi tempatmu.


KUHAPUS NAMAMU DENGAN NAMA-NYA.


***tak ada yang mengerti kecuali AKU!!


24 November 2010

Sila FAHAM!!!!1




*** kredit untuk www.ibrahzine.com


DOAKAN SAYA


Imtihan menjengah lagi

Mengundang 1001 resah di dada

Persediaan yang tak tersedia

Umpama askar perang ke medan tanpa cukup senjata

Serasa mahu kibar bendera putih

Tapi tetap berjuang selagi belum tewas



Ya Allah.. KepadaMU aku memohon pertolongan, hanya ENGKAUlah sebaik-baik memberi pertolongan..Mudahkanlah jangan disusahkan.. Amin.



23 nov : Public Management Technique (pecah otak sebab bergelemung dengan angka/no)

25 nov : Politics, Development and Governance (lecture oversea so sangat-sangat kritikal banget)

26 nov : Research Methodology (Papa Kuppu, sila beri saya A.. hihihihi)

3 dec : Planning Administration and Community Development



Allahumma Najihna Fil Imtihan Wal Ikhtibar - YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN KEPDA KAMI DALAM PEPERIKSAAN DAN UJIAN KAMI..


S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@