Setelah mendapat komen serba sedikit daripada kengkawan......Tima kasih buat fiza atas cadangan supaya berbincangan reunion ini diadakan di friendster group P.P.A.I. So usaha diteruskan dengan memulakan discussion di group P.P.A.I. Maka, ditubuhkan AJK perlaksana reunion untuk memudahkan gerak kerja. Thanks untuk Nasyrul yang sudi menggalas amanah sebagai Ketua Pengarah. Aku menolak untuk memegang amanah ini kerana merasakan ia memerlukan jerih perit daripada kekuatan seorang lelaki. Aku lebih selesa memegang amanah sebagai AJK perhubungan. Tak lupa juga tima kasih untuk Fatimah yang telah melibatkan diri secara akitf dalam discussion di group dan idea-idea yang dilahirkan.
Harapan menggunung untuk reunion ni coz merupakan yang pertama kalinya. "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Hope apa yang dirancang dapat direalisasikan......Setakat la tarikh yang dicadangkan ialah pada 29 Jun 2008 bertempat di Sek Men Al-Islah bertemakan kesopanan dan ketatasusilaan. (hehehehehe) Antara aktiviti berkemungkinan akan disajikan ialah bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan sesama jantina sahaja, berbual mesra dan bertukar-tukar cerita, melawat kawasan sekitar sekolah dan menziarahi para mualim dan mualimmah, da talk2 skit dan makan simple2. Seterusnya bagi mengeratkan ukhuwwah lagi kita akan memanjangkan lagi pertemuan dengan bermain bowling dan makan-makan di kedai fast food dengan duit sendiri.
Pape ,mau x mau reunion kali ni tetap akan di 'on' kan.....kalu yang mai skit, maka akan dibuat secara kecil-kecilan dan kalu kedatangan dalam jumlah yang besar maka akan dibuat majlis yang agak grand arr..Sekarang ni dalam proses untuk menentukan volume kebolehhadiran ke reunion daripada semua kengkawan.
Kengkawanku semoga kita ke temu nanti.......banin n banat tersayang: nasyrul, afiq, faiz sharif, faiz hassan, khairul anuar,usamah, hisyam, aziz, izar, zulfadli, syafiq suhaimi, syafiq omar, ehsan, salman, abu dzar, ulul, hanif , khalifah, huzaifah, syakirin, nadiah amirah, nurul nadiah, izatul, farhana, sakinah, shida, nusaibah, khadijah, jannah, azua, afifi, fatimah, adibah, huda, mahfuzah, hanan n zakiah. (Maaf kalu ada nama yang tertinggal)
Harap segala yang direncanakan dipermudahkan oleh Allah.....
Ukhuwwah fillah.....abadan abada.....
No comments:
Post a Comment