CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

08 June 2008

..::L.E.A.D.E.R.S::..

Bunyi macam yang berkaitan dengan kepimpinan ja.....hurmmm,lebih kurang la 2...hehehe. L.E.A.D.E.R.S merupakan singkatan perkataan daripada Latihan Ekstensif Dakwah dan Kepimpinan Remaja Musleh. Merupakan program JK Pembangunan Remaja (JIM Pusat) dan merupakan rangkaian kepada Projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) ke arah membentuk takungan remaja cemerlang bermula dari tingkatan 3 hinggalah mereka melangkah ke IPTA mahupum IPTS. Dalam perjalanan sepanjang menempuh dua tahun yang bakal mendatang, para remaja yang terpilih ini akan dihidangkan dengan beberapa santapan iaitu X-REK, LEADeRs, X-PERT, X-CEL, MHI, EMI....semuanya untuk memantapkan rohani dan jasmani berteraskan tarbiyyah islamiah.


>>Rijal Ummah a.k.a peserta lelaki<<

>>Nisa' Ummah a.k.a peserta perempuan<<


Kebetulan yang tak dirancang tapi telah dirancang awal oleh DIA yang Maha Berkuasa di atas sana. Aku telah menjadi pengiring bagi adik-adik remaja mewakili KRJ Penang ke program L.E.A.D.E.R.S di Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa pada 3-5 Jun 2008. Oleh kerana kekontangan ahli maka aku telah menjadi 'bidan terjun' mengiringi 3 orang 'adik' perempuan dan lelaki yang kesemuanya menjadikan 6 orang peserta L.E.A.D.E.R.S 08. Kami telah bertolak pada pukul 12 malam menaiki bas ekspress di Terminal Sg Nibong. Kami sampai di Puduraya seusai sahaja azan subuh. Maka, menunaikan dulu amanah yang melambai di surau Perhentian Puduraya. Setelah semua selesai menunaikan tanggungjawab sebagai muslim kami bergerak menaiki LRT ke Masjid Jamek, kemudiannya tukar tren (LRT Putra) ke destinasi yang menanti, Setiawangsa. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 8 pagi kami sampai ke destinasi yang dituju.

Memandangkan pendaftaran dijadualkan 9 pagi, kami mengisi perut yang sememangnya telah bergendang rancak dan menyanyi ligat setelah agak lama dibiarkan kosong. Masa yang dijadualkan tiba..........sesi pendaftaran. Aku melaksanakan tanggungjawab sebagai pengiring, mendaftarkan "adik-adik' dan membayarkan yuran peserta dan sekaligus menyerahkan mereka di bawah tanggungjawab para urusetia dan fasilitator. Aku hanya menjadi pemantau dari jauh... Agak bosan la bila menjadi pengiring...better jadi urusetia,fasi atau peserta. (hehehehe)

Kebosanan melanda jiwa.....overall pengisian program sangat la best sehingga membuatkan aku terasa ingin menyemak menjadi peserta. Oleh kerana kebosanan yang amat sempat la aku meringankan langkah ke UKM pada 4 Jun. Sempat berjumpa dengan kawan semoto ku,Dayah dan semestinya Dr Rahila. (minta maaf pada yang tidak ku temui). Hampir sepetang suntuk aku kat UKM. Oleh kerana sok dah nak membawa 'adik-adik' ku balik semula ke Penang terpaksa la aku kembali semula ke Setiawangsa. Terlihat aku pada kesesakkan jalan raya dan stesyen minyak.....Sampai ja kat masjid setelah jalan kaki skit dr LRT Putra baru la ku maklum kenapa sesak. Rupa-rupanya kes harga minyak naik esok harinya.

Antara pengisian program yang best antara yang terbest Dakwah,Apa dan Kenapa?, Play Station, Goal Setting, Suapan Rohani (Ghulam ad-dakwah), Team Building, Skill Kepimpinan Luar Biasa, Buktikan Keupayaanmu, Festival Tokoh Islam, BAJOP, Matlamat Hidup Remaja Soleh Wa Musleh dan Agenda Bertindak.


~gAmBar sEPanJANG pERJaLANan pROGram~






Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar....moga 'adik-adik' ku bakal menjadi pemimpin masa hari ini dan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segala aspek dan semestinya meletakkkan Allah yang utama. Insyaallah...Maaf pada 'adik-adik' ku (Fazaa, Syafaf, Samira, Adib, Afif dan Muaz) kerana tidak berkesempatan membawa mereka berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Masa tidak mengizinkan......Kami bertolak balik pada pukul 4 petang dan sampai di negeri kelahiran ketika senja telah melabuhkan tirainya. Sehampir isya kami sampai....

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@