CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

20 June 2008

..::HIDAngan USRAH yang Lazat::..


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua’alaikum~Setelah lama tidak menarikan jari di keyboard maka sedikit ruang waktu yang ada ini…..Ingin sekali mengtag diri sendiri. Malah dengan sukacitanya ingin menyelesaikan tag ini. Hehehehehe

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
WHEN? Oh , sejak saya bersekolah di Sek Men Al-Islah (1999)~ Mksd katanya dah hampir 10 tahun gak arrr. ~ Tapi kalau ikut yang betul-betul niat ikhlas dan sememangnya merasakan diri menyertai usrah adalah sekitar 4-5 tahun.

[2*] Bagaimana anda boleh menyertai usrah?
Hurmmm…….semestinya disebabkan sekolah, merujuk kepada mualim n mualimmah. Faktor penekanan tarbiyyah yang jitu kat SeK Men Al-Islah menyebabkan usrah menjadi wajid. ~ Maka waktu tu mahu atau tak, ikhlas atau tak……saya sememangnya kena hadirkan diri ke usrah yang telah ditetapkan.(waktu ni terasa amat la boring yang amat dan selalu ja ponteng dengan memberi alasan segala) ~ Selepas ja habis sek untuk tempoh 2 tahun diri sunyi dari usrah coz Sek Men Keb Agama (P) Al-Mashoor tak tak menghidangkan santapan usrah ni……na joint usrah KRJ Barat Daya pun tak berkesempatan coz tinggal kat hostel. ~ Bila masuk UKM (2006), baru la cari sendiri usrah n ikuti secara konsisten sampai sekarang (2008).

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Diri merasakan usrah satu aspek yang penting dalam diri dari segi pemantapan tarbiyyah. ~ Setelah sepanjang minggu diri sibuk dengan pelbagai aktiviti, maka usrah menjadi tempat yang paling ampuh untuk mengecas semula bateri iman n amal dalam diri yang kadang-kala lalai dengan tuntutan duniawi. ~ Usrah sebagai alat teguran dan peringatan yang paling berkesan dalam diri. ~ Diri juga dapat berkongsi pelbagai ilmu lain dengan teman sefikrah daripada pelbagai latar warna kehidupan yang berbeza.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1. Kekuatan dan keberanian
2. Kasih dan sayang yang mendalam
3. Kerinduan yang membara

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
1. Meningkatkan iman dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t
2. Meniup kencang semangat cintakan Islam dan kekuatan untuk berdakwah.
3. Berbakti pada jemaah daripada segala aspek seperti tenaga,masa, wang dll.
4. Penyusunan jadual kehidupan seharian. (bila nk p prog luar, bila time nak joint prog usrah dll. Dan yang pastinya mengutamakan yang lebih awla)
5. Ilmu yang perbagai dan boleh direlatedkan dengan kehidupan seharian.

Peraturan tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain
Maka dengan ini saya ingin mengtag 5 insan terpilih ini:
Fiza
Khansa
Fitrah
Yassin
Ahmad
( Buat insan yang kena tag.....sila la postkn jawapan anda n jawablah dengan segera....heeheheh)

1 comment:

affanazami said...

sejuk je saye bace entry yg ni

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@