CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

08 June 2008

..::eRTi peRSahaBaTan::..

Tanpa di sangka dan menyangka ‘dia’ YM aku....sememangnya aku tengah online n aku taw ‘dia’ pn baru ja online. Malah sebelum ni pun ‘dia’ slalu ja online pada waktu yang sama aku tengah online. Apa yang menarik di sini ialah kami ~ aku dan ‘dia’~ tak pernah bertegur sapa di YM sementara itu pula sudah hampir 5 bulan kami tidak pernah bertegur as a friend. Setelah apa yang berlaku, aku hidup dalam dunia ku sendiri dan aku biarkan ‘dia’ dan ‘dia’ hidup dalam dunia mereka sendiri yang mana telah mengasingkan dan membuangku jauh dari kehidupan mereka.

Bukan niat untuk mengungkit mahupun mendendami sesiapa....sekadar berkongsi rasa apa yang aku rasa. Ketiba-tibaan ‘dia’ mengYM aku telah mengetuk jendela hati dan sekaligus mengusik kenangan lalu. Aku tidak pasti apa tujuannya, Kenapa? Mengapa? Apa? Yang pasti ‘dia’ telah membuatkan jahitan luka ku teretas semula dan luka ku yang sedang pulih kembali berdarah. Kejam andainya aku tidak mengucapkan terima kasih kepada ‘dia’ kerana mengYM aku.

izt : salam
nisa nasya : wa'alaikumsalam
izt : (^_^)
nisa nasya : (^_^)
izt : kat penang ka
nisa nasya : yap
izt : jadi PC ka minggu 3m ni
nisa nasya : x sure lg arr
nisa nasya : nape??
izt : saja ja tnya..dngar kata pndah kolej UO tul ka
nisa nasya : dengar kata btul...dengar cite tipu
nisa nasya : so dengar kata tu tul arrr
nisa nasya : hehehehe
izt : ooo
izt : (muka sedih)
nisa nasya : (muka pelik bin ajaib)
nisa nasya : why???
izt : hurm sdh la..
nisa nasya : hurmm
nisa nasya : -
izt : xpe la
nisa nasya : ????
nisa nasya : x pe
izt : tq 4 da pic
izt : watpw kat umah
nisa nasya : ???
nisa nasya : tq utk pic mane ni???
nisa nasya : hohohoho
izt : ooo
izt : slap2
nisa nasya : x bt pa pun
izt : sorry
nisa nasya : online 24 jam
nisa nasya : hahaha
nisa nasya : don't say sowi 4 me
nisa nasya : ko???
izt : aku kat UKM nihg
nisa nasya : kt UKM nihg??
nisa nasya : means??
izt : kat UKM ni
nisa nasya : owhhhhh
nisa nasya : bt short sem or.......???
izt : UK nih
izt : ada program
nisa nasya : oic


Dalam kehidupan aku selepas ibubapa yang merupakan insan penting dalam hidup, kawan adalah insan seterusnya yang menduduki tingkat kedua. Bagi aku persahabatan adalah sesuatu yang sangat agung.....nilai persahabatan adalah terlalu tinggi. Namun seringkali, persahabatan yang aku hulurkan dikhianati dan dipersendakan.....sangat mengecewakan. Setelah segala-galanya berlaku.....aku pergi. Pergi dengan rasa berat hati yang teramat sangat. Hakikatnya, aku telah puas berusaha untuk memperbaiki hubungan antara aku ‘dia’ dan ‘dia’. Segala macam cara aku gunakan walaupun adakalanya cara itu memalukan diri sendiri. Nampaknya hanya aku yang berkeinginan hubungan ini pulih sedangkan dipihak ‘dia’ dan ‘dia’ tidak memperlihatkan apa-apa. Aku ibarat bertepuk sebelah tangan.....Jelasnya ‘dia’ memerlukan ‘dia’ dan bukan aku dan ‘dia’ juga memerlukan ‘dia’ dan bukan aku. Mereka lebih memerlukan antara satu sama lain.

Justeru itu, aku mengundur diri..... Aku pergi bukan atas alasan ‘membawa rajuk hati’ mahupun bertujuan memutuskan ikatannya telah tersimpul namun pergi demi kebaikkan ‘dia’ dan ‘dia’ malah setelah berfikir semasak-masaknya.....pemergian aku dari kehidupan mereka adalah untuk memberi ruang untuk ‘dia’ dengan ‘dia’ dan ‘dia’ dengan ‘dia’. Membawa diri untuk mengubat hati sendiri...aku perlu ruang untuk diri setelah sekian kalinya asyik memikirkan insan lain. Seringkali berkorban untuk kawan sehingga mengorbankan diri sendiri....malah terlalu memikirkan hal kawan sehingga mengabaikan diri sendiri.....sedar aku zalim pada diri!!!!

Dan aku sedar keputusan aku menghadirkan risiko besar yang perlu ku tanggung sendiri....sama ada hubungan aku dengan ‘dia’ dan ‘dia’ akan pulih mahupun akan semakin jauh. Saat ini, risiko yang ku tempuh ialah hubungan antara aku dan ‘dia’ dan ‘dia’ adalah jauh dan semakin jauh. Awalnya......ia memberi impak maksima dalam hidup aku. Kehidupan, pelajaran, pergaulan, organisasi dan sebagainya turut terkesan. Akhirnya......aku sedar bahawa aku harus tabah dan membina kekuatan sendiri. Terima kasih untuk Azie, Syud, Dayah dan Kakak.....di kala diri merasakan persahabatan suci yang dilakarkan bersama ‘dia’ dan ‘dia’ dikhianati, masih ada insan yang menyokong. 4 insan ini banyak membantu, meniupkan semangat dan kekuatan untuk aku bangun semula...bina keyakinan diri. Sekaligus apa yang terjadi membuatkan aku menjadi lebih tabah.....aku ingin buktikan aku mampu walaupun tanpa ‘dia’ dan ‘dia’ yang sebelum ini telah menabur janji dan harapan bersama. Janji hanya manis di bibir sahaja dan kini harapan tinggal harapan.

Persoalannya..............kenapa setiapkali aku telah bangun dari kejatuhan yang amat sakit, setelah kekuatan terbina, setelah hapusnya air mata, setelah aku buang segalanya..........’dia’ hadir. Mengapa saat ini dan bukan pada saat yang aku harap dan perlukan??? Kehadiran ‘dia’ pada saat ini hanya menambah luka kat hati...setelah sekian lama baru menyatakan sedih. Sedih atas perpindahan aku ke kolej lain sedangkan sebelum ini walaupun satu kolej namun langsung tidak bertegur sapa, melarikan diri saat terserempak, membuang jauh pandangan andai terlihat........apa ertinya semua ini???
Cukup!!!!!!!!!!!!! Jangan permainkan perasaan aku lagi dalam sebuah ikatan persahabatan. Biar aku sendiri dan terus sendiri....serik rasanya. Untuk seketika, aku tutup pintu hati ini dari dihuni oleh mana-mana insan sebagai sahabat. Biar DIA sahaja menjadi sahabat aku kala ini.....menjadi sandaran ketika lemah, tempat mengadu simpati, pelindung di kala resah....

Aku tidak pernah dan takkan sesekali mendendami ‘dia’ dan ‘dia’. Aku telah memaafkan ‘dia’ dan ‘dia' di atas segala yang telah diperlakukan malah aku menerima mereka seadanya serta menganggap segala kesalahan mereka pada aku selama ini adalah kelemahan mereka yang boleh diperbaiki. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur denganNYA kerana menghadirkan ‘dia’ dan ‘dia’ dalam kehidupan aku walaupun mengecapi bahagia yang sementara cuma. Ia cukup bermakna.....malah segala yang terjadi menjadikan aku insan yang lebih kuat, tabah dan cekal. DIA ingin memperlihatkan pada aku siapa sebenarnya kawan....bukan kawan di kala suka namun juga di kala duka.... sekarang segalanya jelas. Aku bersyukur padaMU. Segala yang berlaku adalah dugaan dan ujian untuk mematangkan aku......bohong sama sekali untuk ku menyatakan bahawa setelah apa yang berlaku aku tidak memerlukan seorang bergelar sahabat!! Sememangnya...aku masih mengharapkan adanya sinar harapan dalam persahabatan berpaksi ALLAH. Insyaallah
.......

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@