CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

26 June 2008

..::VIrus YAng MEMbawa WAbak DAlam UKHhwah::..

Ukhuwwah itu sememangnya sesuatu yang sangat indah.....perasaan yang terlalu subjektif untuk digambarkan kerana ianya dapat dirasa tetapi tidak dapat dilihat dan ianya hanya dapat dirasai oleh mereka yang memilikinya. Istilah ukhuwwah sering bertukar ganti dan bersilang dengan istilah sahabat. Ukhuwwah suci asas persahabatan yang sejati. Setiap dari kita pasti tercari-cari ukhuwwah sejati. Hakikatnya ukhuwwah bukanlah nilaian saat suka semata namun nilaiannya lebih berharga ketika duka. Menyelusuri kemanisan ukhuwwah.....wajarnya kita berhati-hati dengan virus yang juga wujud dalam jalinan persahabatan. Apakah virus itu?? Setelah ditambah, ditolak, dibahagi, didarab maka dapat disenaraikan terdapat lebih kurang 20 virus yang bisa merosakkan ukhuwwah....

1) Tamak akan kenikmatan dunia (20:131)
“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)

2) Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama
“tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)
"tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih" (hadis Nabi) ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.
3) Tidak santun dalam berbicara-suara tinggi/kata-kata kasar (31:19)
...tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau memberi salam, tidak menghargai keberadaannya-bergurau secara berlebihan-sering berdebat dan membantah-kritikan keras yang melukai perasaan
...kelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran, sedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan
“sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)

4) Sikap acuh(59:9)

…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan mereka, menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temui, padahal mereka di sini bersamaku, mataku mencari mereka ke sana kemari, padahal mereka ada di dekat pelupuknya, hatiku bergejolak merindukan mereka, padahal mereka ada di antara tulang rusukku, sekalipun wajahku tak dapat menatapmu lagi namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirnaa, ku tidak akan berhenti memujimu dari kejauhan, bersama untaian doa, jiwaku akan selalu merindukanmu, bersua bersama penuh ketulusan dan cinta, jiwaku adalah jiwaku, jiwaku adalah jiwanya, hasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya

5) Mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)
“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)

6) Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran
cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)

7) Sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar
ruh ruh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (hadis Nabi)
memberi teguran di depan orang lain …penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanam bibit-bibit permusuhan…

8) Sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan
...terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya, sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya, terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti, lain kali ia membahagiakan, siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat
“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)
...jika tak menegur bererti tiada cinta, cinta tetap bertahan selama ada teguran
...banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihati, banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai, apalah bezanya jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani

9) Mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki
…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…(8:63)

10)
Membuka rahsia
…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…

11) Mengikuti prasangka(49:12)
orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan.

12)
Mencampuri masalah peribadi
“diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

13) Egois, sombong, tidak empati…
“siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)
....setiap sahabat selalu dekat dikala senang namun sahabat sejati adalah yang tetap menemani ketika penderitaan menimpa

14) Menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya kepadamu
....carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya

15) Enggan mengungkapkan perasaan cinta..…
“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)

16) Melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia
...orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru

17) Suka menonjolkan kelebihan peribadi..…
....jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka

18)Mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat
“tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

19)Selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.

20)Terlalu cinta
“cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.” (hadis Nabi)




Insyaallah...bersamalah kita refleksi diri.....bukan sahaja menilai sama ada sahabat kita ada yang telah dijangkiti virus ini mahupun sudah sering sahabat kita membawa virus ini. Namun yang lebih penting......kita melihat ke dalam diri kita. Apakah kita memiliki virus ini dan sedang menyebarkan wabaknya kepada sahabat kita?? Jika tidak....alhamdulillah dan segeralah panjatkan doa kepadaNYA sementara jika wujudnya tanda-tanda virus tersebut sedang menular........bersegeralah memperbaikinya. Masih ada waktu. Sesungguhnya tahap terendah adalah untuk berlapang dada sesama kita dan tingkat tertinggi pula adalah untuk melebihkan mereka, lebih dari diri kita sendiri…
Ya Allah..aku menyayangi saudara2ku seperti aku menyayangi diriku sendiri. Namun aku tak mampu menyayangi mereka seperti Engkau menyayangi mereka. Engkaulah sebaik2 Penyayang, maka sayangilah mereka. Engkaulah sebaik2 Pemelihara. Peliharalah mereka. Permudahkanlah urusan mereka. Berkatilah hidup mereka. Bahagiakan mereka di dunia akhirat. Satukanlah kami di syurgaMu yang tertinggi agar dapat kami menatap wajahMu selama-lamanya wahai Zat Teragung.Amin Ya Rabbal Alamin.

20 June 2008

..::HIDAngan USRAH yang Lazat::..


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua’alaikum~Setelah lama tidak menarikan jari di keyboard maka sedikit ruang waktu yang ada ini…..Ingin sekali mengtag diri sendiri. Malah dengan sukacitanya ingin menyelesaikan tag ini. Hehehehehe

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
WHEN? Oh , sejak saya bersekolah di Sek Men Al-Islah (1999)~ Mksd katanya dah hampir 10 tahun gak arrr. ~ Tapi kalau ikut yang betul-betul niat ikhlas dan sememangnya merasakan diri menyertai usrah adalah sekitar 4-5 tahun.

[2*] Bagaimana anda boleh menyertai usrah?
Hurmmm…….semestinya disebabkan sekolah, merujuk kepada mualim n mualimmah. Faktor penekanan tarbiyyah yang jitu kat SeK Men Al-Islah menyebabkan usrah menjadi wajid. ~ Maka waktu tu mahu atau tak, ikhlas atau tak……saya sememangnya kena hadirkan diri ke usrah yang telah ditetapkan.(waktu ni terasa amat la boring yang amat dan selalu ja ponteng dengan memberi alasan segala) ~ Selepas ja habis sek untuk tempoh 2 tahun diri sunyi dari usrah coz Sek Men Keb Agama (P) Al-Mashoor tak tak menghidangkan santapan usrah ni……na joint usrah KRJ Barat Daya pun tak berkesempatan coz tinggal kat hostel. ~ Bila masuk UKM (2006), baru la cari sendiri usrah n ikuti secara konsisten sampai sekarang (2008).

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Diri merasakan usrah satu aspek yang penting dalam diri dari segi pemantapan tarbiyyah. ~ Setelah sepanjang minggu diri sibuk dengan pelbagai aktiviti, maka usrah menjadi tempat yang paling ampuh untuk mengecas semula bateri iman n amal dalam diri yang kadang-kala lalai dengan tuntutan duniawi. ~ Usrah sebagai alat teguran dan peringatan yang paling berkesan dalam diri. ~ Diri juga dapat berkongsi pelbagai ilmu lain dengan teman sefikrah daripada pelbagai latar warna kehidupan yang berbeza.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1. Kekuatan dan keberanian
2. Kasih dan sayang yang mendalam
3. Kerinduan yang membara

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
1. Meningkatkan iman dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t
2. Meniup kencang semangat cintakan Islam dan kekuatan untuk berdakwah.
3. Berbakti pada jemaah daripada segala aspek seperti tenaga,masa, wang dll.
4. Penyusunan jadual kehidupan seharian. (bila nk p prog luar, bila time nak joint prog usrah dll. Dan yang pastinya mengutamakan yang lebih awla)
5. Ilmu yang perbagai dan boleh direlatedkan dengan kehidupan seharian.

Peraturan tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain
Maka dengan ini saya ingin mengtag 5 insan terpilih ini:
Fiza
Khansa
Fitrah
Yassin
Ahmad
( Buat insan yang kena tag.....sila la postkn jawapan anda n jawablah dengan segera....heeheheh)

17 June 2008

..::ReunION my BAtch aT isLAh::..

Nie tengah sibuk dok merancang reunion my batch form 1(99)-3(02) Sek Men Al-Islah,Sg Petani,Kedah Darul Aman. Setakat la perkembangan boleh dikatakan agak bagus.....Awalnya, idea reunion ni lahir daripada aku sendiri yang teringin bangat jumpa kawan-kawan lama yang hampir 5-6 tahun berpisah. Aku telah zahirkan idea ni melalui friendster untuk mendapatkan respon daripada kengkawan. Syukur kepada NYA kerana idea ini mendapat respon daripada beberapa insan yang prihatin.

Setelah mendapat komen serba sedikit daripada kengkawan......Tima kasih buat fiza atas cadangan supaya berbincangan reunion ini diadakan di friendster group P.P.A.I. So usaha diteruskan dengan memulakan discussion di group P.P.A.I. Maka, ditubuhkan AJK perlaksana reunion untuk memudahkan gerak kerja. Thanks untuk Nasyrul yang sudi menggalas amanah sebagai Ketua Pengarah. Aku menolak untuk memegang amanah ini kerana merasakan ia memerlukan jerih perit daripada kekuatan seorang lelaki. Aku lebih selesa memegang amanah sebagai AJK perhubungan. Tak lupa juga tima kasih untuk Fatimah yang telah melibatkan diri secara akitf dalam discussion di group dan idea-idea yang dilahirkan.

Harapan menggunung untuk reunion ni coz merupakan yang pertama kalinya. "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Hope apa yang dirancang dapat direalisasikan......Setakat la tarikh yang dicadangkan ialah pada 29 Jun 2008 bertempat di Sek Men Al-Islah bertemakan kesopanan dan ketatasusilaan. (hehehehehe) Antara aktiviti berkemungkinan akan disajikan ialah bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan sesama jantina sahaja, berbual mesra dan bertukar-tukar cerita, melawat kawasan sekitar sekolah dan menziarahi para mualim dan mualimmah, da talk2 skit dan makan simple2. Seterusnya bagi mengeratkan ukhuwwah lagi kita akan memanjangkan lagi pertemuan dengan bermain bowling dan makan-makan di kedai fast food dengan duit sendiri.

Pape ,mau x mau reunion kali ni tetap akan di 'on' kan.....kalu yang mai skit, maka akan dibuat secara kecil-kecilan dan kalu kedatangan dalam jumlah yang besar maka akan dibuat majlis yang agak grand arr..Sekarang ni dalam proses untuk menentukan volume kebolehhadiran ke reunion daripada semua kengkawan.

Kengkawanku semoga kita ke temu nanti.......banin n banat tersayang: nasyrul, afiq, faiz sharif, faiz hassan, khairul anuar,usamah, hisyam, aziz, izar, zulfadli, syafiq suhaimi, syafiq omar, ehsan, salman, abu dzar, ulul, hanif , khalifah, huzaifah, syakirin, nadiah amirah, nurul nadiah, izatul, farhana, sakinah, shida, nusaibah, khadijah, jannah, azua, afifi, fatimah, adibah, huda, mahfuzah, hanan n zakiah. (Maaf kalu ada nama yang tertinggal)

Harap segala yang direncanakan dipermudahkan oleh Allah.....

Ukhuwwah fillah.....abadan abada.....

15 June 2008

..::bUatmu YAng berGeLAr musLimah::..

Maybe apa akan akan aku post ni lebih tepat "mengena batang hidung sendiri" tapi aku ngak kisah...yang hak tetap hak n yang batil tetap batil. Lagipun manusia kan tak sunyi dari melakukan kesilapan....Oleh itu semestinya manusia perlu selalu diingatkan maka pentingnya nasihat-menasihati dalam kehidupan. Bukanlah bertujuan ingin memperlihatkan kebaikkan diri namun sekadar perkongsian untuk muhasabah diri dan semua yang sudi membaca. Mari kita baca dan hayati bersama apa yang cuba ingin disampaikan.


.::Muqaddimah::.

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

.::Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?::.

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

.::Penyelesaiannya::.

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..

(dipetik dari blog ~Khabar Dari Urdun~ )
-----------------------------------------------------------------
Entri yang aku baca ini telah membuat aku tersentak....menyedarkan aku dari dosa-dosa kecil yang mungkin aku lakukan secara tidak sengaja. Tanpa berlenggah lagi aku terus log in my friendster n membuang segala gambar yang memaparkan muka ku yang telah di upload sebelum ni (upload dengan susah payah). Takut, gerun, ngeri, risau, bimbang......Ya Allah, jahilnya aku. Ampuni dosa hambaMU ini. Aku bersalah padaMU. Aku tergelincir dalam mengikuti syariayMU. KurniaanMU aku gunakan pada jalan yang salah. Aku alpa dengan keindahan duniawi, tersasar disebabkan nafsu yang bergelora dan tersesat dengan bisikan syaitan yang telah menipu daya diri. Dengan rasa rendah diri aku mohon ampun padaMU YA RABB.
Semoga kita bersama mendapat iktibar daripada entri ini. Insyaallah.

11 June 2008

..::sUsAH & sENang::..

HIdup SEbagaI mAkhLuK yANG bERgeLAr InSan Di dUnIa InI mENyebabKan KiTa tiDaK pErNAH puTUs dAri uJIan Dan JugA DUgAaN.....jaLaN yANg KitA sELuSuRi tIDak PernaH sUnYI dArI oNaK dAN duRi KehidUpaN.....aDakalaNyA KiTA cEkAL MenGhaDaPi pAhIt Gentir.....dAn aDa KeTiKanya KitA TErSUngKuR leMah.....Dan SeriNGnyA kIta meNgeLuh Dan BeRtANya.....BeRtAnYa Dan TeRuS bErTaNya................



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman." ("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut: 2-3)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: 216)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
(Surah Al-Baqarah: 286)

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :

"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlahpula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jikakamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran: 139)

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah: 45)

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
(Surah At-Taubat: 111)

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubat: 129)

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!
QURAN MENJAWAB

"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf: 12)

SeSUngGuHnYa Allah S.W.T. itU MAha PEengAsih & PeNYayAng terhADap hAMba2Nya. kEtiKa KAmu MenGhaDaPi kesUsaHan, iNgAtLaH sEsuNGguhnNya aDa raMAi lAgi oRaNg yANg MEnDeRItA DEnGan kEsusAHan yANG LebiH dAhsYat DaRi kAmu dAN taTkALa kAMu meNGhAdAPi KeSEnANgAn PuLa inGatLah yANG sEgaLAnya aDaLah pINjamAN dArIpAdA Allah S.W.T iANya boLeh DiTaRik baLik PaDA BiLA-biLA maSA SAhaJa. OLeh iTu MariLAh kITA samA-SAma berSyUKur kepAdANYA, bERsABAR Dan sENTIasa rEDHA DaLam APa JUa KeAdaan yANG MenimPa diRI KITa......

Segala puji bagi Allah S.W.T., pemilik sekalian alam ini, wallahu'alam.

10 June 2008

..::KerAnAmU mINyaK::..

Setelah berlalunya waktu selama 5 ari.... kini aku baru berkesempatan berkongsi sedikit pandangan berkenaan isu kenaikan harga minyak. Suasana kecoh dah hingar-bingar di sana sini sama ada di desa mahupun di bandaraya berikutan isu ini.....Para petani, para guru, pemandu bas, pembawa teksi, pekerja kilang...semuanya berbicara, masing-masing mengeluh, memberi komen dan tak kurang juga yang berdebat. Tidak ada tidak individu yang tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak pada 5 Jun 2008. Kenderaan yang bersimpang siur sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di stesen minyak berdekatan Masjid Muaz bin Jabal yang ditonton sendiri oleh penglihatan (dibantu oleh spek) pada malam 4 Jun 2008 membawa aku untuk merenung jauh berkenaan nasib rakyat seterusnya. Kesesakan ini berikutan masing-masing terdesak mengisi minyak sebelum harga minyak melonjak naik pada keesokkan harinya.



Petrol dan Diesel naik harga lagi berkuatkuasa pada 5 Jun 2008 pada kadar RM0.78 (Petrol) dan RM1.00(diesel). Kenaikan mendadak harga petrol 78 sen kepada RM2.70 seliter dan RM1 kepada RM2.50 bagi diesel ini sememangnya merunsingkan. Tidak cukup dengan kenaikkan tol sebelum ini, seterusnya rakyat terbeban pula dengan kenaikkan harga beras dan bila mana ia masih belum reda, kesengsaraan rakyat semakin memuncak yang kemudiannya ditambah dengan kenaikkan harga minyak... (x pasti la pula lepas nie kenaikkan apa) Terima kasih untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) di atas rekod paling berani ini dan teristimewa buat Pak Lah yang juga memegang award mega ketidakbolehpercayaan yang terbaik abad ini. (islam hadhari Pak Lah makin kucar kacir)

Mustahil dan amat mustahil......pernyataan kerajaan tentang "tidak akan ada kenaikan harga barangan." Kenaikan harga minyak pasti saja akan menaikkan harga lain-lain barang. Tidak adil malah tidak logik untuk para pemandu bas dan teksi untuk mengekalkan harga tambang pada kadar yang sama. (jenuh la macam 2, mana nak untungnya) Waduh..waduh.....tiket bas balik UKM tak beli lagi. Wisau la plak harga yang bakal dibayar bagi sekeping tiket perjalanan dari Penang-KL yang sebelum ini biasa dibeli pada harga RM28-RM30 (wuaaa.....wuaaa......wuaa..) Dalam pada itu, jangan kita terlupa bahawa kenaikan harga minyak juga pasti akan mendatangkan kesan yang buruk dalam sosialisasi masyarakat seperti peningkatan statistik jenayah, kemiskinan, dan peningkatan inflasi yang berlaku mendadak. Keseksaan ini dialami rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana pasti lebih berat. Selain itu gaji di sektor swasta tidak meningkat naik, tapi kenaikkan minyak dan barang sudah pasti menjadikan pekerjaan kini tidak berbaloi.

Sempat juga aku mendengar keluhan daripada beberapa induvidu. Antara keluhan rakyat berbunyi demikian :

1)"menteri-menteri tak kisah la pasal harga minyak naik, depa minyak free." ~memang btui pun~
2)"jenuh la sapa yang memang dok p keja dengan moto n keta." ~taw x pa...len la naik basikal atau beca~
3)"pelik bin ajaib....kita negara da minyak, malah dok import minyak p luar negara tapi harga minyak kita sama dengan negara yang tak dak minyak." ~pa cite lagu nehhh~
4)"awat la minyak naik harga banyak sangat, dah la mendadak...kalu skit-skit tak pa gak." ~sikit ka banyak still tak patut~
5)"Apa kata kalu para menteri semua kena gak bayar duit minyak dll." ~sangat setuju..baru la adil~
6) Banyak lagi............................


Sepatutnya.....pada pandangan aku setelah jadi hal yang macam ni pihak kerajaan kena la bertindak pantas + segera. Bukan duduk saja depan press, sekadar bagi komen, lahirkan simpati kat rakyat tanpa buat apa-apa. Pihak kerajaan sewajarnya sama-sama merasai apa yang rakyat rasai saat ini. Di manakah peranan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat??? Rakyat disuruh jimat dan makan ubi kayu time harga beras naik sedangkan para menteri sedap ja makan beras mahal dan menjamu selera kat hotel terkemuka, makan yang sedap-sedap dan lazat-lazat. Pastu time ni, bila minyak naik....kerajaan bagi macam-macam alasan, sedapkan hati rakyat dengan pemberian subsidi sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan sendiri (lawak bangat coz ibarat RM1.71 sehari) dan suh rakyat berjimat sedangkan para menteri dan seangkatannya dapat minyak free and boleh plak naik flight p bercuti sana-sini.

Keadaan ini membangkitkan + menerbitkan rasa rindu aku kepada kepimpinan unggul sahabat nabi menyelusuri jerih perit kehidupan rakyatnya. Pastinya individu tidak asing itu lagi ialah khalifah Umar Al-Khattab r.a. Khalifah Umar r.a pernah berkata:

”Aku tidak dapat tidur di malam hari kerana takut urusanku dengan Allah tidak selesai. Dan aku tidak dapat tidur di siang hari kerana takut urusanku dengan rakyat tidak selesai”

Malahan pernah juga suatu hari beliau menangis tersesak-esak. Apabila ditanya mengapa, beliau menjawab bahawa terdapat seekor kambing milik rakyatnya telah mati. Beliau takut dan bimbang kalau-kalau Allah s.w.t menghukumnya kerana kecuaian pemerintahannya.Inilah sifat pemimpin sejati. Pemimpin sesekali tidak mahu melihat rakyat di bawah jagaannya susah sedikit pun. Kalaupun susah, biarlah pemimpin itu menanggungnya. Dan ia akan berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyatnya, bukan menambahkan lagi beban rakyatnya. Itu baharu pemimpin sejati yang bakal mendapat naungan Allah s.w.t kelak. Sejarah telah membuktikan malahan pelbagai contoh tersedia. Berapa banyak pemimpin yang boleh tidur di kaki lima masjid tanpa pengawal sebagaimana zuhudnya Saidina Umar. Betapa mana pemimpin yang begitu sanggup memadamkan lilin hanya kerana membincangkan urusan keluarga, jika tidak imannya sehebat Saidina Uthman. Wujudkah pemimpin sedemikian dalam dunia kini???? Rakyat dibelenggu kemiskinan, dihambat oleh kesempitan hidup, dicengkam kesengsaraan tapi para pemimpin kini masih enak dibuai mimpi kerana tidur yang lena. ~jangan tido panjang dan bangun-bangun sudah arrr~

Kenaikkan harga minyak......nikmat atau petaka, rahmat atau dugaan. Mari kita sama-sama merenung sejenak, berfikir dengan mendalam dan kunci sebentar pemikiran berteraskan politik. Jangan terus mengkritik, cuba bermuhasabah dan menilai apa sebenarnya iktibar yang Allah sembunyikan. Pasti ada yang tersembunyi!!!! Yang menggali akan mendapat, yang mencari pasti terjumpa dan yang merenung jelas terlihat. Semua berbalik pada 'dari kacamata yang berbeza'.

08 June 2008

..::L.E.A.D.E.R.S::..

Bunyi macam yang berkaitan dengan kepimpinan ja.....hurmmm,lebih kurang la 2...hehehe. L.E.A.D.E.R.S merupakan singkatan perkataan daripada Latihan Ekstensif Dakwah dan Kepimpinan Remaja Musleh. Merupakan program JK Pembangunan Remaja (JIM Pusat) dan merupakan rangkaian kepada Projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) ke arah membentuk takungan remaja cemerlang bermula dari tingkatan 3 hinggalah mereka melangkah ke IPTA mahupum IPTS. Dalam perjalanan sepanjang menempuh dua tahun yang bakal mendatang, para remaja yang terpilih ini akan dihidangkan dengan beberapa santapan iaitu X-REK, LEADeRs, X-PERT, X-CEL, MHI, EMI....semuanya untuk memantapkan rohani dan jasmani berteraskan tarbiyyah islamiah.


>>Rijal Ummah a.k.a peserta lelaki<<

>>Nisa' Ummah a.k.a peserta perempuan<<


Kebetulan yang tak dirancang tapi telah dirancang awal oleh DIA yang Maha Berkuasa di atas sana. Aku telah menjadi pengiring bagi adik-adik remaja mewakili KRJ Penang ke program L.E.A.D.E.R.S di Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa pada 3-5 Jun 2008. Oleh kerana kekontangan ahli maka aku telah menjadi 'bidan terjun' mengiringi 3 orang 'adik' perempuan dan lelaki yang kesemuanya menjadikan 6 orang peserta L.E.A.D.E.R.S 08. Kami telah bertolak pada pukul 12 malam menaiki bas ekspress di Terminal Sg Nibong. Kami sampai di Puduraya seusai sahaja azan subuh. Maka, menunaikan dulu amanah yang melambai di surau Perhentian Puduraya. Setelah semua selesai menunaikan tanggungjawab sebagai muslim kami bergerak menaiki LRT ke Masjid Jamek, kemudiannya tukar tren (LRT Putra) ke destinasi yang menanti, Setiawangsa. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 8 pagi kami sampai ke destinasi yang dituju.

Memandangkan pendaftaran dijadualkan 9 pagi, kami mengisi perut yang sememangnya telah bergendang rancak dan menyanyi ligat setelah agak lama dibiarkan kosong. Masa yang dijadualkan tiba..........sesi pendaftaran. Aku melaksanakan tanggungjawab sebagai pengiring, mendaftarkan "adik-adik' dan membayarkan yuran peserta dan sekaligus menyerahkan mereka di bawah tanggungjawab para urusetia dan fasilitator. Aku hanya menjadi pemantau dari jauh... Agak bosan la bila menjadi pengiring...better jadi urusetia,fasi atau peserta. (hehehehe)

Kebosanan melanda jiwa.....overall pengisian program sangat la best sehingga membuatkan aku terasa ingin menyemak menjadi peserta. Oleh kerana kebosanan yang amat sempat la aku meringankan langkah ke UKM pada 4 Jun. Sempat berjumpa dengan kawan semoto ku,Dayah dan semestinya Dr Rahila. (minta maaf pada yang tidak ku temui). Hampir sepetang suntuk aku kat UKM. Oleh kerana sok dah nak membawa 'adik-adik' ku balik semula ke Penang terpaksa la aku kembali semula ke Setiawangsa. Terlihat aku pada kesesakkan jalan raya dan stesyen minyak.....Sampai ja kat masjid setelah jalan kaki skit dr LRT Putra baru la ku maklum kenapa sesak. Rupa-rupanya kes harga minyak naik esok harinya.

Antara pengisian program yang best antara yang terbest Dakwah,Apa dan Kenapa?, Play Station, Goal Setting, Suapan Rohani (Ghulam ad-dakwah), Team Building, Skill Kepimpinan Luar Biasa, Buktikan Keupayaanmu, Festival Tokoh Islam, BAJOP, Matlamat Hidup Remaja Soleh Wa Musleh dan Agenda Bertindak.


~gAmBar sEPanJANG pERJaLANan pROGram~






Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar....moga 'adik-adik' ku bakal menjadi pemimpin masa hari ini dan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segala aspek dan semestinya meletakkkan Allah yang utama. Insyaallah...Maaf pada 'adik-adik' ku (Fazaa, Syafaf, Samira, Adib, Afif dan Muaz) kerana tidak berkesempatan membawa mereka berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Masa tidak mengizinkan......Kami bertolak balik pada pukul 4 petang dan sampai di negeri kelahiran ketika senja telah melabuhkan tirainya. Sehampir isya kami sampai....

..::eRTi peRSahaBaTan::..

Tanpa di sangka dan menyangka ‘dia’ YM aku....sememangnya aku tengah online n aku taw ‘dia’ pn baru ja online. Malah sebelum ni pun ‘dia’ slalu ja online pada waktu yang sama aku tengah online. Apa yang menarik di sini ialah kami ~ aku dan ‘dia’~ tak pernah bertegur sapa di YM sementara itu pula sudah hampir 5 bulan kami tidak pernah bertegur as a friend. Setelah apa yang berlaku, aku hidup dalam dunia ku sendiri dan aku biarkan ‘dia’ dan ‘dia’ hidup dalam dunia mereka sendiri yang mana telah mengasingkan dan membuangku jauh dari kehidupan mereka.

Bukan niat untuk mengungkit mahupun mendendami sesiapa....sekadar berkongsi rasa apa yang aku rasa. Ketiba-tibaan ‘dia’ mengYM aku telah mengetuk jendela hati dan sekaligus mengusik kenangan lalu. Aku tidak pasti apa tujuannya, Kenapa? Mengapa? Apa? Yang pasti ‘dia’ telah membuatkan jahitan luka ku teretas semula dan luka ku yang sedang pulih kembali berdarah. Kejam andainya aku tidak mengucapkan terima kasih kepada ‘dia’ kerana mengYM aku.

izt : salam
nisa nasya : wa'alaikumsalam
izt : (^_^)
nisa nasya : (^_^)
izt : kat penang ka
nisa nasya : yap
izt : jadi PC ka minggu 3m ni
nisa nasya : x sure lg arr
nisa nasya : nape??
izt : saja ja tnya..dngar kata pndah kolej UO tul ka
nisa nasya : dengar kata btul...dengar cite tipu
nisa nasya : so dengar kata tu tul arrr
nisa nasya : hehehehe
izt : ooo
izt : (muka sedih)
nisa nasya : (muka pelik bin ajaib)
nisa nasya : why???
izt : hurm sdh la..
nisa nasya : hurmm
nisa nasya : -
izt : xpe la
nisa nasya : ????
nisa nasya : x pe
izt : tq 4 da pic
izt : watpw kat umah
nisa nasya : ???
nisa nasya : tq utk pic mane ni???
nisa nasya : hohohoho
izt : ooo
izt : slap2
nisa nasya : x bt pa pun
izt : sorry
nisa nasya : online 24 jam
nisa nasya : hahaha
nisa nasya : don't say sowi 4 me
nisa nasya : ko???
izt : aku kat UKM nihg
nisa nasya : kt UKM nihg??
nisa nasya : means??
izt : kat UKM ni
nisa nasya : owhhhhh
nisa nasya : bt short sem or.......???
izt : UK nih
izt : ada program
nisa nasya : oic


Dalam kehidupan aku selepas ibubapa yang merupakan insan penting dalam hidup, kawan adalah insan seterusnya yang menduduki tingkat kedua. Bagi aku persahabatan adalah sesuatu yang sangat agung.....nilai persahabatan adalah terlalu tinggi. Namun seringkali, persahabatan yang aku hulurkan dikhianati dan dipersendakan.....sangat mengecewakan. Setelah segala-galanya berlaku.....aku pergi. Pergi dengan rasa berat hati yang teramat sangat. Hakikatnya, aku telah puas berusaha untuk memperbaiki hubungan antara aku ‘dia’ dan ‘dia’. Segala macam cara aku gunakan walaupun adakalanya cara itu memalukan diri sendiri. Nampaknya hanya aku yang berkeinginan hubungan ini pulih sedangkan dipihak ‘dia’ dan ‘dia’ tidak memperlihatkan apa-apa. Aku ibarat bertepuk sebelah tangan.....Jelasnya ‘dia’ memerlukan ‘dia’ dan bukan aku dan ‘dia’ juga memerlukan ‘dia’ dan bukan aku. Mereka lebih memerlukan antara satu sama lain.

Justeru itu, aku mengundur diri..... Aku pergi bukan atas alasan ‘membawa rajuk hati’ mahupun bertujuan memutuskan ikatannya telah tersimpul namun pergi demi kebaikkan ‘dia’ dan ‘dia’ malah setelah berfikir semasak-masaknya.....pemergian aku dari kehidupan mereka adalah untuk memberi ruang untuk ‘dia’ dengan ‘dia’ dan ‘dia’ dengan ‘dia’. Membawa diri untuk mengubat hati sendiri...aku perlu ruang untuk diri setelah sekian kalinya asyik memikirkan insan lain. Seringkali berkorban untuk kawan sehingga mengorbankan diri sendiri....malah terlalu memikirkan hal kawan sehingga mengabaikan diri sendiri.....sedar aku zalim pada diri!!!!

Dan aku sedar keputusan aku menghadirkan risiko besar yang perlu ku tanggung sendiri....sama ada hubungan aku dengan ‘dia’ dan ‘dia’ akan pulih mahupun akan semakin jauh. Saat ini, risiko yang ku tempuh ialah hubungan antara aku dan ‘dia’ dan ‘dia’ adalah jauh dan semakin jauh. Awalnya......ia memberi impak maksima dalam hidup aku. Kehidupan, pelajaran, pergaulan, organisasi dan sebagainya turut terkesan. Akhirnya......aku sedar bahawa aku harus tabah dan membina kekuatan sendiri. Terima kasih untuk Azie, Syud, Dayah dan Kakak.....di kala diri merasakan persahabatan suci yang dilakarkan bersama ‘dia’ dan ‘dia’ dikhianati, masih ada insan yang menyokong. 4 insan ini banyak membantu, meniupkan semangat dan kekuatan untuk aku bangun semula...bina keyakinan diri. Sekaligus apa yang terjadi membuatkan aku menjadi lebih tabah.....aku ingin buktikan aku mampu walaupun tanpa ‘dia’ dan ‘dia’ yang sebelum ini telah menabur janji dan harapan bersama. Janji hanya manis di bibir sahaja dan kini harapan tinggal harapan.

Persoalannya..............kenapa setiapkali aku telah bangun dari kejatuhan yang amat sakit, setelah kekuatan terbina, setelah hapusnya air mata, setelah aku buang segalanya..........’dia’ hadir. Mengapa saat ini dan bukan pada saat yang aku harap dan perlukan??? Kehadiran ‘dia’ pada saat ini hanya menambah luka kat hati...setelah sekian lama baru menyatakan sedih. Sedih atas perpindahan aku ke kolej lain sedangkan sebelum ini walaupun satu kolej namun langsung tidak bertegur sapa, melarikan diri saat terserempak, membuang jauh pandangan andai terlihat........apa ertinya semua ini???
Cukup!!!!!!!!!!!!! Jangan permainkan perasaan aku lagi dalam sebuah ikatan persahabatan. Biar aku sendiri dan terus sendiri....serik rasanya. Untuk seketika, aku tutup pintu hati ini dari dihuni oleh mana-mana insan sebagai sahabat. Biar DIA sahaja menjadi sahabat aku kala ini.....menjadi sandaran ketika lemah, tempat mengadu simpati, pelindung di kala resah....

Aku tidak pernah dan takkan sesekali mendendami ‘dia’ dan ‘dia’. Aku telah memaafkan ‘dia’ dan ‘dia' di atas segala yang telah diperlakukan malah aku menerima mereka seadanya serta menganggap segala kesalahan mereka pada aku selama ini adalah kelemahan mereka yang boleh diperbaiki. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur denganNYA kerana menghadirkan ‘dia’ dan ‘dia’ dalam kehidupan aku walaupun mengecapi bahagia yang sementara cuma. Ia cukup bermakna.....malah segala yang terjadi menjadikan aku insan yang lebih kuat, tabah dan cekal. DIA ingin memperlihatkan pada aku siapa sebenarnya kawan....bukan kawan di kala suka namun juga di kala duka.... sekarang segalanya jelas. Aku bersyukur padaMU. Segala yang berlaku adalah dugaan dan ujian untuk mematangkan aku......bohong sama sekali untuk ku menyatakan bahawa setelah apa yang berlaku aku tidak memerlukan seorang bergelar sahabat!! Sememangnya...aku masih mengharapkan adanya sinar harapan dalam persahabatan berpaksi ALLAH. Insyaallah
.......

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@