CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

18 November 2011

CADANGAN HADIAH BUAT PASANGAN PENGANTIN

Musim CUTI SEKOLAH kembali lagi…..

Maka ACARA KENDURI-KENDARA juga bakal berMULA…

Di sana-sini jemputan menggamit kedatangan tetamu,

Mengundang diri kita, keluarga dan sanak-saudara untuk memeriahkan MAJLIS PENYATUAN DUA HATI



Bagi kita yang bakal menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN rakan baik, kenalan rapat dan teman mesra dsbnya. Pasti RUNSING memikirkan apakah HADIAH, CENDERAHATI, PEMBERIAN terbaik untuk diberikan kepada pasangan pengantin.

Paling TERBAIK sekiranya kita memberikan sesuatu yang boleh dan akan digunakan dalam jangkamasa yang panjang/tempoh lama. Dan pastikan ianya sememangnya sesuatu yang BERGUNA atau KEPERLUAN selepas mendirikan rumahtangga.

Berikut 10 BARANG yang dirasakan sangat SESUAI untuk dijadikan HADIAH kepada pasangan pengantin yang boleh digunakan dalam RUMAH BARU mereka setelah bergelar suami isteri. Ayuh lihat senarai ini yang mungkin juga boleh digunakan oleh rakan-rakan yang lain, antaranya:


1) SET PINGGAN MANGKUK (DINNER SET)

~ sekitar RM80.00 ke RM200.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.



2) TEA SET

~ sekitar RM35.00 ke RM60.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.


3) POT SET

~ sekitar RM50.00 ke RM150.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.



4) RAK PINGGAN MANGKUK (Besi)

~ sekitar RM30.00 ke RM150.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.



5) RICE COOKER (Sederhana)

~ sekitar RM55.00 ke RM120.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.




6) BLADER MACHINE (Serbaguna)

~ sekitar RM35.00 ke RM100.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.



7) ELECTRIC IRON

~ sekitar RM25.00 ke RM75.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.



8) GAS STOVE (Dapur Gas)

~ sekitar RM70.00 ke RM250.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.



9) CEREK AIR

~ sekitar RM40.00 ke RM80.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.


10) KIPAS

~ sekitar RM50.00 ke RM120.00 dan yang pastinya harga bergantung pada kualiti dan diskaun.





Dan semestinya semua bergantung kepada BUDGET kita. Budget lebih, beli barang sedikit MAHAL dan agak-agak kurang cukup kita boleh KONGSIkan bersama beberapa orang kawan-kawan. Jimat sedikit kos. Andaikata budget tersangat kureng maka boleh sahaja membeli barangan tidak terlalu mahal, masih ada yang di bawah RM50.00. Yang penting adalah keIKHLASan dalam memberi TANDA INGATAN kepada pasangan pengantin. Semoga ianya berGUNA buat semua.





1 comment:

Lyisha said...

sy suka blog anda .. ^_^
tq, ianya membantu ..

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@