.::Ketahuilah kamu bahawa, KASIH SAYANG itu percuma untuk diberikan... namun hanya bisa dimiliki oleh mereka yang bertuah, mereka yang punya hati yang ikhlas::.
.::Sila kamu sedar bahawa KASIH-SAYANG mahupun KESETIAAN tak boleh dimiliki dengan menaburkan kemewahan mahupun dibeli dengan wang ringgit. Tapi kedua-duanya hadir dengan rasa tulus tanpa sebarang ganjaran. Ia terlalu suci untuk diurusniagakan::.
.::Matikan watak itu dalam penceritaan hidupmu jika tidak bayangnya tetap akan ada dan ia akan muncul kerap di akal minda dan benak hatimu. Matikan watak itu untuk pengakhiran kisah yang bahagia dan tiada luka::.
.::"Jangan menangis,jangan bersedih,hapus keraguan di dalam hatimu.Percayalah padaNYA,YANG MAHA PEMBERI CINTA,bahawa ini hanya liku-liku hidup yang pasti berakhir.Yakinlah...saat itu pastikan tiba"::.
.::Selagi kau tetap seperti dulu dan masih setia pada sifat yang lalu, bermaksud kau memilih untuk menjauhku dan membuangku terus dari hidupmu. Sememangnya aku benar-benar sedar aku hanya diperlukan dan bukan disayangi. Terima kasih atas semua luahan tanpa rasa selama ini dan terima kasih untuk segalanya::.

No comments:
Post a Comment