CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

11 November 2010

Dekat sekali...

Big thanks untuk teman baru saya iaitu Eppy Eoshi. Jujurnya suka sekali dengan bahasa dan ayat-ayat yang wujud di laman sesawangnya. Ada bait-bait kata yang buat diri tergoda kerana rasa begitu dekat dengan diri. Aku juga suka menulis dan berpuitis namun ku rasa bahasanya lebih indah dan penuh dengan misteri. Aku suka….. sehingga asyik menyelongkar makna di sebalik bait-bait itu.



Bagi yang tidak gemar bermain dengan kata-kata (lebih sering digelar berjiwang) mungkin melihat bait kata di atas seperti tiada ‘makna’ apatah bernilai. Hanya dipandang sebagai sebaris ayat. Ayat kosong tanpa makna. Namun aku melihat sebaliknya…

Aku suka…. Merasakan ayat itu adalah diriku. Mungkin tidak secara total tapi maksimumnya. Itulah gambaran HATI dan PERASAAN. Eppy, izinkan nisa simpan kata-kata ini untuk diri.. atau mudahnya, hadiahkan kata-kata ini untuk nisa sebagai tanda perkenalan. (^_^)

Seringkali mereka-mereka melihat aku kuat, teguh, tabah dan kental namun hakikatnya di lubuk paling dalam berkeladak rasa jerih tak tertanggung. HATI dan PERASAAN yang seringkali berperang dengan KEHENDAK dan KEPERLUAN. Dan seringkali aku tewas dengan diri sendiri. Mendahulukan insan lain sebelum diriku.


~tetap tabah dan tak berbelah bagi..... aku tetap diriku.


3 comments:

Eppy Eoshi said...

teman..
ini sangat indah!

Eppy Eoshi said...

izin saya share link ini di FB dan blog...untung2 trafik kamu juga akan meningkat...

.::AdNiSya3108::. said...

(^__^)
semoga indah selalu..
thanks eppy....
untuk beberapa hari ini sy hepy..

Malu benarnya sbb isi tak seberapa..
tapi tak ada salahnya juga..
silakan share link di fb..

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@