Sememangnya sangat betul apa yang sering dikatakan; "Orang yang DIAM lebih merbahaya daripada orang BISING yang kasar dan keras". Maka berhati-hati dengan mereka yang diam dan baik di hadapan anda sedangkan hakikatnya dibelakang anda mereka memperkatakan yang bukan-bukan, mengeji dan menceritakan keburukan anda. TEGURAN terus itu adalah lebih MULIA dari KUTUKAN yang tidak berasas. Biar PEDIH hari ini, jangan BISA selamanya.
Mungkin orang benci dan sangat-sangat tidak suka dengan individu yang mulut banyak, kecoh apatah lagi lazer. Tapi mungkin PELIK sebab aku suka… kerana individu seperti ini meluahkan sesuatu tanpa disimpan-simpan. Apa sahaja yang terlintas terus diluahkan. Mungkin pedih di awal tapi kurang-kurangnya SELESAI di situ. Berlainan pula dengan yang diam, sering mengiyakan sahaja… bila ada yang tidak kena, disimpan, bila ditanya ada masalah, disorok-sorok.. semuanya kelihatan baik dan tenang. Namun disebalik semua itu berselut segala KETIDAKPUASAAN lalu dihamburkan pada individu lain. Sangat melukakan… kerana aku SAYANG dia. Tidak pernah sekali aku mengharapkan yang bukan apatah yang tidak baik untuknya. Aku sering mendoakan kebahagiannya. Malah aku GEMBIRA bilamana kini dia sangat BAHAGIA. Salam BAHAGIA. Cukup sampai di sini kerana ini KETIGA kalinya.
No comments:
Post a Comment