Dakwah bukan pilhan tapi TUGAS HAKIKI makhluk bernama MANUSIA. Dakwah merupakan satu bentuk jalan untuk menyeru dan menyampaikan ajaran Islam secara BIJAKSANA.
Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat, ayat 33 yang bermaksud :
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku dari kalangan orang muslim (yang berserah diri)?”
Jika sebelum ini dakwah diperluaskan dengan mengajak sahabat beriadah, membaca buku, membeli-belah, memasak dan sebagainya. Malah Rasulullah juga dahulu pernah berdakwah dengan bergusti dengan salah seorang ahli gusti Quraisy yang terhebat. Dalam dunia tanpa sempadan ini, da’ie perlu menjadi lebih kreatif memikirkan medium-medium dakwah lain selain dari yang sedai ada dengan mempelbagaikan medium dakwah melalui aktiviti blogging, facebooking, u-tube dan sebagainya.
DAKWAH itu tiada sempadan, yang ada hanya RUANG yang perlu ditembusi.
No comments:
Post a Comment