CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

19 October 2011

SALAHku

Duhai hati bersabarlah….

Ya…. SALAHku. SALAHku menggunakan barang orang. SALAHku kerana lambat sedikit memohon izin. SALAHku juga akibat menggunapakai talian internet.

Selama ini ‘cakap-cakap’ dibelakangku. Sekadar bercerita, tiada apa-apa. Namun bila lebih dari ‘cerita’ lain jadinya. Tidak terjangka apatah menyangka. Diriku di’kata-kata’. Mampu kuterima segala teguran. Andai ada silap dan salah. Acapkali ku nyatakan, andai ada yang tidak kena, tidak suka dengan caraku dan lain…. Nyatakan, insyaallah aku terima dengan rendah hati.

Aku mungkin keras dan kasar namun aku tidak EGO untuk dinasihati. KAWAN yang baik bilamana sedia menegur ketika kita tersalah kata dan langkah. Bukan yang mendiam diri dan mengiyakan segalanya. Sebaliknya disisi yang lain memperkatakan ‘sesuatu’ tentang kita yang ternyata meruntun jiwa.

SEDIH bila segalanya berakhir ‘SEBEGINI’. BUKAN niatku untuk mengintip-intip laku dan bual bicaramu. Namun seperti terbukanya ‘HIJAB’ untuk aku melihat kebenaran. Allah gerakkan hati…. Lantas terpapar apa yang tidak ku ketahui. Jelas terpapar NAMAku……. Serta segala bentuk ‘KATA-KATA MANIS’mu terhadapku. Rasa bagai ditempeleng selajunya, pipiku terus sakit lalu kebas dan tiada rasa lagi.

Jika selama ini, ada tutur kata mahu gerak laku ku mengecilkan hatimu,membuatkan kamu tidak selesa jangan mendiam. Jujur dan tulus berkata padaku, agar aku lebih faham dirimu. Ternyata kamu memilih diam dan sepertinya tiada kecacatan dalam perhubungan kita. Tenang di permukaan tanpaku tahu berkeladak di dasarnya. Dan akhirnya rasa yang kamu simpan dihamburkan pada yang mendengar hanya pada satu sisi dan dia menghangatkan lagi suasana, bukannya mendamaikan. Sangat-sangat ‘SEMPURNA’ untuk itu.

BENAR, aku tidak SENGAJA.

Sangat-sangat tidak SENGAJA.

Dan KAMU berhak melabelku TIDAK menghormati HAK PRIVASI.

Aku akur, SALAHku. YA SALAHku kerana sekalipun aku nafikan kamu tetap akan menyalahkan diriku. Maka lebih baik, aku akui bahawa SALAHku. SALAHku… jika tidak kita masih BAIK hingga ke hari ini dan masa depan. SALAHku… terlalu memujimu, tidak sekali aku menceritakan yang jelik-jelik tentangmu. Dan selama ini, andai ada teguran kasarku mengguris hatimu atau memperlihatkan seperti aku ‘MACAM BAGUS’, ternyata tiada niat lain kerana aku ikhlas menegur atas rasa KASIH SAYANG yang tulus. Ini keTIGA (2009, 2011 & 2011) kalinya aku MAAFkan. Dan memang SALAHku…. Biar pisang berbuah berkali-kali.

Difikir-fikir dan direnung-renung….. benar kata orang, sudah dapat GADING bertuah, tanduk di biar sepi dibalik buang. Aku sudah tiada kepentingan dan hampir-hampir saat aku tidak lagi diperlukan.. Maka, MASA untuk kamu says HAI..HAI… BYE…BYE… to me. Itu kenapa apa-apa bukan lagi aku dan pastinya ada sahaja yang jelak dipandanganmu tentangku sedangkan tiada niatku sebagaimana yang kamu dan dia pikirkan. Malah ANDAIAN yang dilontarkan kamu tidak BENAR sama sekali.


YA ALLAH, AMPUNKAN SEGALA SALAH SILAPKU. JADIKANLAH AKU INSAN YANG PEMAAF. MOGA-MOGA AKU DIMAAFKAN DAN AKU BERSEDIA MEMAAFKAN.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@