CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

08 May 2011

UNTUKMU IBU

Wowwwwww….sangat tak terduga dan menduga. Ihikihikihik. Apakah itu?? Cerr teka…cerr teka. Ngehhh…ngehhh…ngehh.. Rezeki dari ‘langit’.


Kak Long: Dik, hang buka pages Nasi Lemak Kopi O TV9 then likes pages tuhh.

Aku: Hahhh..nak buat pa?? Malaih aihhh…

Kak Long: Laaa buka laa dulu, tengok lam tuh.

Aku: Malassss laa wehh, nak tengok apa??

Kak Long: Satgie ku lempang kot… buka laa lu.


{….. buka laa pages NLKO TV9 then click likes….}


Aku: Dah tu kak long nak buat pa??

Kak Long: Tuhh da pertandingan cipta kata-kata untuk hari ibu, hang buat laa pastu post kat wall NLKO TV9.

Aku: Alahhh… malas laa nak tulis, nak carik idea. Nanti-nanti laa..

Kak Long: Hang buat laa laniee bukan susah pun, hang kan terer. Mana taw menang..

Aku:Yea laa..yea laa..


{ carik-carik idea…. Jenggggggggggg dapat laaa idea nak menulis maka then pun coret laa kat wall NLK0 TV9)


Untuk malam-malam yang engkau bazirkan buat menemani gelisah, Untuk senggang masa terluang yang telah engkau korbankan, Untuk jiwa yang turut kesempitan oleh kelalaian, Untuk benak yang engkau kerahkan ketika aku buntu, Untuk nafasmu yang masih tersisa diperguna anak-anak. SELAMAT HARI IBU... Untukmu, tidak tercapai kudratku membalas semua. Untukmu, aku mohon pada ALLAH yang mengirimkanmu. Untukmu, jalan ke syurga pasti dimudahkan. [] KASIH BUATMU IBU



Ya Allah lindungilah ibuku seperti beliau menjagaku dulu,rawatlah ia seperti ia merawatku dul,kerana sampai akhir usia bumi ,KASIH SAYANGnya takkan terganti dengan apapun. I LOVE U IBU SO MUCH.


Bersinar kau bagai cahaya

Yang selalu beri ku penerangan

Selembut citra kasihmu kan

Selalu ku rasa dalam suka dan duka


Kaulah ibuku cinta kasihku

Terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu


Bagaikan embun kesejukan hati ini

Dengan kasih sayangmu

Betapa kau sangat bererti

Dan bagiku kau takkan pernah terganti


Kaulah ibuku cinta kasihku

Pengorbananmu sungguh sangat berarti


Ungkapan terima kasih, hormat dan CINTA KASIHku yang tak terhingga untuk seorang perempuan yang telah memberi cintanya secara utuh, membesarkan dan mengajarkan erti kehidupan yang membawaku ketitik perjalanan kehidupanku hari ini. Dia adalah NORAINI YAACOB, ibuku…


Dan langsung tak sangka bila tadi buka wall NLK0 TV9, dia minta kepada pemenang untuk send nama, no ic, no tel dan alamat ke email. Jadik saja laa nak tengok sapa pemenang PERTANDINGAN IBUKU HEBAT NLKO TV09. Sekali kan u all…. cerr tengok… cerr tengok..



Alhamdulillah…… ada nama den tuhh. Suka-suka…. Suka sangat.Tak sabar tunggu hadiah, insyaallah nak hadiahkan kat ibu if betul dapat rantai mutiara raflesia.


No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@