CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

04 May 2011

Definisi D.U.I.T

Bismillahirahmannirahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. segala puji bagi Tuhan yang menciptakan sekalian alam. April sudah melabuhkan tirainya dan Mei menguak tirainya mempersilakan kita masuk. Berakhirnya april maka genap 6 bulan aku berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik (R.A) di Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya. Tempoh yang agak panjang bagi aku untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman dalam menjalani kehidupan yang mendatang. Alhamdulillah atas nikmatMU.



Saat ini menghitung-hitung hari untuk menamatkan pekerjaan ini dan kembali ke kampong halaman. Secara tidak rasminya aku telah menamatkan pengajian sarjana di perbukitan ilmu Universiti Malaya namun masih berdebar menanti comfirmation dari pihak penyelia/pemeriksa/fakulti/university pada bulan Julai/Ogos 2011. Mohon dipermudahkan segala urusan untuk bergraduasi pada tahun ini.


Notis berhenti kerja telah selamat diserahkan pada majikan, maka 13 Mei 2011 bakal berakhirnya kerjaya di UMCEDEL dan kembali bergelar penganggur ‘terhormat’. Harap tidak terlalu lama bergelar penganggur kerana ingin segera membina kerjaya. Banyak misi-misi yang menanti untuk dilunaskan. ^_^


Kini, sebok mencari gali ruang-ruang dan lubang-lubang pekerjaan. Penat mengisi borang dan memohon pelbagai jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan. Moga dimurahkan rezekiNYA ke atas aku. Amen Ya Rabbal Amin. Yang penting aku JANGAN putus asa, teruskan berDOA, berUSAHA, berIKHTIAR dan berTAWAKAL. Serahkan segala pada percaturanNYA setelah kita berusaha. DIA mengetahui yang terbaik untuk kita.


DOA DIMURAHKAN REZEKI ß ini USAHA


1. Doa untuk menarik rezeki dari setiap penjuru (dibaca 7x setelah solat fardhu)

Ertinya: “Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kita Nabi Muhammad sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Dzat yang maha meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. Luaskan dan banyakkanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dari perbendaharaan rezeki-Mu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahan-Mu juga. Dan, limpahkanlah pula rahmat dan salam atas dan para sahabat beliau”


2. Doa untuk mendapatkan rezeki yang halal (dibaca 3x setelah solat jumat/solat fardhu)

ALLAHUMMA YAA GHANIYYU YA HAMIIDU YAA MUBDI’U YAA MU’IIDU YAA RAHIIMU, YAA WADUUDU AGHNINII BI HALAALIKA‘AN HARAAMIKA WAKFINII BI FADHLIKA ‘AMMAN SIWAAKA WA SHALLALLAHU ‘ALAA MUHAMMADIN WA AALIHI WA SALLAMA.

Ertinya: “Wahai Allah, wahai Dzat Yang Maha Kaya, wahai Dzat Yang Maha Terpuji, wahai Dzat Yang memulai, wahai Dzat yang mengembalikan, wahai Dzat yang mencintai. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain Engkau semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat beliau.”


3. Doa untuk mendapatkan rezeki yang melimpah (dibaca setelah solat fardhu)

ALLAHUMMA YAA AHADU YAA WAAHIDU YAA MAUJUUDU YAA JAWWAADU YAA BAASITHU YAA KARIIMU YAA WAH-HAABU YAA DZATH THOULI YAA GHANIYYU YAA MUGHNII YAA FATTAHU YAA RAZAAQU YAA ‘ALIIMU YAA HAYYU YAA QAYYUMU YAA RAHMAANU YAA RAHIIM YAA BADII’AS SAMAAWAATI WAL ARDHI YAA DZAL JALAALI WAL IKRAANI YA HANNAANU YAA MANNAANU INFAHNI MINKA NAFHATIN KHAIRIN TUGHNINII ‘AMMAN SIWAAKA

Ertinya: Wahai Allah, wahai Dzat Yang Maha Tunggal tidak memiliki bagian, wahai Dzat Yang Maha Tunggal, tidak menyerupai makhluk dan tidak sekutu, wahai Dzat Yang Maujud, wahai Dzat yang amat murah hati, wahai Dzat yang Melempangkan rezeki, wahai Dzat Yang memiliki anugerah, wahai Dzat Yang maha kaya, wahai Dzat yang Maha membuka, wahai Dzat Yang Maha member rizki, wahai Dzat Yang Maha Mengetahui, wahai Dzat Yang Maha Hidup, wahai Dzat yang Maha berdiri sendiri, wahai Dzat Yang Maha Pengasih, wahai Dzat yang Maha Penyayang, wahai Dzat Yang Menciptakan langit dan bumi, wahai Dzat Yang Memiliki keagungan dan Kemuliaan, wahai Dzat yang Maha Memberi, semerbakkanlah aku dari-Mu dengan semerbak yang bagus yang dapat memcukupi aku dari selain Engkau”


4. Doa untuk memudahkan mata pencaharian (dibaca 7x saat menuju tempat kerja)

Ertinya: “Dengan nama Allah, semoga Engkau menjaga diri kami, harta kami dan agama kami. Wahai Allah, redhailah kamu dengan ketetapan-Mu dan berilah kami berkah kepada kami pada segala apa yang Engkau percepat apa yang Engkau akhiri dan tidak pula menyukai mengakhiri apa yang Engkau cepatkan”

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@