CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

02 May 2011

PUAN AIN selamat sudah

Untuk tidak menghampakan kawan tersayang maka hari ‘REHAT’ dikorbankan. VIVA sarat dengan 5 individu menyelusuri jalan raya/lebuh raya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Kuala Lumpur ke Tenggaruh, Johor. Sempat juga singgah di Pekan Kluang membeli cenderahati buat mempelai.



Alhamdulillah…. 2.30 petang sampai di rumah pengantin. Kedua-dua pasangan pengantin baru selesai menjamu selera dan kelihatannya sibuk ber‘photoshoot’. Aku terus meliarkan pandangan mencari cosmate yang lain, yang telah tiba awal sebelum kami. Riuh rendah bertemu Elly, Nana, Najwa, Syidah, PUAN AIN dll.

Kelaparan yang amat maka acara makan-makan jadi keutaman. Sedap lauk-pauk yang disediakan dan teristimewa jeruk asam buah pear… Istimewa air tangan orang Felda Tenggaruh. Hihihhihiihi.

Dan acara WAJIB adalah ber‘photogedix’ riang-ria.


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PUAN AIN DAN ENCIK IZALMIE

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA



Setelah berlamaan bersama teman-teman yang agak lama tidak ketemu dan usai solat jamak bagi yang wajib maka berangkat pulang. Kali ini konvoi bersama, dua VIVA bersaing.


Bye…bye…. Felda Tenggaruh… Sampai jumpa lagi.


p/s: Siapakah yang seterusnya??? Kita TUNGGU!!!!


No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@