Mereka meneka-neka perihal aku, mungkin betul dan kebarangkaliannya TIDAK. Senyumku bukan bererti aku bahagia dalam HATI. Aku aktor terbaek dalam mempamerkan rasa ‘GEMBIRA’ masa duka. Acapkali merintih sendiri tanpa seorang pun yang sedar apatah tahu gelora hati. MAAF aku bukan egoistik memendam rasa cuma aku takut menerima SIMPATI. Aku terbuka menerima KASIH dan SAYANG yang ikhlas, bukan meraih simpati.
Mereka menjangka aku sedang berbunga bahagia, hakikatnya TIDAK sama sekali. Aku sedang bertarung sengit antara PRINSIP dan HATI. Aku kelam kabut mengepong ‘rasa’ agar ia tidak lepas dari kurungan sepatutnya. ALLAH bantu aku. Aku tidak mahu SALAH dalam memilih jalan hidup. Yang mendatang kini sedang kuat memukul-mukul benakku. Tak siapa tahu kerana mereka terusan menjangka aku sedang BAHAGIA. Itu SALAH!!! DERITA banyak bersarang dalam dada biarpun bibir menguntum senyum paling manis.
Mereka tidak pernah untuk cuba bertanya dan aku senangnya DIAM BISU. Aku lemah untuk menyusahkan orang lain. Apatah mereka-mereka yang sedang menyulam bahagia. Aku rasa bersalah untuk mencalar bahagia mereka punya dengan ‘GELOMBANG JIWA’ yang aku lalui. Mungkin benar ayat ini: “Pabila terpukul dengan gelombang CINTA & ASRAMA, baik si jejaka mahupun gadis akan alpa pada sisi dunia yang lain”. Dan sesungguhnya saat ini aku telah merasa berada di pinggir. Yang pasti aku tidak pernah menyalahkan sesiapa.
Saat ini aku lebih banyak berdiam... bisu tanpa kata. Wajah sepi tanpa mimik dan reaksi. Aku belenggu diri dalam ruang kamar yang kedap dan tertutup. Tidak terlalu mencampuri manusia. Tidak banyak borak seperti dulu-dulu, kurang berjenaka bukan-bukan. Bukan kerana mahu tapi perlu. Aku mengangsikan diri dari dunia yang kalut. Berteleku sendiri. MAAF aku bukan tabah cuma mencuba-cuba.
Diamku penuh 1001 rasa yang pasti mereka tidak cuba memahami. Kerana mereka langsung TIDAK pernah bertanya, tidak cuba menyelami. Mereka melihat cuma dan kemudian membiarkan aku tenggelam dalam dunia aku sendiri. Dunia SEPI TANPA SUARA. Dan mereka sibuk dengan dunia INDAH mereka yang tidak mahu diganggu aku. Aku SEDAR sekali.
Diamku bila aku tidak lagi mampu mengawal RASA diri. Diamku bilamana mereka menjauh pergi dariku dan sibuk dengan urusan sendiri. Diamku kerana aku sakit dalam dada. Diamku kerana aku letih menyayangi tanpa disayangi. Diamku bila aku sedar mereka tidak ikhlas mendatangi aku. Diamku membawa 1001 rasa pergi tanpa bersisa sedikit pun.
Bilamana aku diam dan terus pergi......aku akan terus menghilang dan takkan pernah muncul lagi dalam hidup sesiapa. Aku rela menahan rasa pedih sendiri, pedih hari ini dari selamanya. Aku bakal berlalu pergi seperti angin dengan kadar yang perlahan tapi menghilang terus. MAAF ini bukan mahuku.
No comments:
Post a Comment