CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

12 December 2008

..::Pangkor Island::..

Assalammualaikum semua ~kengkawan, pembaca setia n pelawat blog~ Agak lama jugak la blog ni terbiar sepi tanpa catatan dari pemiliknya. Apakah sibuk amat si pemilik blog d@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@ ni??? Untuk 12-14 Dec 2008 ni blog terusan tidak dapat dijengah......bertambah berhabuk dan bersawang la blog ni. Busy benar cik empunya blog. Nak ke mana plak pada tarikh-tarikh tu?? ~hehehehe~ Buat maklumat semua yang tersayang pemilik blog akan 'CUTI-CUTI MALAYSIA' ke Pulau Pangkor. Nantikan catatan terbaru untuk beberapa hari kemudian. Insyaallah, mungkin idea bisa terlahir after balik dari bercuti nanti. Sabar yea tunggu catatan akan datang. ~macam ada yang menunggu ja~
Dah lama pun tak gie Pangkor. Last pegi tyme X-REX (Ekspedisi Remaja Kental) kat Teluk Segadas. Dalam tahun 2001 kot kalu tak salah, kira-kira form 3 la. Then tak pernah pegi dah pun semenjak dari hari tu. Nie tetiba plak dapat peluang pegi dengan 'FREE of CHARGE'nya. Apa lagi....terima ja la durian runtuh ni dengan besar hatinya. ~lalalalala~ Benda free semua orang suka kan!!! Allah s.w.t bagi kita untuk dapat pahala free-free ja tapi kenapa kita tak mau n acuh tak acuh ja?? Sebab manusia ni dia akan kejar yang dia boleh nampak, boleh pegang....mudah kata yang realiti. Yang benda kena yakini ni, tak boleh nampak, tak boleh rasa...dia rasa macam fantasi. Entah kan wujud ntahkan tidak. ~tu maksudnya iman tak kukuh n mantap~ So banyaknya manusia kejar benda-benda free yang wujud kat dunia berbanding kejar benda-benda free yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia kutip bagi menuju kebahagiaan akhirat. ~manusia leh jadi untung ataupun rugi atas pilihan sendiri~
Yea...yea...yea.....nanti dapat la merasa naik bot. Tak dak la peraq sangat coz slama dok Penang naik slalu ferry. Walaupun tak sama dengan bot tapi lebih kurang la rasanya. Cuma teruja la skit coz dah lama sangat tak naik bot dalam erti kata len dah lama tak p bercuti kat mana-mana pulau di Malaysia ni. Alhamdulillah.........syukur sangat still diberi peluang untuk menikmati nikmatNya. Luas sungguh lautan ciptaanNya, ditambah pula tak da penghujung pun lautan ni. ~tak tahu mana awal mahupun penghujung lautan~
Dah nama pun pulau.............for sure di kelilingi laut dan semestinya ada pantai. Pantai kat Pulau Pangkor ni ada banyak tapi tak sure gie mana. Dah nama pun ikut rombongan free so ikut ja la ke mana diorang bawak pegi. Tak kisah la pegi pantai mana tapi still dapar menikmati panorama alam yang indag dan segar. Subhanallah..............Maha Suci Allah.........hebat sungguh penciptaanNya. PenciptaanNya sungguh kompleks namun tak dak satu pun yang tertinggal. Manusia ada jugak yang mampu cipta benda-benda yang kompleks macam komputer contohnya tapi kadang-kadang still ada kerosakan n kekurangan. Malah untuk manusia cipta sesuatu benda yang kompleks kena buat percubaan berkali-kali sebelum dapat hasil yang memuaskan Sedang pula Allah s.w.t hanya cipta sekali ja n tak perlu ada tempoh percubaan ~manusia takkan mampu kesempurnaan~

Allahu Akbar............Allahu Akbar.........Allahu Akbar..............

Kita hanya hambaNya maka janganlah bersikap angkuh hidup di muka bumiNya. Sedarlah diri sebelum terlambat. Bina diri menjadi khalifah Allah yang memakmurkan alam dan memimpin umat manusia agar beroleh redhaNya dalam menuju syurga abadi. Insyaallah.......bersama kita berusaha.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@