CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

28 December 2008

..::AhLan Wa SahLaN yA mUhArrAM::..

Bismillahhirahmannirahim....

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan kasih-Nya, diri ini masih bernafas menghirup udara segar nikmat-Nya. Pejam celik....celik pejam......tido bangun....bangun tido.....sedar atau tidak diri ini serta kalian semua sedang berada di penghujung tahun 1429 Hijrah. Insyaallah, andai esok masih ada peluang untuk kita melihat matahari terbit, juga adanya peluang untuk kita meniti pula tahun 1430 Hijrah. Hari ini 28 December 2008 bersamaan 1 Muharram 1430 Hijrah. Oleh itu, bersamalah kita menginsafi diri dengan berlalunya tahun 1429 dan mengislahkan diri untuk tahun 1430.

Ada apa dengan bulan MUHARRAM??? Untuk pengetahun kalian semua, Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Selain itu berlakunya beberapa peristiwa penting dalam bulan Muharram ini. Antaranya; *1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.*10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlakunya: *Nabi Adam bertaubat kepada Allah. *Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. *Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. *Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. *Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. *Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. *Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. *Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. *Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. *Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. *Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. *Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. *Hari pertama Allah menciptakan alam. *Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. *Hari pertama Allah menurunkan hujan. *Allah menjadikan 'Arasy. *Allah menjadikan Luh Mahfuz. *Allah menjadikan alam. *Allah menjadikan Malaikat Jibril. *Nabi Isa diangkat ke langit.

Oleh itu bersamalah kita tutup penghujung tahun 1429 Hijrah ini dengan panjatan doa 'AKHIR TAHUN' kepada-Nya. Bacalah doa akhir tahun ini 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan ALLAH akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini ALLAH akan mengampunkan dosanya setahun".


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaKu. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya ALLAH, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam… Aminnn…


Setelah itu......moga tahun yang mendatang menjanjikan 1001 rahmat buat kita, bersamalah kita susuli dengan 'DOA AWAL TAHUN'. Baca doa awal tahun 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya ALLAH, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini ak memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam… Amin…

Hadirnya bulan Muharram juga menghadirkan banyak fadhilat sunat untuk direbut oleh diri ini juga kalian semua. Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam; BERPUASA - Maksud Hadis: "Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun". Maksud Hadis: "Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun". Banyakkan amal ibadat seperti SOLAT SUNAT, ZIKIR dan sebagainya. BERDOA akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x dab berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini.....Insyaallah.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@