CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

07 December 2008

..::Di sebaLik 10 hari terawal ZuLHijjah::..

Masuknya 9hb Zulhijjah 1429H pada hari ini maka berakhirlah juga tempoh untuk kita melipat gandakan amalan sunat di sepuluh hari terawal Zulhijjah. Maaf buat sahabat sekalian kerana lambat menge‘post’ entry berkenaan kelebihan dan amalan sunat bulan Zulhijjjah hingga memungkinkan ada sahabat-sahabat yang tak perasan dan terlepas peluang mengejar fadhilat yang telah tersedia untuk kita rebut. Sebenarnya tidaklah tidak sengaja lambat menge‘post’ tapi sengaja kerana nak lihat keprihatin sahabat-sahabat berkenaan bulan-bulan Islam. ~hehehehe~

Kepada para sahabat yang sempat beramal di sepuluh hari terawal Zulhijjah, TAHNIAH diucapkan dan marilah kita berdoa agar segala amalan diterimaNya. Sementara buat sahabat-sahabat yang terlepas peluang, harapnya lebih peka untuk masa yang akan datang walaupun mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia dan berdoa juga semoga masih diberi kesempatan olehNya untuk beroleh fadhilat di sekian kalinya. ~Insyaallah, moga masih ada Zulhijjah untuk kita~


Kenapa perlu mengejar sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah?? ~kalu bulan Ramadhan kena kejar dan rebut sepuluh malam terakhir~ Buat pengetahuan para sahabat yang dikasihi sebenarnya bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari terawal merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk kita as umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi SAW :“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ;Albani : Sohih). Dan Allah s.w.t pula berfirman : “Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1). Di mana majoriti ulama menyatakan hari-hari yang sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim) Selain itu juga Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud; "Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)."

Kita selalu saja dengar orang bercakap-cakap yang terdapatnya peristiwa di sebalik 1 hingga 10 Zulhijjah, adanya kelebihan pada hari-hari itu malah ada beberapa amalan sunat yang boleh dilakukan. So tahukah kita??? Di setiap hari Zulhijjah terdapat peristiwa yang berlaku yang juga boleh dirumuskan sebagai sejarah Islam dan Allah s.w.t akan mengurniakan fadhilat bagi mereka yang melakukan amalan sunat. Samada Ya atau Tidak pernyataan ini, mehh kita lihat bersama hasil pencarian dan sedikit ilmu yang ada untuk dikongsi …….

1hb Zulhijjah
Peristiwa: Allah mengampuni Nabi Adam ‘Alaihis salam.
Kelebihannya: Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.

2hb Zulhijjah
Peristiwa: Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus ‘Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.

3hb Zulhijjah
Peristiwa: Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah ‘Alaihis salam.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.

4hb Zulhijjah
Peristiwa: Nabi Isa ‘Alaihis salam dilahirkan.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia

5hb Zulhijjah
Peristiwa:
Nabi Musa ‘Alaihis salam dilahirkan.
Kelebihannya:Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.

6hb Zulhijjah
Peristiwa: Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.

7hb Zulhijjah
Peristiwa: Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripadanya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.

8hb Zulhijjah
Peristiwa:
Hari Tarwiyah.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.

9hb Zulhijjah
Peristiwa: Hari Arafah
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: “Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula nikmatku kepadamu”.

10hb Zulhijjah
Peristiwa: HARI RAYA AIDIL ADHA
Kelebihannya:Haram berpuasa pada hari ini. Barang siapa berkorban dengan suatu korban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.



Banyak betul fadhilatnya yang boleh kita perolehi. Antara mahu atau tidak sahaja. Maka tepuk dada dan tanyalah iman masing-masing. Dalam bulan in juga terdapat beberapa amalan sunat yang dianjurkan antaranya :

Menunaikan haji dan umrah + berpuasa + berzikir + bertaubat + Bertakbir pada Aidiladha + Melakukan korban + Solat Aidiladha di masjid dan mendengar khutbah


Sedar tak sedar esoklah 10hb Zulhijjah 1429H bersamaan 8 December 2008 kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.....Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua sahabat-sahabat walau di mana sahaja kalian berada dan tak lupa juga kepada mereka yang menjadi pembaca setia blog D@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@. Terima kasih buat semua.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@