Raya sekarang makin kurang meriah…….tahun ke tahun sambutan perayaan samada Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha makin suram, tak bercahaya dan malap. Mana taknya budaya n adat BERMAAF-MAAFAN makin lenyap, ZIARAH-MENZIARAHI jiran tetangga, saudara mara, sahabat handai dah kian hilang, senario BERTUKAR JUADAH terus di abaikan……Segala macam perkara yang baik dan molek terus-terusan pupus, lenyap di telan arus masa.
Warga dunia hari ini lebih gemar terperap di rumah dan memakukan diri di hadapan televisyen. Semua sama ja tak kira la warga emas, para belia, para remaja mahupun kanak-kanak. ~Minta-minta la aku tak termasuk golongan ini~ Masing-masing asyik dengan sajian yang dihidangkan di kaca televisyen. Lazat amat kot sajian rancangan televisyen hingga ada yang sampai terlupa nak makan, minum, mandi n yang lebih dahsyat lupa nak solat. Dulu just ada stesen RTM dan TV3 ja. Zaman sekarang pelbagai stesen televisyen yang bercambah n abad ini dimeriahkan lagi dengan kemunculan stesen tv ASTRO. Ibarat kata mudah….multichoice ~bukan ladychoice k~ Tekan ja mana-mana punat remote control tv tu pasti ada rancangan untuk ditonton.
Sebenarnya dah lama jugak aku tak menonton televisyen……kalu dulu skit-skit tengok tv, skit-skit tengok tv ~means menonton rancangan arrr~ Kalu ada cerita best n jenis yang bersiri lagi arrr, pastikan takkan miss satu episod pun. Hehehehe. Tapi seingat dan serasa aku, sejak masuk U aku sangat la jarang nak menonton tv. Dulu time dok kat Kolej Keris Mas, walaupun ada tv depan bilik ja n ada kawan-kawan yang slalu ajak tengok tv sama-sama…………aku tak pernah joint pun. ~mungkin faktor malas sama kot~ Ntah la nape!!!! Balik umah pun dah tak kisah pasal televisyen sangat. ~sebab da tenet kot~ Tapi sebelum ada tenet pun dah macam tak kisah sangat…..Kalu ingat zaman kanak-kanak hingga sebelum masuk U, mesti berebut remote control coz sapa yang dapat pegang remote awal dulu dia leh tengok tv ikut selera dia la. So, comfirm akan bangun pagi-pagi untuk kawal remote tv. Kalau tertinggal remote and ada orang len yang sambar remote tu bertukar la pulak konduktor yang menentukan siaran tv ~hehehehe~
Dewasa ni my ibu selalu mengomel katanya “Biasanya rumah orang kafir ja ada berHALA tapi zaman sekarang nie, rumah orang Islam pun dah da berHALA. Mana taknya…..TV tu dah jadi macam berHALA dalam rumah orang Islam. Walaupun takdak la kita p sembah macam oraang sembahyang kat tokong tapi kalu dah sampai hampir 24 jam depan tv hingga lengah-lengahkan solat dan lebih-lebih lagi kalu tak solat terus. TV makin melalaikan orang Islam dengan keseronokkkan duniawi hingga lupa tuntutan ukharawi.” Teringat plak time ada antara adik-beradik kami yang menduduki peperiksaan besar macam UPSR, PMR, SPM atau STPM my ibu comfirm akan cabut wayar and simpan terus tv untuk tempoh setahun tu….huhuhu. ~dulu zaman bodo-bodo memang bengang gak la coz tak pasai-pasai tak leh tengok tv gak~
Tapi sekarang ni my ibu tak pernah dah cabut-cabut n simpan tv ni…..My ibu guna versi len plak. Walaupun pasang ASTRO, just leh tengok cartoon ~khusus untuk sepupu-sepapat yang ramai kat umah~, cerita-cerita melayu yang ringan ~unsur keinsafan la~ tapi sebenarnya my ibu prefer we all tengok ceramah, kuliah pagi, motivasi, forum perdana, debat, hujah, berita………..kalu my ibu tangok ada antara we all tengok benda yang agak…… ~macam rancangan AXN, orang putih, WWF, WWE dan seangkatannya~ senang ja cite. My ibu terus tarik kad ASTRO and simpan so kesudahannya tak dak sapa pun yang leh menonton tv. Selalunya aku la yang kena coz suka ngat tgk cite CSI, ER, Early Edition, Kidnapped….. ~suka cite penyisatan dia ja tapi my ibu tak suka coz terlalu banyak maksiat~ Tapi sekarang tak lagi coz ada tv ke tak sama ja bagi aku. Aku jarang amat menonton tv…tengok peti tv ada la. ~Ngehngehngeh~
Apa la yang aku bebalkan panjang berjela ni..... ~huhuhu~ Point dia just nak gtaw yang hari raya sekarang tak sebest zaman aku kecik-kecik dulu. ~senyum lebar ingat zaman kanak-kanak~ Main BUNGA API n MERCUN, berINAI beramai-ramai, kutip DUIT RAYA keliling kampung, pasang PELITA n LAMPU KELIP-KELIP, pie tengok LEMBU kena sembelih, SOLAT TERAWIH berjemaah, rotate giliran buat MOREH, gotong-royong bersih KUBUR dll. Sekarang ni tak banyak yang diamalkan………. banyak tradisi yang dah ditinggalkan. Raya pun tak macam raya….. memang tak sama langsung raya zaman dulu dengan raya zaman sekarang. Ada sapa-sapa nak bangkang tak???
Macam pelik ja ka entry kali ni.........tetiba nak membebel tak pasal-pasal. Ni sebenarnya entry yang dah ditulis lama dah, tyme raya aji ri tu cuma dok simpan dalam draft ja. Tak taw la pasai pa. So walaupun dah rasa lewat sangat nak post n bahang raya aji pun tinggai sisa-sisa ja lagi still nak post gak. Jangan marahhh naa..
No comments:
Post a Comment