CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

29 December 2008

~DaTiN FizA mEN'TAG' diRIkU~

dAH bERKURUN sIMPAN bENDA nIE....mAAF lA yEA dATIN fIZA. ~hehehe~ nGAK aDA mASA n kURANG jUGA miNAT kERANA mASIH nGAK aDA pASANGAN. tAG iNI hANYA sESUAI uNTUK mEREKA-mEREKA yANG sUDAH aDA pACAR. ~hikhikhik~ sEKADAR sUKA-sUKI mENJAWAB tAG. hARAP mAKLUM.

7 ciri lelaki idaman ツ
tULEN
aHLI jEMAAH
bERIMAN n bERAMAL
sEJUK mATAKU mEMANDANG
kEMAS n sMART dARI sEGALA sEGI
pENYABAR dENGAN kERENAH dIRI iNI
dIRI iNI aDALAH gADIS pERTAMA yANG dICINTAINYA

7 lelaki yg pernah diminati ツ
rASULULLAH s.A.W
iMam aL-gHAZALI
hASSAN aL-bANNA
kAGUM dENGAN mY dAD
sAYANG mY aBG cIK
tOK gURU nIK aZIZ
.....rAHSIA

7 perasaan keluar dgn mereka di atas ツ
mOGA KETEMU DI AKHIRAT NANTI
tAK tERLAFAZ dENGAN kATA2
....sAMA mACAM kAT aTAS
.......mASIH sAMA
.....tETAP sAMA
.....jUGA sAMA
..sAMA jE

7 destinasi impian bersama pasangan ツ
mADINAH mUNAWARAH
mEKAH mUKARAMAH
sYURGA aBADI
bRUNEI
iTALY
pARIS
bALI

7 hadiah kepada pasangan ツ
dOMPET
cINCIN bERSAMA
jAM tANGAN pASANGAN
kAD kREATIF bUATAN sND bHD
mUG dENGAN dA wAJAH cOMEL kU
t-SHIRT sEDONDON dTEMPAH kHAS
kEK cHOCOLATE hASIL aYAQ tANGAN

7 lagu utk pasangan ツ ~eikk,i tak dak pasangan agg ni~
dOA sESORANG kEKASIH
kU sERAH CINTA
kALIMAH cINTA
kASIHKU aBADI
jALAN bAHAGIA
kAsih kEKASIH
bICARA kATA

7 yang ingin ditag ツ
mAWADDAH
kAK mAI
aTIKAH
rOZITA
aFFAN
sARFA
aMIR

28 December 2008

..::AhLan Wa SahLaN yA mUhArrAM::..

Bismillahhirahmannirahim....

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan kasih-Nya, diri ini masih bernafas menghirup udara segar nikmat-Nya. Pejam celik....celik pejam......tido bangun....bangun tido.....sedar atau tidak diri ini serta kalian semua sedang berada di penghujung tahun 1429 Hijrah. Insyaallah, andai esok masih ada peluang untuk kita melihat matahari terbit, juga adanya peluang untuk kita meniti pula tahun 1430 Hijrah. Hari ini 28 December 2008 bersamaan 1 Muharram 1430 Hijrah. Oleh itu, bersamalah kita menginsafi diri dengan berlalunya tahun 1429 dan mengislahkan diri untuk tahun 1430.

Ada apa dengan bulan MUHARRAM??? Untuk pengetahun kalian semua, Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Selain itu berlakunya beberapa peristiwa penting dalam bulan Muharram ini. Antaranya; *1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.*10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlakunya: *Nabi Adam bertaubat kepada Allah. *Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. *Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. *Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. *Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. *Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. *Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. *Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. *Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. *Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. *Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. *Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. *Hari pertama Allah menciptakan alam. *Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. *Hari pertama Allah menurunkan hujan. *Allah menjadikan 'Arasy. *Allah menjadikan Luh Mahfuz. *Allah menjadikan alam. *Allah menjadikan Malaikat Jibril. *Nabi Isa diangkat ke langit.

Oleh itu bersamalah kita tutup penghujung tahun 1429 Hijrah ini dengan panjatan doa 'AKHIR TAHUN' kepada-Nya. Bacalah doa akhir tahun ini 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan ALLAH akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini ALLAH akan mengampunkan dosanya setahun".


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaKu. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya ALLAH, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam… Aminnn…


Setelah itu......moga tahun yang mendatang menjanjikan 1001 rahmat buat kita, bersamalah kita susuli dengan 'DOA AWAL TAHUN'. Baca doa awal tahun 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya ALLAH, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini ak memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam… Amin…

Hadirnya bulan Muharram juga menghadirkan banyak fadhilat sunat untuk direbut oleh diri ini juga kalian semua. Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam; BERPUASA - Maksud Hadis: "Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun". Maksud Hadis: "Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun". Banyakkan amal ibadat seperti SOLAT SUNAT, ZIKIR dan sebagainya. BERDOA akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x dab berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini.....Insyaallah.

23 December 2008

~dAH JUmPA TajUK tESis~

Alhamdulillah..........panjatan doa ku lafazkan kepadaNya. Akhirnya ku temui jua tajuk untuk Latihan Ilmiah (TESIS) untuk memastikan aku 'grad' dengan jayanya insyaallah. ~hehehe~ Awal pencarian untuk tajuk baru ku terpikirkan dua tajuk 1)Politik Integriti dalam Konteks Malaysia & 2)Peranan Wanita dalam Politik Menurut Islam dan Barat: Suatu Perbandingan.

Kedua-dua tajuk nie ada banyak bahan untuk buat researh berdasarkan server ku setakat hari ni. Setelah ambik masa bertenang n berfikir ku putuskan untuk buat tajuk first. ~Abe Long Zharif turut cadangkan ku buat tajuk first~ So sekarang ni tengah fikir skop n permasalahan kajian yang akan cuba dirungkaikan dalam penulisan ilmiah nanti. Juga dalam usaha untuk siapkan 'mini proposal' untuk bekalan mengadap penyelia. ~doakan kejayaan ku untuk tukar tajuk eiikk~

JANGAN SALAH FAHAM........don't be confius k. Integriti bukan integrasi yea kawan-kawan. Integriti nie berkaitan dengan keutuhan dan juga moral macam rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dll . Nak cite panjang pun tak baca buku-buku berkaitan tajuk ngan mendalam lagi. Okies...lepas abeh baca buku-buku kat bawah ni, ku akan cuba ulas skit. ~banyak buku tue~




Dengan membuat penulisan ilmiah berkaitan tajuk integriti terpaksa la aku selalu bertandang ke Institut Integriti Malaysia coz banyak bahan bacaan ada kat sana. Maybe temuduga pun ku akan cuba jalankan kat sana. Mudah la skit segala gerak kerja dalam usaha murni menyiapkan latihan ilmiah. ~hope usaha gigih nie berhasil n final for my TESIS~

18 December 2008

~d'Pangkor Island~

Weekend lepas berkesempatan ke Pulau Pangkor untuk beraktiviti dan bercuti-cuti. Di kesempatan ini nak berkongsi gegambar dengan kengkawan. Yopp tengok gegambar....tapi maaf la yea coz semua pic telah diedit dengan kemahiran yang sedikit ada. Tengok jangan tak tengok...



Ada banyak lagi gegambar sebenarnya tetapi malas lak malam ni nak browse banyak-banyak. Lagi plak ada gak cite yang tak tyme kat Pangkor tue.... Nanti la yeaa diceritakan apa perkara yang tak best tu. Sedih bangat. Nie tengah post benda yang best so tak mau menye'spoil'kan mood. Nak tido dulu arrr. Dah letih amat ni. Nantikan story yang sangat laaa tak best tu.... huhuhuhu

~THesis~



Apa eikk motif kuletak pic ni??? Nak gtaw kengkawan yang sebenarnya ku tengah memotivasikan diri sendiri. ~huhuhuhu~

Minda tengah pening+ hati ngah wisau = TENSION

Awat plak jadi lagu tue?? Besa la tue...dah tahun-tahun akhir dok wisau pasal tesis la wahai kengkawanku. Nak grad kena la siapkan tesis kalu tak extand la jawabnya.... ~tak moo....tak mooo...tak mooo~ Macamna leh jadi macam nie?? Ikut perancangan nak siapkan 2/3 bab semester 5 tapi...........baru siap proposal yang akan jadi bab 1. Then my penyelia suh teruskan bab 2 dalam masa yang sama kena tukaq tajuk. ~aduh...duh...duh...duhhh~ Sangat la tak faham dah kalu tukaq tajuk macamna nak teruskan penulisan bab 2???

My penyelia ku soh olah ja blek coz dia cakap tajuk ISA tue bahaya so tukar dalam konteks politik keselamatan. Bagi ku pape pun kena la olah n buat semula proposal tu. Bab 1 kena kukuh dulu kalu tak nanti timbul lak masalah untuk penulisan bab seterusnya. ~macamna nak go on kalu bab proposal tak settle~ Ku bantah ja awal tu bila my penyelia suh tukaq tajuk.... pape pun maw tak maw ku kena akur gak. Then, dia bagi la nama buku n penulisan untuk tajuk tu. Malangnya ku dah search buku buku tue tapi tak wujud langsung kat PTSL ~library UKM~ Lagi la ku geram coz nak buat penulisan tak boleh. Dah taw tesis da masalah slamber ja ku cabut blek umah awai. Mana taknya dok kat UKM pun tak dak bahan nak buat penulisan baik blek umah rest minda jap. ~kononnya la cari ilham kat umah~

Selain tu susah bangat maw jumpa sama my penyelia ~besa la orang politik amatlah busy dengan perkembangan politik negara~ Sudahnya terpaksa la ku blek awai ke UKM untuk jenguk kondisi my tesis. ~awal la sangat 22 Dec tu~ (^_^) Pikir punya pikir ku rasa nak tukaq tajuk......maw tak maw ku kena la berdebat ngan my penyelia untuk pastikan tajuk tesis baru ku di terima. ~agak-agak dengan 'out spoken' ku ni leh kot~ Tajuk yang kat pikiran ku skrang ni berkenaan "Politik Integriti: Parti Politik dan Parlimen" ~ok tak?~ Ada la search bahan n alhamdulillah la banyak gak bahan yang da. Rasa hati tu dah okies la tajuk baru nie tapi tak taw la dari sisi my penyelia plak macamna.

Nie dok hitung hari ja nak blek UKM....Bukan tak suka dok umah lelamatapi runsing pikirin tesis. Harapnya 1 week awal kat UKM bermanfaat la untuk aku siapkan proposal tajuk baru dan diluluskan dengan kadar yang segera mungkin. ~amboi macam comfirm amat ngan tajuk tu~ Nampak gayanya ku kena berkampung kat PTSL n pusat sumber PPSPS. ~tak cedih ngat coz taw da ramai kengkawan yang kelik lagi awai~


I'M A LEADER....LEADER FOR MYSELF

16 December 2008

.:Jangan Lepaskan Peluang::.

SALAM buat Muslimin & Muslimat
At-10-tion plzzzz

Program:
TAMRIN ANAK-ANAK AHLI 2008
Tarikh:
19-21 December 2008
(Jumaat-Ahad)
Tempat:
Hutan Lipur Bukit Panchor,
Nibong Tebal
Penyertaan:
Adalah Terhad Kepada 100 orang sahaja
Berumur 15-20 tahun
Sebarang pertanyaan/pendaftaran boleh hubungi:
Mohd Qayyum = 019-4746067

15 December 2008

.::BebeLan Tak SudAh::.

Raya sekarang makin kurang meriah…….tahun ke tahun sambutan perayaan samada Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha makin suram, tak bercahaya dan malap. Mana taknya budaya n adat BERMAAF-MAAFAN makin lenyap, ZIARAH-MENZIARAHI jiran tetangga, saudara mara, sahabat handai dah kian hilang, senario BERTUKAR JUADAH terus di abaikan……Segala macam perkara yang baik dan molek terus-terusan pupus, lenyap di telan arus masa.

Warga dunia hari ini lebih gemar terperap di rumah dan memakukan diri di hadapan televisyen. Semua sama ja tak kira la warga emas, para belia, para remaja mahupun kanak-kanak. ~Minta-minta la aku tak termasuk golongan ini~ Masing-masing asyik dengan sajian yang dihidangkan di kaca televisyen. Lazat amat kot sajian rancangan televisyen hingga ada yang sampai terlupa nak makan, minum, mandi n yang lebih dahsyat lupa nak solat. Dulu just ada stesen RTM dan TV3 ja. Zaman sekarang pelbagai stesen televisyen yang bercambah n abad ini dimeriahkan lagi dengan kemunculan stesen tv ASTRO. Ibarat kata mudah….multichoice ~bukan ladychoice k~ Tekan ja mana-mana punat remote control tv tu pasti ada rancangan untuk ditonton.

Sebenarnya dah lama jugak aku tak menonton televisyen……kalu dulu skit-skit tengok tv, skit-skit tengok tv ~means menonton rancangan arrr~ Kalu ada cerita best n jenis yang bersiri lagi arrr, pastikan takkan miss satu episod pun. Hehehehe. Tapi seingat dan serasa aku, sejak masuk U aku sangat la jarang nak menonton tv. Dulu time dok kat Kolej Keris Mas, walaupun ada tv depan bilik ja n ada kawan-kawan yang slalu ajak tengok tv sama-sama…………aku tak pernah joint pun. ~mungkin faktor malas sama kot~ Ntah la nape!!!! Balik umah pun dah tak kisah pasal televisyen sangat. ~sebab da tenet kot~ Tapi sebelum ada tenet pun dah macam tak kisah sangat…..Kalu ingat zaman kanak-kanak hingga sebelum masuk U, mesti berebut remote control coz sapa yang dapat pegang remote awal dulu dia leh tengok tv ikut selera dia la. So, comfirm akan bangun pagi-pagi untuk kawal remote tv. Kalau tertinggal remote and ada orang len yang sambar remote tu bertukar la pulak konduktor yang menentukan siaran tv ~hehehehe~

Dewasa ni my ibu selalu mengomel katanya “Biasanya rumah orang kafir ja ada berHALA tapi zaman sekarang nie, rumah orang Islam pun dah da berHALA. Mana taknya…..TV tu dah jadi macam berHALA dalam rumah orang Islam. Walaupun takdak la kita p sembah macam oraang sembahyang kat tokong tapi kalu dah sampai hampir 24 jam depan tv hingga lengah-lengahkan solat dan lebih-lebih lagi kalu tak solat terus. TV makin melalaikan orang Islam dengan keseronokkkan duniawi hingga lupa tuntutan ukharawi.” Teringat plak time ada antara adik-beradik kami yang menduduki peperiksaan besar macam UPSR, PMR, SPM atau STPM my ibu comfirm akan cabut wayar and simpan terus tv untuk tempoh setahun tu….huhuhu. ~dulu zaman bodo-bodo memang bengang gak la coz tak pasai-pasai tak leh tengok tv gak~

Tapi sekarang ni my ibu tak pernah dah cabut-cabut n simpan tv ni…..My ibu guna versi len plak. Walaupun pasang ASTRO, just leh tengok cartoon ~khusus untuk sepupu-sepapat yang ramai kat umah~, cerita-cerita melayu yang ringan ~unsur keinsafan la~ tapi sebenarnya my ibu prefer we all tengok ceramah, kuliah pagi, motivasi, forum perdana, debat, hujah, berita………..kalu my ibu tangok ada antara we all tengok benda yang agak…… ~macam rancangan AXN, orang putih, WWF, WWE dan seangkatannya~ senang ja cite. My ibu terus tarik kad ASTRO and simpan so kesudahannya tak dak sapa pun yang leh menonton tv. Selalunya aku la yang kena coz suka ngat tgk cite CSI, ER, Early Edition, Kidnapped….. ~suka cite penyisatan dia ja tapi my ibu tak suka coz terlalu banyak maksiat~ Tapi sekarang tak lagi coz ada tv ke tak sama ja bagi aku. Aku jarang amat menonton tv…tengok peti tv ada la. ~Ngehngehngeh~

Apa la yang aku bebalkan panjang berjela ni..... ~huhuhu~ Point dia just nak gtaw yang hari raya sekarang tak sebest zaman aku kecik-kecik dulu. ~senyum lebar ingat zaman kanak-kanak~ Main BUNGA API n MERCUN, berINAI beramai-ramai, kutip DUIT RAYA keliling kampung, pasang PELITA n LAMPU KELIP-KELIP, pie tengok LEMBU kena sembelih, SOLAT TERAWIH berjemaah, rotate giliran buat MOREH, gotong-royong bersih KUBUR dll. Sekarang ni tak banyak yang diamalkan………. banyak tradisi yang dah ditinggalkan. Raya pun tak macam raya….. memang tak sama langsung raya zaman dulu dengan raya zaman sekarang. Ada sapa-sapa nak bangkang tak???

Macam pelik ja ka entry kali ni.........tetiba nak membebel tak pasal-pasal. Ni sebenarnya entry yang dah ditulis lama dah, tyme raya aji ri tu cuma dok simpan dalam draft ja. Tak taw la pasai pa. So walaupun dah rasa lewat sangat nak post n bahang raya aji pun tinggai sisa-sisa ja lagi still nak post gak. Jangan marahhh naa..

12 December 2008

..::Pangkor Island::..

Assalammualaikum semua ~kengkawan, pembaca setia n pelawat blog~ Agak lama jugak la blog ni terbiar sepi tanpa catatan dari pemiliknya. Apakah sibuk amat si pemilik blog d@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@ ni??? Untuk 12-14 Dec 2008 ni blog terusan tidak dapat dijengah......bertambah berhabuk dan bersawang la blog ni. Busy benar cik empunya blog. Nak ke mana plak pada tarikh-tarikh tu?? ~hehehehe~ Buat maklumat semua yang tersayang pemilik blog akan 'CUTI-CUTI MALAYSIA' ke Pulau Pangkor. Nantikan catatan terbaru untuk beberapa hari kemudian. Insyaallah, mungkin idea bisa terlahir after balik dari bercuti nanti. Sabar yea tunggu catatan akan datang. ~macam ada yang menunggu ja~
Dah lama pun tak gie Pangkor. Last pegi tyme X-REX (Ekspedisi Remaja Kental) kat Teluk Segadas. Dalam tahun 2001 kot kalu tak salah, kira-kira form 3 la. Then tak pernah pegi dah pun semenjak dari hari tu. Nie tetiba plak dapat peluang pegi dengan 'FREE of CHARGE'nya. Apa lagi....terima ja la durian runtuh ni dengan besar hatinya. ~lalalalala~ Benda free semua orang suka kan!!! Allah s.w.t bagi kita untuk dapat pahala free-free ja tapi kenapa kita tak mau n acuh tak acuh ja?? Sebab manusia ni dia akan kejar yang dia boleh nampak, boleh pegang....mudah kata yang realiti. Yang benda kena yakini ni, tak boleh nampak, tak boleh rasa...dia rasa macam fantasi. Entah kan wujud ntahkan tidak. ~tu maksudnya iman tak kukuh n mantap~ So banyaknya manusia kejar benda-benda free yang wujud kat dunia berbanding kejar benda-benda free yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia kutip bagi menuju kebahagiaan akhirat. ~manusia leh jadi untung ataupun rugi atas pilihan sendiri~
Yea...yea...yea.....nanti dapat la merasa naik bot. Tak dak la peraq sangat coz slama dok Penang naik slalu ferry. Walaupun tak sama dengan bot tapi lebih kurang la rasanya. Cuma teruja la skit coz dah lama sangat tak naik bot dalam erti kata len dah lama tak p bercuti kat mana-mana pulau di Malaysia ni. Alhamdulillah.........syukur sangat still diberi peluang untuk menikmati nikmatNya. Luas sungguh lautan ciptaanNya, ditambah pula tak da penghujung pun lautan ni. ~tak tahu mana awal mahupun penghujung lautan~
Dah nama pun pulau.............for sure di kelilingi laut dan semestinya ada pantai. Pantai kat Pulau Pangkor ni ada banyak tapi tak sure gie mana. Dah nama pun ikut rombongan free so ikut ja la ke mana diorang bawak pegi. Tak kisah la pegi pantai mana tapi still dapar menikmati panorama alam yang indag dan segar. Subhanallah..............Maha Suci Allah.........hebat sungguh penciptaanNya. PenciptaanNya sungguh kompleks namun tak dak satu pun yang tertinggal. Manusia ada jugak yang mampu cipta benda-benda yang kompleks macam komputer contohnya tapi kadang-kadang still ada kerosakan n kekurangan. Malah untuk manusia cipta sesuatu benda yang kompleks kena buat percubaan berkali-kali sebelum dapat hasil yang memuaskan Sedang pula Allah s.w.t hanya cipta sekali ja n tak perlu ada tempoh percubaan ~manusia takkan mampu kesempurnaan~

Allahu Akbar............Allahu Akbar.........Allahu Akbar..............

Kita hanya hambaNya maka janganlah bersikap angkuh hidup di muka bumiNya. Sedarlah diri sebelum terlambat. Bina diri menjadi khalifah Allah yang memakmurkan alam dan memimpin umat manusia agar beroleh redhaNya dalam menuju syurga abadi. Insyaallah.......bersama kita berusaha.

07 December 2008

..::aDA LaGI::..

Hati rasa sayu saat ini bila mendengar umat Islam bertakbir membesarkan Allah yang Maha Esa. Kebetulan my umah betul-betul belakang masjid maka dapatlah dengar dengan jelas skali laungan takbir Hari Raya Aidiladha. Esok kan 10 Zulhijjah...Hari Raya yang kedua terpenting bagi umat Islam seluruh dunia. Keterbiasaannya.... pelbagai juadah akan disediakan untuk hari Raya Korban sebagaimana juga Hari Raya Aidilfitri cuma kurangnya tiada kueh raya beraneka bagai. Menu untuk esok bihun sup, pulut kacau, ketupat dan rendang. Dan seperti selalunya, i lah yang dipertanggungjawabkan membuat ketupat ~I LUV SOO MUCH ketupat kacang daun palas~ So, nak tunjuk la skit hasil kerja tangan i....yum....yum.....yum....



Dah nak hampir 5 tahun tak pernah jumpa kawan i sowunk ni.....dulu kami sama-sama study kat Sek. Men. Al-Islah Sg Petani waktu form 4 and 5. Tupp...tuppp...my fwen ni dah bertunang pun dan insyaallah akan melangsungkan aqad nikah pada 15 December 2008 sementara kenduri kawen plak dijadualkan pada bulan Mac 2009. Tahniah diucapkan kepada my fwen, Hanan dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. ~tak tersangka kawen dulu and i jelezz u~ Gegambar yang sempat di'snap' sepanjang pertemuaan yang terancang secara tak langsung kat Queensbay Mall Penang.



p/s: Raya....raya gak tapi jangan raya makan terlampau. Nanti badan membesar sapa yang susah?? Diri sendiri yang merana.....lu pikir la...huhuhu

..::Di sebaLik 10 hari terawal ZuLHijjah::..

Masuknya 9hb Zulhijjah 1429H pada hari ini maka berakhirlah juga tempoh untuk kita melipat gandakan amalan sunat di sepuluh hari terawal Zulhijjah. Maaf buat sahabat sekalian kerana lambat menge‘post’ entry berkenaan kelebihan dan amalan sunat bulan Zulhijjjah hingga memungkinkan ada sahabat-sahabat yang tak perasan dan terlepas peluang mengejar fadhilat yang telah tersedia untuk kita rebut. Sebenarnya tidaklah tidak sengaja lambat menge‘post’ tapi sengaja kerana nak lihat keprihatin sahabat-sahabat berkenaan bulan-bulan Islam. ~hehehehe~

Kepada para sahabat yang sempat beramal di sepuluh hari terawal Zulhijjah, TAHNIAH diucapkan dan marilah kita berdoa agar segala amalan diterimaNya. Sementara buat sahabat-sahabat yang terlepas peluang, harapnya lebih peka untuk masa yang akan datang walaupun mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia dan berdoa juga semoga masih diberi kesempatan olehNya untuk beroleh fadhilat di sekian kalinya. ~Insyaallah, moga masih ada Zulhijjah untuk kita~


Kenapa perlu mengejar sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah?? ~kalu bulan Ramadhan kena kejar dan rebut sepuluh malam terakhir~ Buat pengetahuan para sahabat yang dikasihi sebenarnya bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari terawal merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk kita as umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi SAW :“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ;Albani : Sohih). Dan Allah s.w.t pula berfirman : “Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1). Di mana majoriti ulama menyatakan hari-hari yang sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim) Selain itu juga Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud; "Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)."

Kita selalu saja dengar orang bercakap-cakap yang terdapatnya peristiwa di sebalik 1 hingga 10 Zulhijjah, adanya kelebihan pada hari-hari itu malah ada beberapa amalan sunat yang boleh dilakukan. So tahukah kita??? Di setiap hari Zulhijjah terdapat peristiwa yang berlaku yang juga boleh dirumuskan sebagai sejarah Islam dan Allah s.w.t akan mengurniakan fadhilat bagi mereka yang melakukan amalan sunat. Samada Ya atau Tidak pernyataan ini, mehh kita lihat bersama hasil pencarian dan sedikit ilmu yang ada untuk dikongsi …….

1hb Zulhijjah
Peristiwa: Allah mengampuni Nabi Adam ‘Alaihis salam.
Kelebihannya: Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.

2hb Zulhijjah
Peristiwa: Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus ‘Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.

3hb Zulhijjah
Peristiwa: Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah ‘Alaihis salam.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.

4hb Zulhijjah
Peristiwa: Nabi Isa ‘Alaihis salam dilahirkan.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia

5hb Zulhijjah
Peristiwa:
Nabi Musa ‘Alaihis salam dilahirkan.
Kelebihannya:Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.

6hb Zulhijjah
Peristiwa: Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.

7hb Zulhijjah
Peristiwa: Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripadanya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.

8hb Zulhijjah
Peristiwa:
Hari Tarwiyah.
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.

9hb Zulhijjah
Peristiwa: Hari Arafah
Kelebihannya: Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: “Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula nikmatku kepadamu”.

10hb Zulhijjah
Peristiwa: HARI RAYA AIDIL ADHA
Kelebihannya:Haram berpuasa pada hari ini. Barang siapa berkorban dengan suatu korban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.



Banyak betul fadhilatnya yang boleh kita perolehi. Antara mahu atau tidak sahaja. Maka tepuk dada dan tanyalah iman masing-masing. Dalam bulan in juga terdapat beberapa amalan sunat yang dianjurkan antaranya :

Menunaikan haji dan umrah + berpuasa + berzikir + bertaubat + Bertakbir pada Aidiladha + Melakukan korban + Solat Aidiladha di masjid dan mendengar khutbah


Sedar tak sedar esoklah 10hb Zulhijjah 1429H bersamaan 8 December 2008 kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.....Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua sahabat-sahabat walau di mana sahaja kalian berada dan tak lupa juga kepada mereka yang menjadi pembaca setia blog D@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@. Terima kasih buat semua.

06 December 2008

..::X-PERT 2008::..

.::Apa eikk X-PERT 2008?
_Singkatan kepada Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak 2008
_Antara siri lanjutan program yang telah disusun dalam PRODUCE-GEN3
_PRODUCE-GEN3 plak ialah Projek Remaja Dua Tahun Cemerlang Generasi Ketiga

.::Bila X-PERT ni dijalankan and kat mana ehh??
_Program ni dijalankan selama 4 hari 3 malam iaitu dari 27 hingga 30 November 2008
_Diadakan di Johor yang melibatkan Skudai, Larkin, Air Itam dan Batu Pahat.

.::Sapa yang bertanggungjawab menganjurkan X-PERT kali ni??
_X-PERT kali ni diamanahkan ke atas pundak Kelab Remaja JIM Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Remaja(JKPR) JIM Pusat

.::Peserta X-PERT siapa yea??
_Mereka yang berusia 16 tahun iaitu berada di tingkatan 4
_Sewajibnya pernah mengikuti X-REK dan LEADERS

.::Apa yang cuba nak dicapai dalam program X-PERT sebenarnya??
_Cuba mendedahkan para peserta kehidupan masyarakat
_Fokus utama adalah melahirkan remaja yang memiliki 5R iaitu 5 ialah Ciri-Ciri dan Identiti sementara R ialah Remaja Muslim Kontemporari dan Progresif.
_5R itu ialah FAHAM, AMAL, BERPASUKAN, BERINOVASI dan BERMANFAAT

.::Apa aktiviti yang dijalankan??
_Aktivit sangat la banyak dan amat bermanfaat terutamanya kepada para peserta yang merangkumi aktiviti indoor dan juga outdoor
_Antara aktiviti indoor ialah Pra-Bersamamu, Salam X-PERT, Video Editing, Sahabatku, Akademik E-PERT dan Resolusi sementara aktiviti outdoor ialah Bersamamu(dapat task ke Rumah Warga Emas), Katak O Katak, X-PLORACE(bermula penjelajahan yang penuh cabaran) , Bersama Host(bersama keluarga angkat), Industri(dapat task ke kedai bakery) dan Masyarakat(dapat task mengedar risalah).

.::So, apa plak peranan saya kat X-PERT??
_Dah jadi rezeki saya still diberi amanah dan kepercayaan untuk menjadi pengiring kepada adik-adik KRJ Pulau Pinang (Afif, Adam, Faza dan Izzah) ke program X-PERT
_Bertanggungjawab gak memantau dan menjaga keadaan mereka sepanjang program berlangsung
_Pengiring turut dilibatkan dalam program maka jadi la saya PC secara ridak langsung untuk adik-adik kumpulan 4 (Yasser, Luqman, Basyir, Amin, sapa eikk lagi sorang, Marwah, Mari’ah dan Asma’)

.::Apa aktiviti yang ter‘ISTIMEWA’ sepanjang kat X-PERT??
_Suka bangat dapat pegi ke Rumah Warga Emas....sebenarnya ia merupakan Pusat Jagaan di mana kebanyakan warganya adalah mereka yang berasal daripada Hospital Permai (mental) tetapi mereka-mereka ini telah pulih dan mampu menguruskan diri sendiri namun still bergantung kepada ubat. Ditugaskan untuk memasak dan mehiburkan mereka...Pelbagai ragam dan telatah yang dapat dilihat.
_X-PLORACE..........perjalanan yang agak jauh dan memenatkan. Terpaksa mengikut ja ke mana arah tuju adik-adik kumpulan. Tapi beshhh walaupun macam nak tersesat sesat bak kata Yasser "jauh perjalanan luas pengalaman".
_Dapat family angkat tapi sebenarnya mak angkat ja coz nenek dalam lingkungan 60 lebih ni dok sorang ja kat umah yang sangat dhoif dengan bahagian belakang dah roboh walaupun hakikatnya da 6 orang anak. Sedih sangat tengok keadaan nenek ni tapi rasa bertuah amat coz dapat berbakti dan menggembirakan+menceriakan harinya walaupun semalam cuma. Berkesempatan masak untuk nenek ni makan malam dan sarapan....
_Dapat pie Kedai Bakery....memang puas hati coz dapat blajar buat pelbagai jenis roti n kek. Paling suka dapat buat bebola coklat yang dibulat-bulatkan dan digolek-golekkan ke dalam chocolate rice. Sedap tuhh...tambah bila letak dalam freeze n makan sejuk-sejuk..yum..yum...yum....Lagi la best bila tyme blek ja dapat macam-macam buah tangan dari pemilik kedai tu.
_Tyme Akademik X-PERT pun agak syok coz teruja tengok ke'terer'an adik-adik X-PERT menunjukkan kepakaran masing-masing dalam membuat video. Majoriti pakar gak lak sampai jeles i tengok coz i tak pandai sangat...
_Semuanya best tapi buat diri saya ni yang ter'ISTIMEWA'...hehehehehehe


.:: Jom kita ushar skit gambar-gambar yang ada...

~4 budAk BerRTUah yaNG dIiRIngI SebAGai PeSerTa X-PERT mEWakiLi PuLaU pInaNG~

~AnAk BuAH yANg sPOrtING + nAkaL bLaKa~

~ApA yAng taK kEna aaagg tUe YaSseR?? tYmE kAT tERmiNal Bas LaRkIN~

~keLaparAn + kEPEnaTan YaNg aMaT SamPai tERmAkAN NaSI BerLauk YanG tAk diseDaRI kEbaSIannYA~

.::Ada banyak gambar lagi sebenarnya tapi still dalam proses, nanti Ada kesempatan akan dipaparkan lagi. NANTIKAN!!!

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@