CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

20 October 2008

..::Semangat diri::..

Hidup ini hanya sekali,
Hiduplah dengan penuh erti,
Selagi ada peluang diberi,
Sempurnakan visi agung yang dijanji....
Melaksanakan KERJAYA ABADI hamba beriman,
Khalifah pemimpin memakmur alam.....
Jalan ini bukan pilihan,
Tapi yang pastinya,
Kita adalah insan terpilih.
Kobar semangat perjuangan,
Meski lelah dipertengahan,
Janji JANNAH itulah idaman,
Takkan melentur keazaman.
MOGA TABAH HATI TAK BERBELAH BAGI.

3 comments:

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger,

Saya tidak setuju apabila mengatakan hidup ini hanya sekali!

Kita ada banyak alam, dan setiap alam itu memerlukan kehidupan... Tanpa kehidupan, alam itu akan hancur...

Dari alam roh, alam kandungan, alam duniawi, alam kubur dan alam akhirat... Semua itu adalah alam yang dijanjikan Tuhan, dan semestinya alam2 itu memerlukan kehidupan...

Jadi, kita sebenarnya bukan hidup hanya sekali, tapi kita hidup berkali-kali, cuma alam yang realiti sekarang adalah alam dunia kerana hanya alam ini saja yang kita dapat rasa...

Sifat alam itu adalah kehidupan, jika sifat tiada maka rosak dan hancurlah sesuatu itu... Ia sama seperti rukun. Jika sesuatu rukun itu tidak ada (contoh solat), maka rosaklah pekerjaan itu.

Salam Pemikiran Berbeza,


SARFARIZMAL BIN SAAD
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com


(* TIADA SEBARANG UNSUR NAFSU ATAU EMOSI TAU. BACA DALAM SANTAI JER TAU. CEK TAK RETI NAK EMOSI2... HAHAHA)

Anonymous said...

nasya...bestlah 'tulisan' ni...sajak ke ? buat sendiri ??

mlh nak minta izin nak ambik nanti...boleh ??

tulisan ni santai...tapi mengetuk pintu hati....mengejutkan diri yang mungkin 'mengelamun' tadi...

selamat berjuang nasya ... anti ada jatidiri...InsyaAllah

.::AdNiSya3108::. said...

Terima kasih mualimmah

Tulisan yang biasa-biasa saja..
Mungkin bernilai dan juga mungkin tidak
Nilai dengan mata hati..

Insyaallah.....
boleh ja mualimmah nak ambil
Kongsi manfaat yang boleh

Terima kasih mualimmah.
Ana insan biasa yang punya byk kekurangan
Still dalam proses mpbaiki diri

Salam mahabbah n mawaddah.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@