CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

12 October 2008

..::mAAFKU DAriKU::..

MAAF ANDAI AKU BERSALAH MAHUPUN TIDAK
JANGAN BERPALING DAN PERGI JAUH DARIKU
KERANA KEJAUHAN INI SANGAT MENYAKITKAN
IBARAT SATU HUKUMAN BUAT DIRIKU



Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya,
kerana dengan satu kesalahannya kau mungkin akan menjauhinya.
Apabila kau ingin berteman jangan kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukannya kau akan membencinya.
Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila ia buntu kau mungkan akan memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang teman janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai ia tidak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahkannya.
Andai kau ingn bersahabat terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa.
Jangan diharapkan sempurna kerana kau juga tidak sempurna,
tiada yang biasa menjadi satu yang sempurna.
tapi bersahabatlah kerana aqidah islam,
bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Dan bersama kita saling MELENGKAPI antara satu sama lain.

Untuk kesekian kalinya
MAAF andai aku bersalah dan sememangnya bersalah
Betulkan aku.....Jangan terusan jauhi aku!!!

1 comment:

♥ Lady Mae ♥ said...

kak nisa...
sabar yek...
kte serupa..
cuba utk menerima kekurangan rakan kite..
ttp mereka tidak sedar bahawasahnya mereka tuh pun sama tidak sempurna...
kerana hanya Allah ja yg sempurna...
hanya tahu menyalahkan kita..
tp tidak menilai andai mereka silap kita dgn redha dan lembutnya memaafkan mereka..
sabar ja kak nisa... semoga dikuatkan semangat..AMIN

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@