Segala puji bagiNya Tuhan sekalian alam. Agak lama Dari kacamata yang berbeza ‘terbiar’dan ‘lesu’....Terbiar dalam erti kata semak-semak alpa dan leka mula menebal, lesu dalam makna lemah suntikan rohaniah. Sedang hati ini meronta-ronta malah meroyan rindukan Tarbiyyah Islamiyyah.
“Tarbiyyah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya adalah bermula dengan tarbiyyah........” (Al-Iman As-Syahid Hassan Al-Banna)
Kembali ke daerah Tarbiyyah Islamiyyah, aku rasa tenang, aman dan damai. Daerah yang berpenghunikan usrah, daurah, katibah, ziarah@jaulah, muqayyam, rehlah dan sebagainya. Hidup rasa terisi dan diisi. Walaupun kesibukan masih bersisa untuk menyiapkan saki baki assignment namun ku ingin pastikan destinasi menuju daerah itu lancar sebagaimana yang dijadualkan 15hb:Usrah, 16hb: Ziarah@Jaulah dan seterusnya 17hb: Ziarah@Jaulah dan Katibah.
Sedikit perkongsian dari ilmu yang ku perolehi dalam usrah. Gembira bukan kepalang dapat bersama-sama untuk TILAWAH al-Quran secara berjemaah setelah sekian lama tidak berpeluang. Thanks to Iemah yang sudi memvolunteerkan diri untuk memilih surah pada kali ini. Sama-sama menTADABBUR surah al-Baqarah (178-182), menyentuh tentang hukum fiqh dalam persoalan qisas dan wasiat. Banyak juga yang dibincangkan disertakan dengan pendapat dan pandangan dari setiap sahabat tersayang. Seterusnya, usrah diperpanjangkan dengan pengisian FIKRAH. Ada apa di sebalik buku bertajuk “Manusia dan kebenaran menurut Islam”?.
1. Akal semata-mata tidak boleh tanpa hidayah Allah
Akal manusia itu terbatas dengan batasan masa, suasana, tingkat kecerdikan
dan kadar ketinggian ilmuan yang dimiliki oleh manusia. Tanpa hidayahNya, akal manusia tidak mampu mencapai al-Haq.
2. Akal berlainan menurut masa dan negeri
Ada ketika waktunya sesuatu itu di anggap hak pada satu zaman sedang pada
zaman yang lain ia dianggap sesuatu yang batil. Contohnya pada zaman dahulu zakat hanya sah dibayar dengan wang dinar namun zaman kini zakat boleh dibayar dengan pelbagai jenis wang (selain dinar).
3. Akal berbeza mengikut umur
Adalah pasti akal kanak-kanak berbeza dengan akal para remaja, akal para remaja juga berbeza dengan akal golongan belia, semestinya akal golongan belia juga berbeza dengan warga emas. Apatah lagi sekiranya ingin dibandingkan perbezaan antara akal kanak-kanak dengan warga emas.
4. Akal bertentangan dengan hawa nafsu
Manusia memiliki kedua-duanya, maka seringkali berlaku bertentangan. Adakalanya akal mampu dikawal dari pengaruhi hawa nafsu namun kebanyakannya juga akal tewas pada kawalan hawa nafsu.
Secara tuntasnya, akal semata-mata tidak memadai untuk memberi petunjuk kepada manusia bagi mencapai kebenaran. Untuk mencapai kebenaran dan keluar dari kesesatan, kita perlu dipandu dan dibimbing. Maka di sini peri pentingnya peranan kenabian dan juga kitabNya yang turun dan berkesinambungan untuk memandu akal manusia dalam mencari kebenaran.
“Dan tidak ada satu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.” (Faathir: 24)
Hehehehe......pengisian seterusnya di kedaerahan Tarbiyyah Islamiaah kali ini agak menggeletek kantung hatiku. Hakikatnya perlukan keseriusan dalam hal ini oleh kerana masing-masing telah dewasa dan wajarnya berfikir untuk masa depan provok Kak Wardah pada kami, madd’unya. Kak Wardah selaku naqibah tercinta meneruskan agenda yang tak kurang peri pentingnya iaitu berkaitan dengan B.M. hehehehehe. Apakah itu???? Sedikit briefing daripada Kak Wardah sebelum dihujani dengan soalan bertalu-talu dari Iemah dan Liza yang memerlukan penerangan panjang lebar. Sesekali aku bertindak sebagai ‘pembantu’ (tak bertauliah) dalam memberi penjelasan kepada rakan yang lain. Kak Wardah mengingatkan perlunya kami mengisi borang walaupun tidak memaksa kerana ianya atas kerelaan masing-masing. Tidak juga perlu disi bagi mereka yang dah tersarung cicin di jari manis. hehehe. B.M bukanlah apa-apa, sekadar usaha berta’aruf, bersilaturahim sebelum mendirikan ‘masjid’ dengan jalan yang halal di sisiNya, juga usaha jemaah di kedaerahan Tarbiyyah Islamiyyah ini untuk menjaga serta menyantuni ahli-ahlinya dalam hal mencari pasangan. Hidup, mati, jodoh, ajal semua ditanganNya. Sedang kita hanya hambaNya yang tidak punya apa. Tiada tidak segala usaha ini satu kepastian, sesungguhnya segala usaha adalah disandarkan pada Allah s.w.t. Kita hanya merancang, sedang pula DIA yang menentukan segalanya kerana DIA Maha Perancang. Agak-agak la sendiri apa itu B.M atau ada sesiapa nak tolong jawab?? Hehehe.
2 comments:
salam k.Nisa,
Jom layari http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
Lagi satu tahniah dan syabas yg tdk terhingga kpd GMUKM sbb dah dpt bg memorandum kat datuk menteri n dpt tunjukkan segala perasaan yg terpendam d hati...
buat lah lagi yerk
hehehe
ayat buat lagi tu
perli ka ikhlas??
hahaha
Post a Comment