CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

26 March 2010

SELAMAT TINGGAL

Selamat tinggal semua....
Cheq mau pergi .... cheq p tak lama pun
Cheq p pun bukan la tak balik-balik
Sat jaa cheq p, jangan wisau naa

(^_^)

Cheq nak p berehat sat
Nak p tenang fikiran
Nak p rehat badan

Cheq sedang keletihan dan kelelahan
Otak sudah ting-tong saat ini
Dah macam tak mampu buat apa-apa
Sewius idup jaa tapi tak dak life
Macamna tu??? Bunyik macam parah ja.

Susah sangat cheq nak konsisten dalam medan tercinta [D.A.K.W.A.H]
DAKWAH terbantut
IMAN sepertinya tak terurus
AMALAN moga DIA masih pelihara
Cheq sangat-sangat tenat kerana jauh dari HALAQAH & JEMAAH

Ni semua penangan level M.A.S.T.E.R
Mencik..... cheq tak suka skrang
Semuanya salah cheq sendirik
Tak pandai urus diri
Urus diri pun tak lepas
Macam ni ada hati nak kawen awai???
Macamna plak jalan D.A.K.W.A.H after kawen??
Lagik bersimpang siur okie.
Opppsss..............terlebih suda.

Life hari ni asyik mengadap assigment
Hari ni buat...
Lepaih tu esok hantar....
Pastu lusa dapat assignment len plak
Dan ianya asyik berputaq tang tue jaa
Macam tue laaa citernya...... tak habes-habes
Macam tak dak noktah..
Nak lega skit pun tunggu habes final exam

Cheq mahu dunia cheq kembali...
Dunia berU.S.R.A.H, berD.A.U.R.A.H, C.E.RA.M.A.H, T.A.Z.K.I.R.A.H dll
Cheq mahu naqibah yang memahami dan saudara usrah yang prihatin
Cheq mahu perbaiki diri yang amat lemah saat ini
Cheq mahu ubot hati yang lara ini

Sila sedar wahai cheq......jangan asyik ngomel okie
Sila buat tindakan segera dengan sepantas kilat
Silat susun semula jadual
Sila siapkan semua assignment yang berbaki
Sila mencari........ mencarik kekuatan yang hilang
Sila banyakkan D.O.A
Insyaallah DIA akan permudahkan segala urusan kamo.

Tapi untuk semester ini............cheq sedang tersangkut
Dah tak boleh nak lepas....

Okie...cheq nak pergi dulu.
Pergi R.E.H.A.T
Moga cheq lebih lapang lepas nie
Maaf atas emosi yang tidak stabil.



23 March 2010

ENjoy & FuN GatHERing


Jom joint EnjoY & fuN gAThering
bersama coursemate POLITICAL SCIENCE tercinta
Yang bakal di adakan di Langkawi Island

Untuk penerangan lebih lanjut bagi coursemate tercinta sila terjah ENjoy & FuN GatHERing


http://www.welt-atlas.de/datenbank/fotos/6-161/big/6-161-11.jpg

Bertempat di : Langkawi Island
Tarikh: 27 - 30 Mei 2010 (3 hari 2 malam)
Harga: RM270 (10 orang) secara kasar dan kemungkinan lebih rendah sekiranya penyertaan yang lebih ramai dan meriah.


18 March 2010

JOM PIE KONSERT nie..

Best nie... jangan lepaskan peluang...
Berhibur sambil menderma..... menderma sambil berhibur
Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pa bila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah....


Tengah pening + geram
hohohohohohhohohohohoohoohhoho
Mana satu nak pilih ni......semua cheq nak p.
Cheq bukan tamak haloba tapi cuma bernafsu besaq ja..

CAMERON HIGHLAND ngan team anak Penang yang dah lama tak ketemu
Or gie Konsert yang memang cheq suka sangat-sangat ni...
Memang tak pernah miss laa.. kalu tak p lagi laa cheq miss termimpi-mimpi

Kedua-duanya cheq nak p..
Jenuh lagu nie..
Nak p gak dua-dua... nak p gak.. tak kira...tak kira
Tak mau pilih salah satu tapi nak p dua-dua
Melampau tui cheq... heheheh

Tunggu la cheq mimpi 3 hari 3 malam dulu nak p yang mana
Kalu dak cheq kerat diri jaa laa separuh-separuh
Senang leh joint dua-dua event....

Cheq tengah mereng saat ini

(^_^)


09 March 2010

Duduk setelah berdiri (PART 1)

Tajuk yang agak mempesonakan dengan harapan huraian juga bakal mempesonakan semua pembaca untuk diambil manfaat. Letih jugak kan bila dah kena berdiri lelama ni, kita nie mana laa nak tahan even orang muda pun. Macam bila kita da perhimpunan kat sekolah laa, perghhhh tak tahan tue nak berdiri lelama bila dengar ucapan yang panjang berjela-jela. Tambah laa kalu ucapan tue sangat tidak best + membebel-bebel. Tyme ni leh laa kita tengok...mesti da ramai dah yang mula gerak-gerak kaki laa, goyang-goyang badan laa dan tak kurang gak kompem mesti ramai yang dah dok bercangkung tunggu ucapan habes dan perhimpunan selesai. Tamat jaa perhimpunan.............lega sesangat n terasa nikmat macam teguk segelas fresh oren.



Apa yang nak citer sebenarnya nie?? Penatkan kekadang bila buat kerja berterusan tanpa henti sedangkan kita nie hanya manusia biasa yang perlu masa berehat. Ayat macam ni selalu jaa berlegar dalam minda manusia malahan ada yang sering memperkatakannya. Bolehkah begini juga dalam urusan DAKWAH?? Berehat sebentar dan duduk untuk melepaskan lelah sebelum bangun semula untuk terus berdiri. Mampukah kita kembali berdiri setelah duduk selesa melepaskan lelah?? Tepuk dada dan tanya iman sendiri.....



Saat ini aku merasakan telah begitu lama duduk .... duduk ku bukan kerana letih namun duduk ku kerana tiadanya ruang yang cukup untuk ku berdiri. Ruang untuk berdiri terlalu kecil dan sempit apatah lagi untuk berdiri, maka aku duduk di sudut itu diam-diam. Aku sedar harusnya aku cuba berdiri, mencari ruang dan cuba membuat larian kecil. Kerana jika tidak aku akan lumpuh dah terus kaku di situ. Aku pastinya tidak mahu kaku apatah lumpuh di sudut itu. Aku takut untuk ditinggalkan pergi oleh sahabat-sahabat yang telah sama-sama berdiri dan berlari. Kini aku cuba untuk berdiri mencari ruang dan berlari solo secara perlahan...aku tidak pasti samada aku mampu atau tidak. Larian solo ini tidak mudah... Aku telah ketinggalan jauh dibelakang kerana telah duduk agak lama.Sedih.... hati aku dirundung resah. Rindu saat-saat berdiri dan berlari bersama-sama... Aku pastinya mahu menamatkan larian dengan cemerlang, mahu sampai ke garisan penamat dengan cemerlang.



Sedikit titipan buat semua...

Uapan al-Maududi dalam Syahadatul Haq, antara kata-kata yang menakutkan aku:


“Sama ada mereka(Para Rasul dan Da’ie) melaksanakan segala kewajipan syahadah ini dengan cara yang terbaik dan memastikan hujah Allah mengatasi hujah manusia. Atau kecuaian mereka akan dijadikan alasan oleh manusia di hadapan Allah kelak bahawa mereka tidak menyampaikan kalimah hak yang telah diamanahkan kepada mereka dan mereka tidak memimpin manusia sebangsa mereka menuju jalan hidup yang sebenar yang telah dinyatakan oleh kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka”

“Namun jika mereka cuai dalam melaksanakan tanggungjawab ini atau bertindak zalim dengan memutar belitkan kebenaran sehingga yang benar menjadi palsu dan palsu menjadi benar, nescaya Allah akan menghukum mereka terlebih dahulu daripada orang lain kerana kecuaian dan pendustaan mereka. Allah bukan sahaja akan hukum mereka kerana apa yang mereka lakukan malah Allah akan hukum mereka kerana apa yang dilakukan oleh orang lain yang sesat akibat kecuaian mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka atau akibat tindakan mereka yang mengubah jalan yang benar melalui syahadah dusta mereka”.




07 March 2010

Pengembaraan K.A.M.I

Sangat tak dak masa nak update blog cumil ni..
So harap semua sudi laa layan pixels yang tak seberapa ini...
Jom ikuti pemgembaraan k.a.m.i di zoo negara Malaysia


First tyme p ZOO NEGARA, tu pun kebetulan kak long n my abang ipaq ajak p
Konvoi 2 keta skali ngan adik ipaq kak long, Hadi n his family
Cik blog je sowunk-sowunk yang single mingle available (^_^)

Mahal amat nak masuk zoo negara.... baru ku tahu
Terbang RM20.00 sowunk tu... kopak-kopak
Selamat laa ada owang blanja shaye k

Dah alang-alang bayaq mahai tu
Harus laaa bantai jalan pusing habes kawasan zoo negara tu
Walapun kaki letih+lenguh ngan cuaca yang amat panas
Tetap tabahkan hati untuk selesaikan pengembaraan


Dekat 3 jam gak laa kami dalam tue..
Tak dak yang tertinggal laa.... semua p tengok nak bagi puaih hati
Macam-macam ada tapi CIK BLOG rasa macam kurang jaa hewan kat zoo negara tu
Daa jaa kurungan yang tak kelihatan hewannya+kosong
Harus pihak zoo negara ambik perhatian!!!


CIK BLOG tak dak laa teruja ngat pun...
Lebih pada nak release tension jaa dengan lambakan assignment
So harusnya jejalan tenangkan diri ini...
Hewan-hewan yang ada langsung tak menarik perhatian CIK BLOG..
Tapi OK laa nanti bila orang tanya tak dak laa tak pernah jejak kaki kat sana
THANK to Kak Long & Abang Long.


02 March 2010

The winner is....


Geram sebenarnya coz dah beberapa kali CIK BLOG nak paparkan keputusan
SNAP VIA MIRROR CONTEST ni
Tapi line tenet buat hal, asyik tak leh nak download jaa
Nie baru boleh so sangat lega...

Setelah sekian lama terperap keputusan untuk SNAP VIA MIRROR CONTEST
Maka hari ini dengan rasa besar hati CIK BLOG mengumumkan pemenangannya...
Trengg...tenggg...teng...nengg....neng...




Tahniah kepada para pemenang... yang tak menang tu jangan sedih or susah hati k.
Insyaallah CIK BLOG berkemungkinan besar nak mengadakan contest lagi.
So tunggu dan sertailah contest yang akan datang if nak menang.
Hadiah pun pasti gempak..

Kepada pemenang sila hantarkan nama, alamat dan no tel anda ke email CIK BLOG; ariisun_niil@yahoo.com
Minta sendkan sesegera mungkin jika tidak hadiah anda akak diberikan kepada next TIP TOP contester...
Last berikan details adalah pada hari KHAMIS, 4 Ma 2010.
Harap maklum.

28 February 2010

Chantek tak???


Tunex & jubah yang sangat stylish..
Untuk muslimah sesuai untk digayakan dengan skirt labuh dan seluar.
Gaya kontemporari yang selesa untuk semua peringkat umur.

Jom laa dapatkan sehelai sebagai koleksi pakaian anda.
Jadikan salah satu pilihan dalam gobok almari kamu.

Nak taw lebih lanjut terjah laa MY BIZ BLOG..




24 February 2010

HATIKU MILIKMU

"Man kau dah siap? cepatlah sikit...Kan Ketua pengawas tak bagi masuk Dewan karang,baru padan muka."Laung Dannis kepada Azman. "Kejaplah,Aku nak pakai tali leher je ni.Jangan tergopoh-gopoh,tak elok."Azman cuba menenangkan sahabatnya itu sambil dia berlari keluar dari asrama.

Azman melihat Dannis sudah jauh berjalan."Woiii tunggu aku" Azman berlari-lari mengejara Dannis. "Wei,kata jangan tergopoh-gopoh,yang ko sampai berpeluh macam baru habis larian pecut ni apsal?"Danni smenyindir Azman. "Sape suruh ko tak tunggu"Marah Azman. Dannis yang suka mengenakan kawan-kawannya hanya tersenyum sahaja.

Di dalam dewan peperaiksaan mereka berjaya menjawab dengan baik.tidak sia-sialah mereka bersengkang mata semata-mata mahu cemerlang dalam SPM kaliini.Hari itu adalah hari terakhir bagi peperiksaan yang perlu mereka hadapi.Beg dan pakaian semua telah disiapkan.Azman dan Dannis tidak sabar untuk pulang ke kampung. Namun sebelum pulang,mereka merancang untuk berkelah di tepi pantai. Nak hilang stress katakan.

"Wei cepatlah mandi,lembab betul la ko ni Dannis.Aku dah sampai kat tengah laut dah ni" Laung Azman dengan seronoknya. Dannis berlari-lari anak menuju ke pantai. Mereka memang betul-betul ingin melepaskan segala bebanan semasa belajar dahulu,sampai dua jam mereka mandi. Mereka betul-betul puas kerana dapat melepaskan segala keletihan dan penatlelah semasa belajar dahulu.


Mereka berdua berjalan ke tempat beg pakaian mereka. "Woii kau curi makanan kami ye.." jerkah Azman kepada seorang budak perempuan yang sedang makan makanan ringan mereka.Lantas Azman mengambil kayu untuk memukul budak itu. Dengan secepat kilat Dannis menghalang Azman."Man!!! apa kau nak buat ni?Cuba kalau kita tanya dulu kenapa dia makan makanan kita,ntah-ntah dia lapar sangat ke.."marah Dannis. Azman menurunkan Kayu yang di angkatnya.Dia terkesima dengan jerkahan Dannis tadi

"Adik,kenapa dengan adikni???" Tanya Dannis lembut. Gadis itu menangis teresak-esak kerana terkejut ketika di marahi azman tadi. "Saya lapar, saya lapar. Saya minta Maaf" Esak Gadis itu sambil mencapai sebatang kayu dan ingin berjalan pergi. Dannis dan Azman terkejut,rupa-rupanya Gadis itu buta.Lantas Dannis menghalang gadis itu daripada pergi."Adik,Jom makan sama-sama,maafkan kami kerana marahkan adik tanpa usul periksatadi".Dannis menarik perlahan-lahan kayu yang dipegang oleh gadis tersebut.Azman berasa amat bersalah kerana memarahi gadis tersebu ttanpa usul periksa. Dia cepat-cepat menyapukan jem di roti dan dihulurkan kepada gadis itu."Dik,kami minta maaf dik"Mohon Azman.


"Takpe,saya sudah biasa di marahi"Ujar gadis itu sambil menahan sendu tangisnya."Saya Dannis dan ini kawan saya Azman,adik nama ape?" Tanya Dannis sambil mengunyah roti. "Saya Fatin"Jawab gadis itu. "ape yang adik buatkat sini? Mana mak dan Ayah adik?"Tanya Azman lagi. "tiba-tiba air mata mengalir lagi menyusur laju di pipi mulus Gadis buta itu."Mak dan ayah saya telah membuang saya.Sudah dua hari mereka tinggalkan saya disini.Mereka malu kerana mempunyai anak yang buta seperti saya.Sedangkan Adik saya yang baru lahir cantik dan normal"Esakan Fatin semakin laju.

Dua sahabat itu mengucap panjang.tidak pernah terlintas di benak pemikiran mereka ada ibu-bapa yang sanggup melakukan perkara itu.Dannis tunduk mendiamkan diri.suasana hening seketika hanya dihiasi kicauan sang burung dan desiran manja bayu laut. "Dik,Adikanggaplah adik sudah mempunyai seorang abang,Insyallah adik boleh menjadi sebahagian dari keluarga saya"Dannis memujuk. Fatin hanya tersenyum."masih adakah manusia didunia ini yang sudi menerima saya yang buta ini,mak dan yah sendiri pun membuang saya bagaikan sampah,inikan pula orang lain"kali ini esakan fatin semakin kuat.

Dua sahabat itu tersentak. mereka merasa amat pilu mendengar penderitaan yang di alami oleh Fatin."Dik,Saya janji akan jaga adik seperti adik saya sendiri"Dannis memujuk dengan bersunguh-sungguh."Dik,mari kita balik ke rumah kita,nanti saya kenanlkan dengan mak dan ayah.InsyaAllah Mak dan ayah dapat menerima adik dengan baik." Setelah berkali-kali dipujuk oleh Dannis,akhirnya Fatin mengalah.

"Assalamualaikum.Mak...Ayah..."Laung Dannis. "Waalaikumusslam" Ibu dan ayah Dannis berlari-lari anak apabilamendengar suara anak tunggal mereka diluar sana. Namun apabila mereka melihat kelibat Dannis bersama-sama dengan seorang gadis larian mereka terhenti. "Dannis..."Ibunya cuba bertanya namun cepat-cepat dannis meletakkan jari telunjuknya di mulutnya. "Mak,sekejap lagi Dannis ceritakan segala-galanya kat mak"bisik Dannis sewaktu bersalam dengan orang tuanya itu.Ibunya hanya tersenyum. Dia tahu anak tidak itu akan melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan orang tuanya.

"Err,anak ini nama ape ye"tanya ibu Dannis. "Saya Fatin makcik"Jawab Fatin tergagap-gagap. sebenarnya dia masuk takut.dia takut ibu dan ayah Dannis tidak dapat merimanya sebagai anak. Selepas mereka selesai menjamu selera,Ibu Dannis memimpin tangan Fatin menuju ke bilik yang dikemas oleh Dannis untuk Adiknya Fatin. "Ya,dia adikku Fatin". Getus hati kecil Dannis."

Ketika Fatin sedang berehat dibiliknya,Dannis menceritakan segala-galanya kepada ibu dan ayahnya. dia juga memberitahu hasrat hatinya agar keluarganya menerima Fatin sebagai adiknya yang bongsu.Ibu-bapa Dannis tidak keberatan untuk menunaikan hasrat mulia anak lelakinya itu,bahkan mereka memuji sikap Dannis yangselalu mengambil berat dan menolong orang yang dalam kesusahan.

"Abang Long,Jom temankan Adik bersiar-siar" ajak Fatin. Semenjak keluarga itu menerima dirinya sebagai anak,dia telah memanggil Dannis dengan panggilan Abang Long dan keluarga Dannis memanggil Fatin dengan panggilan Adik. "Jom,Dannis memegang kayu yang dipegang oleh Fatin."Abang long,kenape abang long selalu memgang kayu yang adikpegang,kenapa abang long tak pernah memegang tangan adik semasa kita bersiar-bersiar"tanya Fatin. Dannis terkejut,dia tidak tahu bagaimanamahu menjelaskan kepada Fatin. "Dik,walaupun sekarang adik adalah adik abang long,tapi Adik tetap mahram abang,Allah melarang kita memegang mahram kita"dannis cuba menerangkan situasi sebenar kepada Fatin. Fatin menggaguk-angguk faham."Ya,adik mahram ku,namun abang boleh memegang tanganmu adikku,dengan satu syarat...."getus hati Dannis. "Syarat???" dirinya bertanya.

Setelah keputusan SPM diumumkan,Dannis telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara.Berita gembira itu disampaikan kepada kedua orang tuanya dan adiknya Fatin. "Dik,abang long dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara,Adik bangga tak dengan abang?" dannis cuba berseloroh. Tiba-tiba air mata Fatin menitis,setelah sekian lama air mata itu digantikan dengan sinar bahagia. "Ye adik bangga dengan abang long,tapi adik sedih kerana akan berpisah dengan abanag long,selama ini abang long yang banya mendenga rmasalah adik, adik sayangkan abang long"Tangis Fatin. Dannis terkejut.'Dik,abang long pergi hanya 4 tahun sahaja dik..selepas abang long akan kembali semula untuk jaga adik"pujuk Dannis. "Abang long janji ek jangan tinggalkan Adik lagi selepas itu..Janji?"tanya Fatin. "Abanglong janji dik"Dannis berjanji kepada adiknya itu.

Ketika dilapangan terbang Fatin menangis teresak-esak.Selepas ini tiada lagi seorang abang dan seorang kawan yang selalu membagiakan dirinya.Sebelum Dannis melangkah pergi Fatin sempat membisikkan sesuatu yangmenyebabkan titisan jernih mengalir keluar dari mata Dannis."AbangLong,Adik sayangkan abang,adik bahagia bersama abang"bisik Fatin sambil menangis. Dannis hanya mampu melambaikan tangan kepada mereka semua.Dia harus kuat untuk berjalan menuju ke gerbang ilmu. "Abang pun sangat sayangkan adik,tunggulah kepulangan abang." Hatinya berkata sendirian.

Sepanjang berada dalam penerbangan,air mata Daniss tidak putus-putusmengalir.tiba-tiba ia tersedar."perasaan apakah ini? Ya Allah,kenapakah hati sudah begitu merindui adikku,padahal baru sahaja aku berpisah dengannya."Dannis semakin sedih bila mengenangkan adiknya yang buta itu.Dia tidak tahu siapakah yang akan menjadi teman kepada fatin setelah ketiadaannya nanti.segala kenangan bersama fatin berputar dengan sendiri...

"abang long,adik ni memang lembab ke? kenapa adik susah sangat nak ingat ayat-ayat quran yang abang baca.Adik nakjadi macam abang long,dah boleh ingat ayat-ayat Quran yang panjang-panjang."Fatin mengomel sendirian apabila dia tidak dapat menghafal beberapa surah dengan baik. "bukan macam tu dik,adik abangpun hebat juga menghafal,cuma adik kan baru seminggu mula menghafal,kira dah hebat tu."Fatin ketawa kegirangan apabila dipujioleh Dannis.

"abang long..apa cita-cita abang long?"tanya Fatinketika mereka bersiar-siar."Abang long nak mati syahid."jawab Dannis sambil tersenyum. Fatin tersentak."abang long nak tinggalkan adikke?mati syahid tu ape?"tiba-tiba suara fatin menjadi serak seolah-olahingin menangis. "Adik...semua manusia akan mati,abang long pun akanmati. Tapi abang Long nak mati syahid. Mati syahid ni satu kematiaan yang paling mulia di sisi Allah. Kita mati kerana memperjuangkan agamanya.Kita mati kerna mengikut jejak langkah Rasul yang Agong Muhammad Rasulullah."terang Dannis. "kalau macam tu,adik pun nak mati syahid juga la abang long. Adik nak jadi macam Zainab Al-Ghazal iseperti yang abang long cerita kat adik.Tapi abang long...Adikbuta,macam mana adik mahu berjuang?"Suara Fatin masih serak kesedihan."Adik,Allah tidak menilai perjuangan kita ni dengan kehebatan rupa paras kita,adik berdoalah kepada Allah agar dibukakan jalan untuk kita semua menuju syahid."pujuk Dannis.

Sudah 2 tahun Dannis berada di negara orang.Hatinya selalu merindui keluarga di kampung. Diabersyukur kepada Allah SWT kerana mempertemukannya dengan para sahabat yang sama-sama ingin mendaulatkan Islam di kampus itu. Walau jadual pelajaran perubatannya terlalu padat,dia tidak lupa untuk mengikuti program-program Islam di kampusnya. Dia juga banyak menganjurkan program bantuan kemanusiaan ke Palestin.Melihat kesedihan yang di alami oleh rakyat palestin,hatinya menangis." dimana tanggungjawab ku sebagai ummat Muhammad?"Pertanyaan itu selalu mengisi ruang legar fikirannya.

"Dannis,adik sakit.Doktor mengesahkan buah pinggang adik rosak teruk,Dannis doakanlah supaya adik selamat".Dannis hanya mampu mengalirkan air mata apabila mendengar suara pilu ibunya di corong tekefon. "Mak,Abang longnak cakap dengan adik sekeja."minta Dannish. "assalamualaikum abang long,abang long sihat? adik rindu sangat kat abang long."Suara lemah Fatin kedengaran. "Alhamdulillah Abang long sihat,adik sihat?"Dannis tidak mampu menahan getar suaranya. "Alhamdulillah,adik sihat.cuma demam sikit je.Abang long jangan risau tau. Abang Long,semalam adik mimpi abang long pimpin tangan adik menuju ke syurga,adik gembirasangat masa tu.Adik nak mati Syahid dengan abang long"Fatin bercerita dengan gembira. Ibu mereka berlari keluar apabila mendengar perbualanke dua-dua anaknya itu.Air matanya tidak dapat ditahan.Walaupun Fatin hanya anak angkatnya.dia amat sayangkan Fatin.Dia tidak mahu berpisahdengan Fatin.Setelah pemergiaan Dannis ke luar negara,Fatin lah yangmenjadi penghibur hatinya.

Dannis terkedu mendengar ceritaadiknya itu. "Fatin jaga kesihatan elok-elok tau,minggu depan abanglong akan balik untuk jumpa ibu,ayah dan adik."Dannis bertekad untuk pulang ke Malaysia.Namun dia terpaksa menangguhkan pelajarannya selama satu semester.Namun,dia mahu berada disisi adiknya ketika ini.

Fatinsemakin bersemagat apabila mengetahui abangnya akan kembali ke tanahair. "Mak,abang long nak balik minggu depan,mak dan ayah mesti gembira kan.."Ujar Fatin kepada Ibunya. Ibunya hanya terdiam. Dia tahu,Dannis amat sayangkan adiknya Fatin.

"Abang Long!!!" Fatin menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat Dannis di hospital,ingin sahaja dia memegang tangan dan menciumnya.Namun,syariat tidak membenarkannya."Adik,Adik mesti kuat"Kata Dannis setelah melihat Fatin yang semakin kurus dan pucat. "Abang long,Adik teringin sangat ingin mencium tangan abang long,tapi adik tahu syariat tidak membenarkan adik berbuat demikian."Suara Fatin bercampur sebak. Dannis merasakan sudah tiba masanya dia memberitahu isi hatinya kepada Fatin. "Adik,adik boleh ciumtangan abang long,tapi dengan satu syarat."Dannis menarik nafaspanjang. "Apa syaratnya abang long?" Fatin tidak sabar mendengarnya.Ibu dan ayahnya mengerutkan dahi kehairanan. "Syaratnya Adik mesti menjadi isteri Abang long."Dannis menghabiskan ayat-ayat tersebutdengan pantas. terbeliak mata ke dua-dua orang tuanya. Fatin bagaikan mahu pengsan mendengar semuanya itu.Dia tersipu-sipu malu. "Abang,Adik juga menyintai abang sebenarnya"getus hati fatin.

Melihat gelagat Fatin,Fahamlah Dannis. "Mak...ayah..izinkanlah Dannis mengahwini Fatin. Syariat tidak pernah mengharamkan seorang abang angkat mengahwini adik angkatnya. Dannis harap mak dan ayah merestui Dannis"Dannis bangun dan memeluk ibunya. Ibunya hanya mengganguk dan menangis kegembiraan."Sungguh tulus hatimu anakku,kau sanngup berkorban demi adikmu." Hati ibunya berbunga kegembiraan kerana mempunyai anak seperti Dannis.

Perkahwinan mereka dilaksanakan dengan serba sederhana di hospital itu. Air mata Fatin membasahi tangan Dannis ketika ia mencium tangan Dannis. Tangan orang yang telah membawa sinar kebahagiaan kepadanya. "Abang long,adik gembira sangat hari ni."Kata fatin sambil tersenyum. "ishh,bukan abang long dah la,abang je..dan bukan adik dah, tapi sayang abang." Dannis bergurau dengan Fatin.


Minggu berganti minggu,penyakit Fatin semakin teruk. Fatin memerlukan seorang penderma buah pinggang untuk menggantikan buah pinggangnya yang rosak.Namun pada suatu pagi,seorang doktor pakar memaklumkan kepada Fatin ada seorang lelaki yang sudi mendermakan organ tersebut. Fatin berasa amatgembira.Dia melihat senyuman manis suaminya terukir apabila mendega rberita itu."Boleh saya tahu siapa penderma itu"tanya fatin. "Maaf puan,dia mahu saya rahsiakan identitinya kecuali selepas dia meninggal"terang doktor itu.

Fatin memegang erat tangan suaminya,hatinya begitu gementar untuk menghadapi sesi pemindahan organ itu."Sayang,abang sentiasa di sisisayang,sayang jangan takut ye."Pujuk Dannis.Fatin cuba tersenyum apabila mendengar kata suaminya itu. "Abang,kalau apa-apa berlaku kat sayang,abang jaga....."Fatin cuba menghabiskan kata-katanya,namun Dannis cepat-cepat meletakkan jari telunjuknya ke bibir fatin dengan lembut. "Sayang mesti kuat,Sayang sanggup ke tinggalkan abang? Hanya sayang yang abang cintai.Jadi sayang mesti sentiasa bersama abang dalam melayari rumahtangga nanti" Dannis memujuk lagi. Dannis tidak dibenarkan masuk ke bilik pembedahan,dia hanya mampu melambaikan tangan dan memanjatkan doa kepada Sang Pencipta Agar menyelamatkan isterinya.

"Dannis..sudah2 tahun Dannis menannguhkan pengajian Dannis di Mesir,Dannis tak mahu teruskan ke?"Tanya ibunya ketika mereka sedang berehat di halamanrumah.dengan mata yang redup Dannis menarik nafas panjang sambil memerhatikan Fatin yang bermain-main dengan Daniel Anaknya. ''Entahlah mak,Saya tak sanggup meninggalkan Fatin dan Daniel.Tapi mungkin saya akan sambung pelajaran di UM sahaja.Bolehkan mak?'' Dannis memegang tangan ibunya. Ibunya hanya tersenyum.


"Daniel,jom ikut Abi kemasjid."Panggil Dannis kepada anak lelakinya. Daniel berlari-lari anak mencapai kupiah kecilnya. "Daniel,semoga Daniel akan menjadi anak yang soleh yang akan memberi syafaat kepada abi dan umi,semoga Daniel akan menjadi seorang Hafiz yang berjalan di atas jalan jihad."Bisik Dannis kepada anaknya. Daniel terpinga-pinga tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya itu. Namun bisikan itulah yang selalu dibisikkan ke telinga anaknya setiap kali dia mengajak anaknya untuk bersolat.


"Dannis,enta telah terpilih untuk menyertai Misi jihad Palestin. Para pimpinan HAMAS telah bersetuju untuk memilih enta setelah melihat kesungguhan enta dalam menjalankan tanggungjawab enta di mesir dahulu."Pesan seorang rakan. Hati Dannis gembira bercampur sedih. Gembira kerana cita-catanya untuk turun ke medan jihad palestin telah di makbulkan Allah,namun ia sedih kerana terpaksa meninggalkan ibu-bapa,Fatin dan Daniel. "Wahai Dannis,sesungguhnya Allah akan menjaga keluarga seandainya kamu menjaga agama Allah,ingat Dannis,cintautama adalah Allah."Suara Iman Dannis berbicara. Dannis tersentak."Ya,kerana Allah akan ku tinggalkan keluarga ku ini."Dannis membulatkan tekad.

Dannis menunaikan solat hajat agar Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk sampai ke medan pertempuran di palestin.dihujung sujudnya Dannis berdoa. "Ya Allah,seandai aku telah engkaupilih untuk memegang lencana mujahid Mu,ku mohon kepada Mu Syahidkanlah daku. Ya Allah Tuhan yang Maha Pemelihara,pelihara keluarga dari sebarang bencana dan kejahatan,Kau matikanlah ayah dan ibu ku dengan sebaik-baik kematian. Ya Allah yang Maha pengasih,kau perkenankanlah doa isteri ku untuk menjadi seorang syuhada,tunjukilah jalan jihad kepadanya. Ya Kahhar,perkenankalanlah doa ku ini,Kau jadikanlah anakku Daniel sebagai seorang Mujahid penghafaz Quran agar dia dapat menggoncang dunia dengan perjuangannya. Ya Allah yang Maha pengasih,Kau kumpulkanlah kami sekeluarga Di syurga FIRDAUS,kerana itulahsebaik-baik tempat yang kekal abadi. Ameen Ya Allah." Dannis menyekat airmata setelah selesai solat.

Dannis menarik nafas panjang,dengan perlahan-lahan dia menghampiri ibu dan ayahnya. "Mak...Ayah...Mak dan ayah gembira tak jika Dannis terpilih untuk mati Syahid?" Tanya Dannis sambil tersenyum. Ibu dan Ayahnya kehairanan. "Tentulah kami gembira,itukan sebaik-baik kematian"Jawab ayahnya. "jika itu perasaan mak dan ayah, Izinkanlah Dannis turun berjihad menentang Israellaknatullah di Palestin.Saya mohon mak..ayah." Dannis memegang erat tangan ibunya. Setitis demi setitis air mata ibunya mengalir. namun dia bangga kerana anak yang dikandungnya ini bakal menjadi seorang mujahidyang menjalankan tugas para nabi. "Dannis anak mak, Mak redha untuk Dannis turun ke berjihad.Berjihadlah seperti Abdullah Bin Rawahah yang tidak pernah undur walau badan dicincang lumat. Teruskan niat suci muwahai anakku."Ibunya mencium ubun-ubun dan dahi Dannis.

"Terima kasih mak..ayah. Cuma satu je permintaan saya,mak dan ayah jagalah Fatin dan Daniel. Mak dan Ayah didiklah mereka agar menjadi seorang hamba Allah yang taat. Mak,seandainya sebulan selepas Dannis turunbertempur mak dan ayah tidak menerima apa-apa berita tentang Dannis,Itu bermakna Dannis telah gugur di medan jihad sana. Doakanlah agar Allah menerima segala amal yang Dannis telah buat."Dannis mencium tangan ayahdan ibunya.

Perlahan-lahan Dannis mengetuk pintu biliknya. Fatin sedang cuba menidurkan Daniel. Dannis duduk di sisi isterinya.dia memegang ke dua-dua bahu isterinya itu. Dia menatap wajah manis isterinya. ''Sayang..abang terpaksa kembali ke mesir...dan selepas itu abang akan turun ke palestin"Kata Dannis sambil memerhatikan isterinya.Wajah Fatin tenang mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut suaminya itu. "Tapi kali ini abang turun bukan menjalankan misi kemasyarakatan,abang akan turun ke medan pertempuran.Seandainya Allah mentakdirkan abang syahid disana,Sayang jaga diri dan Daniel dengan baik"Dannis menyekat air mata yang mula turun di pipi isterinya itu.Fatin hanya terdiam. "Sayang isteri abang,abang tunggu sayang dan Daniel di pintu Firdausi.itu kan cita-cita kita bersama."Daniel memeluk Fatin. "Abang...terima kasih atas segalanya,terima kasih kerana sudi menyayangi Sayang dan membahagiakan sayang.Kenangan Cinta dan kasih sayang kita akan sayang kenang sehingga ke akhir hayat.Sayang akan jadikan kasih sayang abang berikan ini sebagai kekuatan untuk sayang terus berjuang dan mendidik Daniel.Doakan juga agar Allah sudi memilih sayang untuk mengikut jejaklangkah abang."Fatin terus teresak-esak dalam pelukan suaminya itu.

"Ummi..Abi...kenapa menangis?" tiba-tiba Daniel tersedar. Dannis merangkul Daniel. "Daniel anak Abi,nanti jika Abi tiada,Daniel jaga ummi ek."kata Dannis sambil mencium dahi anaknya itu. "Abi nak pergi mana?Abi nak tingglkan Daniel dan Ummi ke?"Tanya Daniel kebingungan. "Ye sayang,Abi mahu hancurkan para musuh-musuh Islam.Nanti bila Daniel besar,Daniel mesti jadi seorang mujahid.Boleh anak abi?"Daniel memeluk anaknya itu erat.

Pagi itu Danniel bangun tanpa dikejutkan oleh suara Abinya. Daniel berlari-lari mencari abi. "Ummi,abi pergi mana Ummi?" tanya anak berumur 2 tahun itu. Air mata mengalir lagi di pipi Fatin. "Sayang,Abi telah pergi berjuang menentang para penjahat yang menentang agama Allah. Daniel mesti ingat pesan abi."Fatin memeluk anaknya itu.hanya itu harta yang ada padanya. Daniel mengguk-angguk perlahan. "Daniel nak jadi pejuang macam abi,Daniel nak lawan orang jahat."jerit Daniel.

Dimedan pertempuran,Dannis telah diarah menjadi pejuang barisan pertama.Dia menyerang para musuh Allah itu tanpa rasa gerun.seorang demiseorang musuh Islam itu rebah terkena peluru M16 Dannis.Kelengkapan senjata mereka amat terhad. Mereka hanya menggunakan senjata yang sudah ketinggalan zaman. Namun semua pejuang itu tidak pernah gentar,dibibir mereka sentiasa menyebut kalimah suci "ALLAH".

Tiba-tibaDannis terpijak perangkap ranjau yang di pasang oleh musuh. Kakikanannya hancur. Namun tangannya masih gagah membidik para tentera Israel.Semakin lama Dannis semakin lemah. "Laailahaillah"perlahan-lahan Dannis mengucapkan kalimah agung itu. Dannis melihat Para syuhada telah melambaikan tangan kepadanya sambil tersenyum. Dannis terbang menuju kearah mereka.Dia melihat sekujur tubuhnya yang kaku di bawah diusungoleh sahabat-sahabatnya. Dia melihat ayah,ibu,Fatin dan Daniel sedang melakukan solat hajat khas untuknya. Dannis tersenyum. "aku menunggu kalian di pintu syurga wahai orang yang ku sayang."

"Assalamualaikum,saya doktor Azrul sahabat kepada Dannis."Azrul memperkenalkan diri kepada ayah dan ibu Dannis. "ye,saya ayah Dannis.ada apa-apa perkhabaran dari Dannis?"Tanya Ayah dannis tidak sabar. "Pakcik,saya membawa dua amanah dari Dannis,Pertama, Dannis telah diterima oleh Allah sebagai syuhada."Ujar Azrul. Berlinang air mata ibunya. Fatin yang mencuri-curi dengar dari dapur jatuh terduduk.Dia memeluk Daniel. "Sayang, Allahtelah menerima Abi. Abi sudah tiada"ujar fatin dalam sebak. mata anak kecil itu berkaca.mungkin dia juga dapat merasai pemergiaan abinya.Daniel mencium dahi Umminya. "Ummi,Daniel akan jaga ummi,Daniel nakjadi mujahid macam abi."Kata anak kecil itu dalam tangis.

"Pakcik,sayaj uga membawa amanat dari Dannis agar melaksanakan pembedahan pemindaha nmata untuk isterinya.Segala Perbelanjaan akan di tanggung olehsahabat-sahabat Dannis."kata Azrul sambil merenung ke wajah ayahDannis. "Siapa dermawan yang mendermakan matanya untuk fatin?" Soal IbuDannis. "pemilik mata tersebut mahu saya rahsiakan perkara ini sehinggaFatin selesai menjalani pembedan tersebut"terang Azrul.

Fatin begitu gembira kerana dapat melihat anak kesayangannya. Fatin menatap lama-lama gambar As-syahid suaminya.Dia merasa amat dekat denganAs-syahid.kerinduan menyelinap ke sanubarinya. di hospital inilah dia diijabkabulkan. Disinilah suaminya melamarnya. Fatin sudah penat menangis,dia mesti kuat.itulah pesan suaminya yang akan ia taati walau suaminya sudah tiada.

"Doktor,seperti yang doktor janjikan tempoh hari,setelah saya selesai menjalani pembedahan ini,doktor akan beritahu kepada kami siapa pemilik mata ini yang sebenar."Tanya Fatinkepada Doktor Azrul. Azrul menarik nafas panjang. "sebenarnya mata itu adalah milik..."Azrul cuba menahan tangis apabila mengenangkan sahabatnya itu. "sebenarnya mata itu adalah milik Dannis"Dengan cepat Azrul melunaskan kata-kata itu. Semua yang berada di wad itu mengalirkan air mata."Dannis betapa tingginya kasih sayang mu kepada Isterimu."Getus hati Azrul.

"Seperti yang saya janjikan sebelum ini,Saya akan beritahu siapa penderma buah pinggang untuk Fatin suatu ketika dulu. Ini kerana pemilik buah pinggang itu telah tiada didunia ini."Bagitau Doktor Ali. Suasana hening seketika. "Dannis...Dannislah yang mendermakan buah pinggangnya untuk fatin."Ujar Doktor Ali. Fatinmenangis teresak-esak. "Abang,sungguh banyak pengorbanan abang untuk sayang.Sayang takkan sia-siakan pengorbanan abang ini.

"Abang,hatiku ini milikmu"...Fatin memeluk Daniel.


*Kredit untuk my junior yang juga seperti adikku, Muhammad Arif.



S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@