CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

07 February 2010

Friendship Contest

Apakah saat ini anda sedang merindu kawan, sahabat, teman dll anda??
Kalu YA, jom joint contest ni sempena meredakan rasa windu itu..

"FRIENDSHIP CONTEST"


Untuk sertai contest ni wajarlah memenuhi syarat yang telah ditetapkan k. Syarat-syaratnya............ TEKAN yea. Sila peka dengan dateline...hehehehe.
Tarikh Tutup :12 FEBRUARI 2010

10 FEBRUARY 2010

*
*
*
*

So inilah pixel yang coba dipertaruhkan..


LoVE and FRIENDSHIP
COmes and Goes
But.........
All tHE memORieS...
sTill ForEVer...


04 February 2010

mahu dan ingin..

Mahu pergi bercuti........ mahu dan sangat mahu bercuti-cuti Malaysia
Saat ini sangat-sangat mahu ke BUKIT TINGGI dan nam barunya BERJAYA HILLS.
Terletak di Pahang..... tak dak laa jauh mana pun if dari KL ni, ada laa dalam 1 jam perjalanan.



Tergoda dengan kedinginan di tempat itu..
Terpesona juga dengan kehijauan taman tropikanya..

Hasil pertolongan Pak Cik Google jumpa laa gambar-gambar kat BUKIT TINGGI yang leh ditempekkn kat sini... Meh kita tengok apa yang telah menggoda ku untuk ke sana..
Pastinya beberapa eleman damai yang ada di sana menjadi tarikan buat diriku..


1) Bukit Tinggi Colmar Tropicale

Tempat yang tidak boleh tidak melepaskannya.... suasana yang berwarna-warni. Memiliki struktur bangunan yang sangat unik dan tidak terdapat di mana-mana bahagian Malaysia yang lain. Umpama berada dalam buku cerita dongeng yang dihiasi dengan bangunan tinggi, jam dan mahligai berstruktur. Lebih menarik lagi terdapat persembahan jalanan seperti di luar negara.


2) Perkampungan Jepun

Pemandangan yang sangat cantik dan menyegarkan dengan kehijauan flora. Juga terdapat restoran Jepun yang menawarkan layanan kuisin Jepun. Dan kita juga leh mencuba tea Jepun dengan layan tradisional di Rumah Tea Jepun. Beshhh... nak pakai baju KIMONO dan berlagak macam awek Jepun.


3) Rabbit Park
Sangat sesuai untuk kanak-kanak tapi boleh jaa untuk saya yang comey macam budak tecik. hehehe. Terdapat lebih kurang 200 ekor arnab yang sangat comel di sana. Kita dibenarkan untuk memegang, memeluk, bermain dan memberi makan kepada arnab-arnab itu. Mesti pengalaman yang sangat besh dikelilingi banyak arnab comel. Wahh... geramnya nak pegang arnah yang gebu itu.

4) Menunggang keldai/kuda, Deer Sanctuary dan aktiviti memanah.
Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama insan tersayang tak kisah laa family ke, pasangan baru berkahwin ke.. kawan-kawan ke yang pasti akan meninggalkan kenangan yang terindah.

Wahhh......... ni dah macam promoter agensi pelancongan dah. Boleh laaa orang-orang pelancongan ambik i jadi agen. heheehe.. Nak p gak sini... nak p... KAK LONG n ABG LONG cepat laaa... bila nak p nie?? Ri tu janji nak p... huhuhhu. Cheq tuntut gak... tak kira.. tak kira k.


SAKET & DR CINTA


Tetiba jaa rasa nak post benda alah nie... Ain jangan mare eikk, nanti kena jual!! ngenngehngehhh.. Japp agg ku jual ko pun sian plak kat ko, takot tak dak yang nak beli. hehehe. Lawak jaa yea USTAZAH AIN.

Mungkin nampak sepertinya perbualan kosong lagi merapu meraban tapi hakikatnya ada sesuatu yang cuba dizahirkan secara tersirat untuk dihayati. Nak taw apa yang tersirat jom perhalusi post comment dari fesbuk comey ku.


Ya..... memang aku tengah saket. Saket yang bagaimana eikk?? Bukan saket untuk 'menggatal', untuk 'berhepi go lucky' atau 'berjiwang karat' tak semena-mena tapi aku sakit 'dalam' yang tak tersentuh dek tangan dan tak terlihat dek mata.

.........Rasa saket ini di lubuk hati yang paling dalam......

Aku saket mahu merasa hidup berkeluarga.... rasa damai dalam Baitul Muslim yang diredhai ibu ayah dan diberkati ALLAH s.w.t
Aku saket untuk bekerja keras dalam dakwah bersama pasangan, ZAUJ dan ZAUJAH yang terus bergerak aktif dalam jemaah tanpa kenal rasa lelah.
Aku saket ingin melengkapi diri sebagai isteri yang solehah pada ZAUJ ku dan juga ibu mithali pada penyambung zuriat, MUJAHID dan MUJAHID kecil yang akan membesar dan bakal mempertinggikan ISLAM kelak.
Aku saket mahu berkongsi segala rasa...... bersama susah dan senang mengharungi bahtera rumahtangga. Melengkapi antara satu dengan yang lain.
Aku saket ingin menyatuni ZAUJ ku, taat padanya meniti titian ke JANNAH.

Rasa saket ini buat aku resah lagi gelisah...



Post comment untuk baris ke 6,8 dan 10 itu luhur dari sanubariku...

Jelasnya sakitku bukan saket yang biasa-biasa...
Saket yang mahukan ubot yang paling mojarab
Aku mahu ubot ber'dos' tinggi
Juga rawatan yang pakar dari DR CINTA
Yang dapat menyembuhkan sepenuhnya rasa saket ini..


DR CINTA KU bukan dr. biasa-biasa
Aku mahu DR CINTA yang dapat memberikan ku suntikan IMAN
DR CINTA yang dapat memberikan ku obat penenang andai aku gusar
DR CINTA yang bisa membuatkan ku menelan segala rasa pahit ranjau hidup
DR CINTA yang dapat menstabilkan segala kekurangan yang wujud dalam diriku ini
DR CINTA yang dapat merawat ku untuk sepanjang hayat ku tanpa ada rasa keluh kesah.

Andai ketemukan DR CINTA ku itu
Aku sedia untuk setia menjadi JURURAWAT TERBAEK buat DR CINTA ku....
Aku sedia berbakti hingga hujung usia... ini janjiku!!

Namun untuk kutemukan DR CINTA ... amat payah.
ALLAH bantui aku.... tolongi aku..
Anugerahkan kekuatan untuk aku terus bertahan menanti DR CINTA sebenar.
Aku tidak mahu tersilap langkah dalam mendapatkan 'rawatan' kerana risikonya padah.



31 January 2010

MAHU CERMIN DIRI

Sila bantu aku....
Bantu aku menjadi cermin..
Tapi bukan cermin kaku yang lesu
Aku mahukan cermin special yang ada 'magic'

Aku sudah letih berdiri di hadapan cermin kaku
Cermin yang polos lagi naif sekadar membisu
Buat aku haru terus keliru dalam 'melihat'
Akhirnya termangu sendiri


Aku tidak bisa 'melihat' rupa sendiri
Cermin yang retak hanya buat aku gelisah
Aku perlukan cermin baru untuk aku lebih 'cantik'
Untuk aku berdandan rapi dan kelihatan lebih kemas

Mana cermin ku yang baik hati dan budi
Aku tidak boleh kehilangan cermin
Aku perlu cermin diri!!


*dalam sedalam-dalamnya dari lubuk hati yang sedang kering.......




KERJAYA BARU

Alhamdulillah… syukur pada SANG PENCIPTA atas rezeki yang dilimpahkan ke atas diriku. Setelah hampIr putus asa mencari keja yang bersesuaian dengan komitmen UTAMA aku sebagai pelajar sarjana maka SANG PENCIPTA telah hantarkan rezeki dari langit buat aku. Tak lupa gak kredit untuk INTAN SURIA coz maklumkan aku berkenaan pekerjaan ini.



Dalam temujanji dengan Madya Dr Norhimah,UKM-KL pada Jumaat baru-baru ini maka termeterai ikatan kontrak bahawa aku akan bekerja dengannya selama 3 bulan untuk kajian berkenaan penambahbaikan soalan SPPK di kalangan pelajar gugusan kesihatan. Gaji yang ditawarkan very the lumayan-RM1600 sebulan dan waku kerja yang sangat fleksible-9.00 pagi hingga 4.30 petang. Then sempat laa aku ‘merempit’ untuk ke kuliah pula pada lewat petangnya. Akan memegang tittle R.A untuk tempoh 3 bulan akan datng-Februari hingga April 2010.


Aku bukan insan yang tamak… oleh itu aku telah mengajak teman cosmate A.K.A roommate ku-Anna untuk bersama-sama dalam menjalankan kajian ini. Maka harusnya RM1600 itu dikongsi bersama. Not bad RM800 sowunk dengan masa kerja yang agak santai dan cuti yang banyak mengikut jadual UKM. Aku sangat rela berkongsi dengan Anna walaupun mungkin ada yang melabel ku sebagai ‘bodo’ tapi sangat gembira dapat membantu Ana kerana sebelum ini Anna sangat kesian. Masakan tidak simpati bilamana Anna penat berkerja namun gaji yang diterima tidak setimpal dengan penat lelahnya, bangun seawal 5.00 pagi untuk ke tempat kerja then balik umah pukul 3.30 petang, bersiap-siap untuk terus bergerak ke kuliah, sementara gaji sangat laa ciput-RM600 lebih untuk 20 hari sebulan. Tapi sangat respect ngan kesungguhannya...

Ada rasa gembira, ada rasa teruja… juga ada rasa gentar dan bimbang. Bukan susah tapi tak juga mudah….. banyak yang perlu ku pelajari dengan bebanan menggalas pelajaran sarjana lagi. Aku bakal memulakan karier aku sebagai RA pada 2 Februari 2010, Selasa dengan melaporkan diri di Pej Dekan UKM-KL. Semoga aku dipermudahkan dalam pekerjaan ini. Wisau gak memikirkan bekerja dengan individu yang tidak dikenali….


p/s: Sapa-sapa yang taw details berkenaa kaedah penyelidikan focus group discussions sila kongsi ilmu anda dengan saya yea. Saya kurang biasa so ingin belajar-belajar dengan kamo-kamo yang lebih arif.


26 January 2010

it's GIVEAWAY time

Sememangnya lumrah insan bernama WANITA yang mudah tertarik pada item-item yang chantek dan menawan.
Apatah lagi if item tersebut dapat menyerlahkan lagi keanggunan keWANITAannya.
WAJIB amat untuk mata WANITA terpesona ngan kilauan mutiara yang suci lagi murni.

Maka dengan itu sebagai WANITA yang tulen pastinya tak terlepas pandang untuk joint contest ni yang menjanjikan hadiah yang very the lumayan.

NOW .....
Now.....
now....

it's GIVEAWAY time!!!




Meh ramai-ramai joint Giveaway Noir Jewelry

Untuk taw lebih lanjut berkenaan contest ni sila terjah Giveaway Noir Jewelry

Bagi kaum wanita jom laa masuk blog Noir Jewelry
Anda pastinya terpikat dengan aksesori yang dipamerkan
NOIR JEWELRY adalah pembekal aksesori KRISTAL dan MUTIARA dengan harga yang sangat berpatutan terutama untuk para pemborong.

Apa yang ada kat blog NOIR JEWELRY???

1) Rantai
2) Rantai tangan
3) Cincin
4) Keronsang
5) Butang Baju Melayu
6) Set Kristal
7) Set Mutiara
8) Gelang

Dan yang lebih best ada jugak diajar cara-cara nak buat keronsang... best sangat bagi SI KREATIF.


Ok...sapa-sapa nak joint jangan terlebih atau terlepas 26 Februari 2010.
Selamat berjaya buat semua.


Pssstttt................. nak MELARAM DengaN SET RANTAI MUTIARA yang chantek.




25 January 2010

My Laptop Contest


MY LAPTOP CONTEST


Create your own banner at mybannermaker.com!


Macamna nak joint n apa syarat-syarat contest ni?? Mudah jaaa...
Syaratnya mudah saja semudah A, B dan C
Klik MY LAPTOP CONTEST




Kenapa saya suka laptop saya?? ~dengan nada kenapa saya suka rumah saya??~
Lappie saya tak laa secanggih mana..... biasa dan murah jaa..
Harga bajet dan ekonomi untuk student macam saya
Lappie saya ACER, INTEL Celeron M prosesor
Tapi saya sangat hepi ngan lappie saya.

Saya suka laptop saya kerana.....

Lappie ini saya beli dengan DUIT SAYA SENDIRI walaupun belum keja lagi
Lappie ini telah banyak BERJASA sepanjang 3 tahun saya di perbukitan ilmu UKM
Lappie ni juga bantu saya untuk ORGANIZE & ARRANGE bisnis online
Lappie nie telah saya chantekkan ngan aksesori comey
Lappie nie jadi tempah LUAHAN rasa suka dan duka hidup saya
Lappie nie dah bertahan 3 TAHUN dan skrang masuk tahun ke 4
Lappie ni terus bersama saya hingga sekarang.

==========================================================

TARIKH TUTUP: 12 FEBRUARI 2010


Pemenang akan dipilih berdasarkan random pick@lucky draw yang akan diumumkan selepas tarikh tutup..



21 January 2010

MOOD GUMBIRA

Gumbira tak terkata....
Tanpa tersangka rasa macam dapat sejongkong emas jaaa
Sepertinya dapat rezeki dari langit... hehehe

Gumbira....
gumbira.......
gumbiraa bbrrrrrrr....

Mood sangat baek kerana kebaikan hati pemilik TERATAK COMEL LOTTE
Terima kasih yeaa buat pemilik blog..



Kerana....
Kerana........... bukan kerana mata yea tapi kerana...

Untuk pertama kalinya setelah joint banyak contest..
Akhirnya usaha NKS telah menampakkan hasil
Dan kali ini hasilnya sangat lumayan

Kerana tanpa di sangka-sangka
Telah mendapat tempat pertama dalam Contest Saat Percutian Terindah


Saat ini sedang menanti hadiah sampai di depan pintu rumah.
Sangat tidak sabar..... sangat teruja. (^_^)



adiella collection giveaway

Hadiah kat bawah nie cumil sangat so nak joint giveaway nie...
Nama dia ++ adiella collection 1st giveaway ++

Cabutan Pertama
Lace Jewelery Box Heart Shape

Cabutan Kedua
Fleece Blanket(Jean Perry)
Size: 120cm *170cm


Suka suki jugak nak joint giveaway ni walaupun pemenangnya bakal ditentukan melalui RANDOM.ORG.. Sememangnya tak pernah good luck pun tapi still nak cuba gak mana taw rezeki berpihak kali ni.... Doakan saya lucky... saya perlukan luck!!


****************************

Syarat2 penyertaan yang simple sahaja:

Step 1: Jadi follower adiellacollection.

Step 2: Buat satu entry ttg giveaway ini b'serta gambar hadiah giveaway diatas b'tajuk "adiella collection giveaway".

Step 3: Sila link kan blog ini di blog list anda.

Step 4: Sila tinggalkan comment b'serta link anda atau email.


Tarikh tutup "giveaway" ini adalah pada 20 February 2010 (11.59 pm).
Pemenang b'tuah akan diumumkan pada 21 February 2010.



17 January 2010

"cOntesT sErLaHkAn DiRiMu"


Beshhh jaa bunyik contest kali nie..... terjah jangan tak terjah...
Terjah masuk blog CIK PINKY PWINCESS


Nak taw SYARAT-SYARATnya sila rujuk di bawah ini:

1. terbuka sesiapa sahaja yang ade blog sendiri. [4 SURE]

2.Letakkan contest banner berikut di sidebar blog anda dan banner tersebut tersebut mestilah link ke kepada blog cik pinky pwincess ini (klu xde link, penyertaan anda dianggap tidak lengkap syarat ye) [SETTLE]


3. sila letakkan blog cik pinkypwincess di bloglist anda [SETTLE]


4. WAJIB jadi follower sy agar anda tidak terlepas daripada mengetahui siapa pemenang contest ini kelak.. ;) [SETTLE]


5. Buat entri mengenai contest ini dgn tajuk "cOntesT sErLaHkAn DiRiMu" ....Di dalam entri anda juga perlu ada backlink ke blog saye ini [SETTLE]

6. Letakkan gambar individu anda yg mane anda rase anda kelihatan menyerlah didalam gambar itu..xkisahlah gmbr close up muke je ke, half body ke, full body ke..yg penting pic itu adalah diri anda sendiri.


7. Nyatakan ape masalah kulit anda atau pun ape yg anda inginkan untuk kulit wajah anda..contoh nye masalah jerawat, masalah kulit berminyak, masalah kulit kering ..pigmentation,nk mencerahkan kulit, nk kecikkan liang pori2, nk menegangkan kulit muke dan ape2 sajelah. ini penting supaya sy tahu ape yg sesuai untuk kulit anda apabila pemberian hadiah kelak sekiranya anda berjaya.

[ Cik blog teringin sangat untuk menghilangkan bekas-bekas parut demam campak yang berzaman dok melekat tang muka nie, dah tu nak juga atasi masalah kulit agak kering dan kekadang tu slalu gak kulit muka mengelupas so pakai bedak pun tak best coz nampak bertampuk dan nak jugak hilangkan eyebag bawah mata ni dengan lingkaran hitam yang agak ketara..... Wahhh banyak jaa masalah kulit wajah CIK BLOG. Pssstttt... CIK BLOG first tyme pakai pencuci muka tyme form 6 and sebelum tu just tonyoh ngan sabun badan jaa. hehehehe. ]

8. Di dlm entri anda sila nyatakan anda mengetahui contest ini dari blog siapa.
[ Contest i CIK BLOG taw dari blog CIK PINKY PWINCESS sendiri tyme blogwalking. ]

9.Sila tinggalkan URL contest anda di ruangan komen pada entri ini.(sekiranya letak url di komen pada ruangan entri yg laen, penyertaan anda tidak akn diterima.) dats it! [ CHECK YAA ]

Hadiah sangat-sangat best........... nak.. nak... nak... nak sangat menang itu hadiah.
Nak try pakai n kalu best dah berkesan kat kulit wajahku mahu sahaja langgan ngan CIK PINKY PWINCESS.



S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@