Saat kita kembali menadah tangan padaNYA
Saat kita kembali mendongak memohon padaNYA
Saat bila ia datang........
Secoret cerita yang mungkin mampu buat kita sedar
Buat kita tersentak dan berfikir
Merenung hari-hari kita....

"Pada suatu hari, seorang pekerja sedang bekerja di tapak projek pembangunan dan beliau pekerja di bahagian tembok yang agak tinggi. Pada satu saat, dia perlu menyampaikan sesuatu perkara pada temannya yang berada di bawah. Untuk dia turun ke bawah adalah sesuatu yang agak sukat kerana dia perlu menghabiskan kerjanya. Maka dia menjerit memanggil temannya itu namun jeritan panggilannya tidak didengar oleh kawannya dibawah kerana jeritan suaranya bertembung dengan bunyi bising dari mesin dan orang bekerja.
Kemudiannya dia mencuba lagi untuk memanggilkan temannya itu dengan menjatuhkan wang syiling. Ketika bunyi bising dari mesin reda dan kurang kedengaran, dia menjatuhkan wang syiling namun temannya masih tidak perasaan mesej darinya dan sekadar mengutip, menyimpan wang syiling tersebut dan meneruskan kerja seperti biasa. Dan kemudiannya dia mencuba kali kedua menjatuhkan wang syiling namun hasilnya masih seperti pertama.
Dan akhirnya, setelah berfikir beberapa kali lalu dia mencapai batu kecil dan dilemparkannya ke arah temannya itu. Dan nasibnya amat baik pada kali ini kerana batu kecil itu tepat mengenai kepala temannya itu.
Oleh kerana rasa sakit akibat lemparan batu kecil tersebut, temannya itu mendongak ke atas dan memandang tepat padanya. Maka, barulah dia dapat menyampaikan perkara yang ingin disampaikannya..."

Sahabatku sayang....
Terkadang Allah memberikan kita dugaan-dugaan kecil untuk membuatkan kita menadah kepadaNYA,
DIA sentiada mencurahkan rahmatNYA kepada kita,
Namun terkadang kita tidak cukup syukur padaNYA
Bilamana kita leka untuk memohon padaNYA...

Menadah dan mendongak ke atas....
Bahkan apabila saat seruan untuk mengadapNYA menjengah,
Kita masih leka dengan kesibukan dunia yang menutupi kita dari seruanNYA..
.....na'udzubillahi min dzalik...
Semoga kita terhindar dari yang demikian itu..

No comments:
Post a Comment