CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

27 September 2010

CINTA & CITA-CITA

BAHAGIA itu ada dalam diri.

Carilah ia, pasti kau temui.

BAHAGIA itu limpahan kasih sayang dan cinta dariNYA.

Buat semua hamba-hambaNYA yang tahu erti SYUKUR.



Sekejap sahaja masa berlalu..... meninggalkan kita semua yang masih termanggu antara percaya dan tidak. Bagi yang sedar akan putaran waktu yang semakin pantas, itu satu nikmat dan rahmat kerana hari ini ramai terlalu alpa dan leka dengan mainan duniawi yang bisa membinasakan. Lantaran itu, ku panjatkan rasa syukur pada yang HAQ kerana aku merasai dan sedar bahawa perjalanan waktu begitu kalut. Aku perlu mengejar kerana jika tidak, aku akan terlepas dan dilepaskan dari menikmati waktu-waktu itu.

Atas rasa sedar aku kembali bangun.... bangun untuk mencapai CINTA dan CITA-CITA. Bangkit untuk mendakap erat KASIH-SAYANG dan PENGETAHUAN. Kedua-duanya adalah MASA DEPANKU. YA RABB YA ILAHI..... tiada yang lain melainkan ENGKAU, hanya padaMU tempat ku memohon dan meminta.. Aku merayu padaMU dengan penuh rasa rendah diri...ENGKAU permudahkanlah segala urusan CINTA dan CITA-CITAku, ENGKAU bantulah aku dalam mencapai CINTA dan CITA-CITAku. Aku merayu padaMU..... Moga ENGKAU perkenankan doa dan permintaanku. Ameen Ya Rabb al-ameen.


"Jangan menangis,

jangan bersedih,

hapus keraguan di dalam hatimu.

Percayalah padaNYA,

YANG MAHA PEMBERI CINTA,

bahawa ini hanya liku-liku hidup yang pasti berakhir.

Yakinlah...saat itu pastikan tiba".



4 comments:

Cik Fia said...

moga dpt capai cita-cita dan jugak cinta

.::AdNiSya3108::. said...

Terima kasih..
Hope sangat..

tQah_iBtSm said...

insya ALLAH..nisa' yg penting pe2 pun gtau ku..antara kita tiada rahsia..haha

.::AdNiSya3108::. said...

Yea...tiada rahsia. Don't worry.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@