CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

17 April 2009

TES!S + EXaM = ALLah berikan ku kekuatan

Buat semua kenalan, kawan, rakan, teman dan sahabat
Yang pernah hadir dan mewarnai hidupku
Samada dengan warna pelangi indah mahupun warna gelap suram
Untuk seketika cuma ataupun kekal hingga kini
Kalian tetap dihargai dan diingati
Warna itu turut kekal menjadi milikku......warna-warni kehidupan
Lakaran kanvas kehidupan ABADI.
Buat semua yang ku kasihi sepenuh hatiku
Segenap ruang jiwaku
Kasih dan sayangku hanya kerana Allah
Ku ingin titipkan kata-kata semangat
Untuk kalian dan juga ingatan buat diriku
Khusus buat coursemate......semoga kita TABAH dan CEKAL dalam menyiapkan TESIS yang menghantui kita setiap hari selagi ianya belum dijilid. ~hehehehee~
Ayuh kita berkerja keras bagi menyudahkan kerja-kerja berwajib bagi memastikan kita bergelar GRADUAN SAINS POLITIK.
Insyaallah, usaha kita bakal membuahkan hasil yang cukup lazat.
Menikmati keenakkan berKONVO dengan JAYA dan berGAYAnya.
Ucapan Selamat Mengulangkaji Peperiksaan ~mood study week~
dan
Selamat Maju Jaya di dalam Peperiksaan
Semoga setiap dari kita pass the result with flying colours ~b.i yang sampah~


Berikut adalah jadual my FINAL EXAM:
20 April 2009 - Politik Asia Tenggara (8.30 pagi)
22 April 2009 - Politik Eropah (12.00 tengahari)
23 dan 25 April 2009 - Kelas Memandu Kereta (nak habiskan lesen)
27 April 2009 - Teori Politik Malaysia (12.00 tengahari)
29 April 2009 - Geopolitik (8.30 pagi)
30 April 2009 - Jamuan BBQ batch
1 hingga 15 Mei 2009 - Settlekan penulisan TESIS yang terbengkai sementara waktu akibat memfokus pada exam ~hehehe, tumpu la sangat exam tu~

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@