
kes salah guna kuasa, kejap muncul kes rasuah berprofail tinggi, tambah ngan hal penyelewengan then krisis kehakiman lagi. Aduh...gawat neh. Macam tak dak kesan la pulak perlaksanaan PIN walaupun dibantu dengan TEKAD 2004-2008 iaitu sasaran dalam tempoh lima tahun pertama. Perlaksanaan PIN + TEKAD 2008 yang menjangkau tempoh 5 tahun sepertinya tidak berjaya dalam meningkatkan integriti dalam sektor politik. Target untuk menghapuskan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sepertinya tidak dapat diatasi malah kelihatan semakin bercambah "bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan". Namun dalam pada itu aku juga terfikir apakah pendedahan demi pendedahan ini sebenarnya memperlihatkan keberkesanan PIN + TEKAD 2008 itu sendiri??Hasilnya timbul dua reaksi dalam diriku yang saling bertingkah. Buat aku bingung segala. Pertama pastinya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di sana sini secara tidak langsung memperlihatkan rendahnya tahap integriti di kalangan rakyat khususnya pengamal dan ahli politik. Ini juga menyebabkan rakyat seringkali meletakkan ahli dan pengamal politik dikedudukan yang terbawah bagi individu yang boleh dipercayai dan sememangnya sangat tidak dipercayai oleh rakyat. Keduanya, pembongkaran pelbagai kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan memperlihatkan wujudnya usaha yang gigih daripada pihak kerajaan untuk membanteras gejala ini dari terus meruncing. Ia didasari dengan keinginan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti politik negara. Wahh....bercambah la plak minda saat ni tapi bila nk tulih tesis tak taw la plak nak mengarang apa.

1 comment:
huh..
no komen.. dealing with human, sgt susah.. pasal manusia tu semua pon berbeza, nak cari satu kunci utk memerihalkn manusia mmg susah..sbb manusia mmg berbeza.. hehehe...
selamat menjalankan tugas anda..!! aku pon nak kena wat bab4 dah ni.. waduh waduuuhh.....
Post a Comment