CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

10 June 2008

..::KerAnAmU mINyaK::..

Setelah berlalunya waktu selama 5 ari.... kini aku baru berkesempatan berkongsi sedikit pandangan berkenaan isu kenaikan harga minyak. Suasana kecoh dah hingar-bingar di sana sini sama ada di desa mahupun di bandaraya berikutan isu ini.....Para petani, para guru, pemandu bas, pembawa teksi, pekerja kilang...semuanya berbicara, masing-masing mengeluh, memberi komen dan tak kurang juga yang berdebat. Tidak ada tidak individu yang tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak pada 5 Jun 2008. Kenderaan yang bersimpang siur sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di stesen minyak berdekatan Masjid Muaz bin Jabal yang ditonton sendiri oleh penglihatan (dibantu oleh spek) pada malam 4 Jun 2008 membawa aku untuk merenung jauh berkenaan nasib rakyat seterusnya. Kesesakan ini berikutan masing-masing terdesak mengisi minyak sebelum harga minyak melonjak naik pada keesokkan harinya.



Petrol dan Diesel naik harga lagi berkuatkuasa pada 5 Jun 2008 pada kadar RM0.78 (Petrol) dan RM1.00(diesel). Kenaikan mendadak harga petrol 78 sen kepada RM2.70 seliter dan RM1 kepada RM2.50 bagi diesel ini sememangnya merunsingkan. Tidak cukup dengan kenaikkan tol sebelum ini, seterusnya rakyat terbeban pula dengan kenaikkan harga beras dan bila mana ia masih belum reda, kesengsaraan rakyat semakin memuncak yang kemudiannya ditambah dengan kenaikkan harga minyak... (x pasti la pula lepas nie kenaikkan apa) Terima kasih untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) di atas rekod paling berani ini dan teristimewa buat Pak Lah yang juga memegang award mega ketidakbolehpercayaan yang terbaik abad ini. (islam hadhari Pak Lah makin kucar kacir)

Mustahil dan amat mustahil......pernyataan kerajaan tentang "tidak akan ada kenaikan harga barangan." Kenaikan harga minyak pasti saja akan menaikkan harga lain-lain barang. Tidak adil malah tidak logik untuk para pemandu bas dan teksi untuk mengekalkan harga tambang pada kadar yang sama. (jenuh la macam 2, mana nak untungnya) Waduh..waduh.....tiket bas balik UKM tak beli lagi. Wisau la plak harga yang bakal dibayar bagi sekeping tiket perjalanan dari Penang-KL yang sebelum ini biasa dibeli pada harga RM28-RM30 (wuaaa.....wuaaa......wuaa..) Dalam pada itu, jangan kita terlupa bahawa kenaikan harga minyak juga pasti akan mendatangkan kesan yang buruk dalam sosialisasi masyarakat seperti peningkatan statistik jenayah, kemiskinan, dan peningkatan inflasi yang berlaku mendadak. Keseksaan ini dialami rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana pasti lebih berat. Selain itu gaji di sektor swasta tidak meningkat naik, tapi kenaikkan minyak dan barang sudah pasti menjadikan pekerjaan kini tidak berbaloi.

Sempat juga aku mendengar keluhan daripada beberapa induvidu. Antara keluhan rakyat berbunyi demikian :

1)"menteri-menteri tak kisah la pasal harga minyak naik, depa minyak free." ~memang btui pun~
2)"jenuh la sapa yang memang dok p keja dengan moto n keta." ~taw x pa...len la naik basikal atau beca~
3)"pelik bin ajaib....kita negara da minyak, malah dok import minyak p luar negara tapi harga minyak kita sama dengan negara yang tak dak minyak." ~pa cite lagu nehhh~
4)"awat la minyak naik harga banyak sangat, dah la mendadak...kalu skit-skit tak pa gak." ~sikit ka banyak still tak patut~
5)"Apa kata kalu para menteri semua kena gak bayar duit minyak dll." ~sangat setuju..baru la adil~
6) Banyak lagi............................


Sepatutnya.....pada pandangan aku setelah jadi hal yang macam ni pihak kerajaan kena la bertindak pantas + segera. Bukan duduk saja depan press, sekadar bagi komen, lahirkan simpati kat rakyat tanpa buat apa-apa. Pihak kerajaan sewajarnya sama-sama merasai apa yang rakyat rasai saat ini. Di manakah peranan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat??? Rakyat disuruh jimat dan makan ubi kayu time harga beras naik sedangkan para menteri sedap ja makan beras mahal dan menjamu selera kat hotel terkemuka, makan yang sedap-sedap dan lazat-lazat. Pastu time ni, bila minyak naik....kerajaan bagi macam-macam alasan, sedapkan hati rakyat dengan pemberian subsidi sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan sendiri (lawak bangat coz ibarat RM1.71 sehari) dan suh rakyat berjimat sedangkan para menteri dan seangkatannya dapat minyak free and boleh plak naik flight p bercuti sana-sini.

Keadaan ini membangkitkan + menerbitkan rasa rindu aku kepada kepimpinan unggul sahabat nabi menyelusuri jerih perit kehidupan rakyatnya. Pastinya individu tidak asing itu lagi ialah khalifah Umar Al-Khattab r.a. Khalifah Umar r.a pernah berkata:

”Aku tidak dapat tidur di malam hari kerana takut urusanku dengan Allah tidak selesai. Dan aku tidak dapat tidur di siang hari kerana takut urusanku dengan rakyat tidak selesai”

Malahan pernah juga suatu hari beliau menangis tersesak-esak. Apabila ditanya mengapa, beliau menjawab bahawa terdapat seekor kambing milik rakyatnya telah mati. Beliau takut dan bimbang kalau-kalau Allah s.w.t menghukumnya kerana kecuaian pemerintahannya.Inilah sifat pemimpin sejati. Pemimpin sesekali tidak mahu melihat rakyat di bawah jagaannya susah sedikit pun. Kalaupun susah, biarlah pemimpin itu menanggungnya. Dan ia akan berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyatnya, bukan menambahkan lagi beban rakyatnya. Itu baharu pemimpin sejati yang bakal mendapat naungan Allah s.w.t kelak. Sejarah telah membuktikan malahan pelbagai contoh tersedia. Berapa banyak pemimpin yang boleh tidur di kaki lima masjid tanpa pengawal sebagaimana zuhudnya Saidina Umar. Betapa mana pemimpin yang begitu sanggup memadamkan lilin hanya kerana membincangkan urusan keluarga, jika tidak imannya sehebat Saidina Uthman. Wujudkah pemimpin sedemikian dalam dunia kini???? Rakyat dibelenggu kemiskinan, dihambat oleh kesempitan hidup, dicengkam kesengsaraan tapi para pemimpin kini masih enak dibuai mimpi kerana tidur yang lena. ~jangan tido panjang dan bangun-bangun sudah arrr~

Kenaikkan harga minyak......nikmat atau petaka, rahmat atau dugaan. Mari kita sama-sama merenung sejenak, berfikir dengan mendalam dan kunci sebentar pemikiran berteraskan politik. Jangan terus mengkritik, cuba bermuhasabah dan menilai apa sebenarnya iktibar yang Allah sembunyikan. Pasti ada yang tersembunyi!!!! Yang menggali akan mendapat, yang mencari pasti terjumpa dan yang merenung jelas terlihat. Semua berbalik pada 'dari kacamata yang berbeza'.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@