CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

24 November 2010

WAJIB BACA!!!!!!!!


Salam alaik...

Ku hela nafas berlahan, kemudian ku tarik dalam-dalam dan ku lepaskan semula tanpa bunyi mendesah… serasa mahu membuang segala yang terbeban di pundak. Moga, catatan ini tenang tanpa pengaruh emosi kacau bilau..


Rasa muak dengan soklan cepu ‘intan berlian’ dari sms, call, chat, fb dll yang bertanyakan soalan yang sama isinya. Sangat penat untuk menjawab…


Fine,

Untuk kamu semua, saya ok.

Kenapa perlu saya tak ok?? <-- kamu-kamu dulu jawab menda ni

Thanks semua yang care bout me.



Kurang pasti sendiri

Kenapa semua berfikir begitu itu

Fening masih bersarang dalam minda

Akukah yang berSALAH??


*
*
*
*
*

***Ello… pape Tanya direct terus pada saya k, tak perlu laa cakap-cakap blakang saya then buat andai-andai sendiri. If andaian kamu semua itu benar tak ada salahnya but if langsung tidak benar, saya terkesan ok. Sebab yang kamu-kamu berkatakan itu adalah saya. Maka sila direct to the point to me… saya akan bagi jawapan benar plus ikhlas buat kamu semua. (^___^)


23 November 2010

♥♥♥ aduhhhhh ....


Bukan mohon perhatian
Tidak juga raih simpati




Cuma catatan hari ini!!





S.A.K.I.T lagi (semalam dan hari ini)
Tetap ke office atas tanggungjawab kerja
Bakal berperang ilmu (final exam) 3.00 p.m



Egois masih
Tersenyum tabah
Sedang digigit resah




*** Alllah ampuni aku....... aku terus berwayang pura-pura.

22 November 2010

B!b!r (^_^) sedang hat! menang!s



"kita sering tersenyum bahagia namun hati kita bukan gambarannya.Terlalu mudah bagi kita untuk mengorbankan harga diri pada seseuatu yang kita inginkan hingga kita lupa soal hati yang menjerit meminta pertimbangan. kita terlalu suka mengenakan topeng di wajah sendiri"



….. kenapa berterusan engkau menahan esak tangis itu? Mengapa engkau rela melalui derita sendiri dan berlindung di sebalik ‘ketabahan’. Sedangkan ku tahu bahawa di sebalik senyuman yang engkau pamerkan, engkau menangis….. Berhentilah berbuat demikian, kerna engkau mungkin mampu membohongi orang lain tapi tidak mata apatah hatimu….


21 November 2010

Let’s put our hands together


"Sincerity can't be measured, but it can be tested"


Selagi nyawa dikandung badan, ujian Tuhan takkan pernah usai sirna. Bersama, kita berganding bahu dalam usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada. Hanya dengan ujian yang kecil atau yang hebat, kita dapat mengenali erti kehambaan, menghalusi keikhlasan hati dan kebenaran iman kepada Allah. Hanya dengan ujian juga kita dapat membezakan siapakah teman yang jujur, ikhlas dan benar.





Let’s put our hands together, and pray.



“Ya Allah... Segala puji bagi-Mu Tuhan Sekalian Alam. Perbaikilah segala urusan dan keadaan kami. Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.


Ya Allah... Kurniakan kami taufik dan hidayah, keampunan, cinta dan keredhaan-Mu, keimanan dan ketakwaan yang tulus, ilmu yang bermanfaat, faedah dari umur, kesihatan tubuh dan keteguhan jiwa, kekuatan jasad dan akal fikiran, akhlak yang mulia, barakah dalam semua usaha dan ibadah, kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki.


Ya Allah... Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang sempurna dari segala fitnah dan kejahatan hawa nafsu, godaan syaitan yang direjam, musibah dan bala bencana.


Ya Allah... Berkati dan hiasi hidup kami dengan teman-teman yang jujur membimbing ke jalan yang lurus dan ikhlas memelihara iman kami, bukan sebaliknya. Anugerahkanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan kami yang menyejukkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa.


Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khatimah (pengakhiran yang terbaik). Selamatkanlah kami dari azab kubur dan seksa neraka-Mu. Izinkan kami bersama-sama penghulu kami Muhammad (saw) serta masukkan kami ke dalam golongan hamba-Mu yang Engkau rahmati. Tautkan hati-hati kami dalam kasih sayang yang sejati.


Ya Allah, hanya kepada-Mu kami bertawakkal, hanya kepada-Mu kami menggantungkan segala harapan. Perkenankan doa kami ini wahai Yang Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada junjungan Rasulullah (saw), keluarga dan para sahabat baginda. Amin Ya Rabbal A'lamin”~



14 November 2010

HATIku bukan batu, tapi tatkala ini ia sedang dingin dan membeku.



Bersantai sendiri

Berlindung di bawah redup pohon

Terik mentari tetap terasa

Dunia sedang membahang

Nyata begitu panas

Peluh berkumpul di dahi

Berkerut menahan hangatnya hari


Tatkala ini keliru bergumpal

Sepertinya sanubari bertingkah


Tangan bergerak mengesat lelehan peluh

Sambil ku alihkan tangan

Perlahan ku letak dekat di dada

Dan ku sentuh tempat letaknya hati

Kurasakan ia sedikit dingin

Dalam tempoh yang agak lama

Ia terlalu dingin

Hingga akhirnya membeku



Merenung dalam-dalam

Sesungguhnya….

hati ini telah beku

Beku bukan batu tapi ais

Khuatir dibiar tersentuh lagi

Kerna ia akan terus lebur

Mencair… dan hilang.



************************


Hati aku bukan batu, tapi saat ini ia sedang membeku dan dingin.


"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan." (al-Baqarah,2:74)


12 November 2010

catatan penghulu hari...


Jumaat yang basah.....

aku si polos yang cuba memboloskan diri

di tengah hiruk-pikuk kota,

antara deretan kenderaan yang bersesak.


Aku menyaksikan manusia yang emosi,

seperti pesta melagukan bunyi 'hon',

bersambungan dan bingit.


Lemas... dilemma ini tetap menjadi rutinku,

aku tak bisa mengalah

kerna aku harus ke destinasi.

Dan aku tetap di sini.



~tersenyumlah.....


11 November 2010

Dekat sekali...

Big thanks untuk teman baru saya iaitu Eppy Eoshi. Jujurnya suka sekali dengan bahasa dan ayat-ayat yang wujud di laman sesawangnya. Ada bait-bait kata yang buat diri tergoda kerana rasa begitu dekat dengan diri. Aku juga suka menulis dan berpuitis namun ku rasa bahasanya lebih indah dan penuh dengan misteri. Aku suka….. sehingga asyik menyelongkar makna di sebalik bait-bait itu.



Bagi yang tidak gemar bermain dengan kata-kata (lebih sering digelar berjiwang) mungkin melihat bait kata di atas seperti tiada ‘makna’ apatah bernilai. Hanya dipandang sebagai sebaris ayat. Ayat kosong tanpa makna. Namun aku melihat sebaliknya…

Aku suka…. Merasakan ayat itu adalah diriku. Mungkin tidak secara total tapi maksimumnya. Itulah gambaran HATI dan PERASAAN. Eppy, izinkan nisa simpan kata-kata ini untuk diri.. atau mudahnya, hadiahkan kata-kata ini untuk nisa sebagai tanda perkenalan. (^_^)

Seringkali mereka-mereka melihat aku kuat, teguh, tabah dan kental namun hakikatnya di lubuk paling dalam berkeladak rasa jerih tak tertanggung. HATI dan PERASAAN yang seringkali berperang dengan KEHENDAK dan KEPERLUAN. Dan seringkali aku tewas dengan diri sendiri. Mendahulukan insan lain sebelum diriku.


~tetap tabah dan tak berbelah bagi..... aku tetap diriku.


10 November 2010

Aku rela berkongsi...

Alhamdulillah….alhamdulillah…….alhamdulillah…….


Aku bukan di sini untuk menabik dada atau berbangga diri namun ingin ku nyatakan bahawa aku sedia berkongsi rasa kasih dan sayang yang aku miliki dengan sesiapa sahaja yang memerlukan, menginginkan juga mahukan. Aku tidak kedekut apatah bakhil untuk memberikan rasa ini kepada semua dengan sama rata dan adil. Realiti dunia mungkin menolak hakikat berlaku adil namun aku yakin dan percaya aku mampu. Bagi aku selagi aku meletakkan rasa kasih dan sayang ini pada neraca imbangan yang sebetulnya maka selagi itu aku telah berlaku adil.



“Rasa kasih dan sayang yang aku punyai ini hanyalah pinjaman dariNYA, jadi apa salah kiranya aku pinjamkannya untuk insan lain jika ia boleh menenangkannya, meringankan bebannya, membuatnya terasa bahagia dll. Sentiasa ada untuk kamu”.


Memberi kasih tanpa harap sangat mendidik hati dan jiwa…. Kerana fitrah manusia itu mahu timbal balas atas setiap sesuatu yang dilakukan. Maka bagaimana mahu memberi sesuatu yang paling berharga dalam diri tanpa mengharapkan balasan?? Pasti sukar bukan…. sangat sukar lantaran tu ianya mampu mendidik hati dan jiwa kita supaya bersabar dan bertabah.

~ku tinggalkan tanpa penamat……… coretan ini masih bersisa. Beri aku masa mencari kekuatan diri.



01 November 2010

PEMBENTANGAN PRK DUN GALAS & BATU SAPI


Tempat daku bekerja bakal mengadakan pembentangan berkenaan
PRK GALAS & BATU SAPI.
Maka berbesar hati untuk daku mengajak semua yang berminat untuk turut serta bagi mendapatkan info dan maklumat penting
Malah perbincangan ilmiah bakal menjana pandangan baru.

Tayang poster skit....




~ daku penat bersengkang mata carik bahan, update berkenaan PRK, info ceramah kempen, editing dll Gembira bekerja bersama si 'lelaki' kerana kurang kerenah.


27 October 2010

Berani kerana BENAR!!!!!!!!!!!!

Cik comey wanita berhati besi ka??? Nape yea orang slalu cakap Cik Comey cekal, tabah, kuat, kental....... sebab slalu gelak tawa riang ria, sering jaa kecoh tak hengat, terlalu aktif etc. Ntah laa… no komen sebab CC rasa diri besa-besa ja. (psssssstttttttttt… hati CC sebenarnya lembut taw, tak keras pun, chantek jaa… hihihhi).

Alkiasah nak jadi cerita… seorang pompuan berhati konkrit.

Menda ni berlaku sepantas rabbit comey…… ikikikikikiki. Sampai sekarang CC masih terfikir dan berfikir. Story nie panjang benor oleh demikian CC pendekkan citernya. Hari ni, ehhh semalam okie means 26/10/2010 CC da kelas dari kul 2.30-9.00 malam (hari ni 2 kelas ya kawan-kawan).

Dan hari ni jugak CC da presentation maka CC mem’present’kan apa yang sepatutnya. Hakikatnya, CC sangat-sangat tak sihat pada hari kejadian. Sangat-sangat sampai present pun dengan muka berkerut kedut + tersasul-sasul silap sebut jumlah dll (adoiiii sangat laaa huru-hara tapi still maintain comey). Pape pun present cool n very the smooth then pas present jaa CC minta laa izin ngan lecture untuk balik awal dan berehat sebaiknya di rumah walaupun tak habes kelas lag. Before tu CC bergegas hantar assignment dan maklumkan kat lecture kelas petang yang CC tak dapat hadir kelas coz saket teramat (harus laa baik-baik sebab lecture ni juga adalah merangkap my supervisor). Inikah kisahnya???? Bukan-bukan….. citernya bermula di persimpangan dilemma…. Hahahaahh.

Nak jadik citernya, CC pun balik laa ke umah sewa. Dengan membawa speda(motosikal) pada kelajuan maksimun coz nak cepat sampai coz saket tak tertanggung. Baru jaa agak-agak nak buat pecutan kat traffic light dekat ngan stesen LRT UM,tuptuptup tak terlepas laa coz lampu merah. Selamat laa CC sabar and pemandu berhemah so follow laa the rule. Ahakahakahakkk. Tak lama mana past kuar lampuu hijau untuk sapa yang nak pergi terus dan yang nak belok ke kanan still tak hijau lagi. Pastu CC pelik laa awatnya kenderaan lain tak bergerak-gerak lagi…. pastu CC piker depa-depa ni mesti nak belok tu yang tunggu lampu belok ke kanan meng’hijau’ lu. So CC nak jalan laa… dah jalan pun moto ……………………………………………………………… Maka terjadi laa cerita yang baru jaa CC jalan skit moto tuptuptuptup………. Pakcik polis muka bengis bersama moto besar dia menghadang perjalanan CC. Terkejuzzzz den dan pastinya menjadi tontonan semua di situ. Ohoohhohoho.




Sangat laa pelik bin ajaib lagik…. CC perasan laaa pakcik polis tu membebel yang sebenarnya marah tapi CC tak pasti paa dia cakap sebab kurang dengar dan CC juga jawab laa kat pak cik polis tu… “ni napa plak?? Lampu hijau laa……, saya jalan laa” siap CC tunjuk-tunjuk kat traffic light tu. Bahawasanya lampu untuk pergi terus adalah hijau okies. CC rabun bukan buta yea kawan-kawan. Malas nak cakap banyak-banyak… bila pakcik polis tu undur skit moto dia, CC belok skit dan belah macam gitu jaa, buat tak dak perasaan. Selamat laa pakcik polis tu tak kejar or minta lessen or road tax kalu tidak kompen kena saman (psstttt…….road tax CC dah due date pun dekat 6-7 bulan)


.


Tapi serius waktu kejadian tu CC memang tak rasa apa, takut pun tak panic lagik tak… Cuma terperanjat skit jaa sebab pelik pakcik polis tu hadang perjalanan CC. Mungkin dalam masa yang sama sebab CC saket kot tu yang tak terpikir sangat. Tapi memang CC pecut terus laa lepas tu, tak pandang kiri kanan dah malu kat orang kot nanti depa kata ishhhhh…ishhhhh..ishhhh, pompuan ni. Huhuhuhhhuhu. Tapi memang bukan salah CC k sebab lampu tu memang dah bertukar hijau. So, berani kerana benar. Ternyata CC tak salah maka CC tak takot… dan tak perlu takot. Jangan laa tuptuptupp…. sampai surat saman plak. Tak dak duwet mahu bayar. (^_^)

Balik tu story mory laa kat housemate……. Depa pakat dok kata, beraninya CC. Depa kata kalu depa dah kecut dah dan mungkin dan nanges sebab takot. Huhuhuhhu. Berani laa sangat….. Tapi memang laa kita kena berani, berani bertempat macam slalu ibu CC pesan. Pape pun sampai umah terus terbongkang di pembaringan menahan sakit. Hingga saat ini masih saket… hope esok saket hilang. Redha dengan rasa saket ni, kifarrah dosa-dosa lalu yang teramat banyak.

* CC berani kaa atau terlebih berani??? Ibu slalu jaa cakap ngan kat CC yang wisaukan 1 jaa kat CC iaitu terlebih berani. Huhhuhuhuhuuh.


S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@