CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

11 May 2009

IBU KU SAYANG HINGGA KE SYURGA

IBU,
YOU HAVE TAUGH ME EVERYTHING,
YOU HAVE GIVEN ME STRENGTH TO GO ON,
I ALWAYS KEEP IT INSIDE,
YOU ARE THE DRIVING FORCE OF MY LIFE,
THERE ARE ISNT ANYTHING AND ANYMORE THAT I CAN BE,
IF I DIDN’T HAVE YOU BY MY SIDE,
YOU WERE THERE FOR ME TO LOVE AND CARE FOR ME,
YOU ARE THE QUEEN OF MY HEART…..

IBU..........YOU LOVE IS LIKE TEARS FROM THE STARS,
I JUST WANT YOU TO KNOW,
LOVING YOU IS FOOD TO MY SOUL,
YOU ARE ALWAYS THERE FOR ME,
YOU HAVE ALWAYS BEEN AROUND FOR ME,
YOU SHOW ME RIGHT FROM WRONG,
AND BRING ME UP WHEN IM DOWN,
WHEN SKIES WERE GREY,
WHENEVER I WAS DOWN,
YOU WERE ALWAYS BE THERE,
TO COMFORT ME,
AND NO ONE ELSE COULD BE,
WHAT YOU HAVE BEEN TO ME,
YOU WILL ALWAYS BE THE ONE,
IN MY LIFE FOR ALL TIMES.

NEVER A DAY WILL GO WITHOUT YOU ….. IBU
FIILS ME UP AND JUST THINKING OF YOU …. IBU
I'II NEVER GO A DAY WITHOUT MY IBU,
THANKS IBU.

I LOVE U SO MUCH 4EVER N EVER.

07 May 2009

TEKANAN

Macam tension jek dengar tajuk entry kali nih. TEKANAN!!! Ada sapa-sapa tak yang suka ngan tekanan?? Orang g**a jek kot yang suka, tu pun sebab dia pun tak tahu apa tu TEKANAN. Seboleh-bolehnya kita semua akan cuba mengelak dan lari jauh dari TEKANAN. Tak kisah la tekanan jiwa ka, tekanan emosi ka, tekanan fizikal ka, tekanan belajar, tekanan kerja dan segala macam tekanan yang wujud di muka bumi ini. ~heheheehehe~

Bila dengar perkataan TEKANAN jea kita mestinya tergambar suatu keadaan yang sangat-sangat menakutkan, umpama perjalanan hidup yang dilalui penuh dengan batu-bata yang menghempap kepala. ~tidak sesedap makan ice cream~ Jelasnya TEKANAN sesuatu yang dipandang negatif, buruk, teruk tapi bukan beruk. ~da la gak macam muka dia~ Tapi normalnya dalam dimensi yang bernama kehidupan tak dak satu perkara pun yang tidak ada lawannya. Cantik vs hodoh, tinggi vs pendek, gemuk vs kurus, panjang vs pendek, hitam vs putih............... makanya negatif (-ve) mesti la ada lawannya iaitu positif (+ve). ~g**a* ko ape TEKANAN positif~

Ehh..ehhh....ku waras amat bila mengatakan TEKANAN ni bagos untuk kesihatan. ~amat la berlawanan dengan kajian sains dan perubatan~ Ok...ok....uols nak bukti kan?? Dah tahu dah tak leh cakap pakai air liuq ja kena gak da fakta. ~tapi skrng ni menulis la bukan bercakap~ Ceriteranya begini yea kawan-kawan. Pada suatu hari ................................. TEKANAN dan TESIS berkawan ~tipu jek la~ Jom dengar cite di sebalik entry kali ni. Ok dah tak mau main-main. ~dengan muka seriusnya~ Dalam exam week aku memang berada dalam keadaan yang sangat-sangat meNEKAN, terTEKAN dan memang TEKANAN laa maksud katanya. Ini gara-gara tesis yang perlu disubmit lengkap [bab 1-5] pada 7 Mei 2009 kepada Papa Rizal. Masalahnya dah keputusan ni dibuat n diputuskan lewat, tyme study week [13-19 April 2009] plak tu. Mana dengan nak exam aggg, nak godek tesis lagi. Aduhhhhh…….stress jadiknya sampai tak ketahuan, Tak taw mana satu nak diutamakan. Kejap tesis, kejap exam, kejap exam then tesis lak. ~ting..ting..berlaga-laga 2 benda ni dalam kotak pala aku~ Dah tu exam pun bermula la dari 20 hingga 29 Mei 2009 walaupun idak la pack jadualnya tapi dah jenis yang suka study last minute maka kena la peruntukan masa yang ada untuk study 4 subjek yang aku ambik semester ini ~uwaaa….uwaa….last sem kat UKM~

Kononnya nak selak tesis la tyme-tyme sengang tapi tak dak maknanya pun. Walaupun ada jarak 3-4 hari untuk exam yang mendatang tapi memang tak leh la nak jenguk apatah lagi selak tesis tu. Lagi laa terTEKAN. .......... memang TEKANAN sungguh la. ~dushh.... dush....kat pipi~ Sangat la idak sempat ngan aku bertanggungjawab mengendalikan Majlis Akhir Batch berkonsepkan BBQ SANTAI. Banyak la kejanya walaupun orang tengok macam tak dak pape ~yang tak buat keja memang la tak taw so tak yah ngomen yea~ Argghhhhhhhhhh.......TEKANAN amat. ~tolong..tolong ...lemas dalam sungai TEKANAN~ Banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat, study, exam, gerak kerja majlis BBQ, tesis dan lesen keta.

Akhirnya.......dengan keazaman menggunung tinggi untuk tidak dapatkan status TL bagi penulisan TESIS dan juga keinginan untuk segera pulang ke kampung halaman terchenta maka aku mula membuat perancangan dan menyusun jadual. ~Namun sedar perancanganNYA lebih tepat~ Look .... TEKANAN telah berjaya membuatkan aku menyusun jadual untuk penyerahan tesis. Target yang nak dicapai ialah siap full tesis pada 7 Mei 2009 sepertimana yang sepatutnya. Strategi pulak adalah pulun sesungguh hati buat penulisan dari 2-6 Mei 2009 sebab 1-2 Mei 2009 adalah hari huha-huha n joli katak. ~kesian katak yang tak bersalah~ Sangat la terTEKAN nak habiskan lebih kurang 2 bab setengah lagik.
~ada ke setengah-setengah tu??~

Guna TEKANAN yang melanda dengan tahap positif semaksimum mungkin. Maka bermula la perjuangan yang dahsyat lagik mengg**a. Seminggu yang ada tu sangat menghuru-harakan sampai tak termakan, tak tertido, tak tergerak ke mana-mana, tak berbual-bual tapi mandi tu wajib la. ~macam beshh lak coz badan pun susut~ Mata ni sampai lebam +kabur + bengkak aggg, pala pun sampai dah terawang-awang macam tak tui pun ada, satu badan letih n lenguh coz mengadap laptop sahaja siap krem tangan. Macam yakin tak yakin ja nak siapkan tesis ni dalam jangka waktu yang sangat singkat.
~DIA ja yang Maha Mengetahui dan mendengar rintihan hambaNYA ini~

TEKANAN yang melanda dihadapi dengan tenang ~agak-agak la tenang pun sampai leh tinggai kunci dlm blek~ Alhamdulillah, akhirnya usaha n kerja keras membuahkan hasil yang sangat lazat. Lazat sangat macam makan ice cream + coklat bila dah siap penulisan tesis. ~tetiba nak sangat makan ice ceram + coklat, tolong la blanja saya~ Syukur pada DIA yang Maha Esa kerana mungkin aku takkan berjaya siapkan penulisan tesis tanpa kasih sayangNYA walaupun dengan jenuh memerah keringat. Siapalah kita tanpa bersyukur pada DIA yang ESA?? Sebagaimana sepatutnya, 7 Mei 2009 aku bersama my adik-beradik setesis, Wina n Yap ~bahagia la coz Kang dah jilid pun tesis~ menyerahkan full penulisan ilmiah sekali ngan gaya UKM lengkap. Nak bagi my papa semak penuh then buat komen sekritikalnya untuk dibetulkan semula apa yang patut. Awainya dah macam tak jadi nak jumpa hingga buat we ouls gundah gulana tapi last tunda ja masa dari kui 100.00 pagi ke 2.00 petang. ~yang penting dapat jumpa n discuss~ So, tahniah untuk Yap yang sempat disemak full drafnya......kena buat beberapa pembetulan n tambahan data then dah leh jilid. Maka masa habeh hanya untuk Yap jea petang tu tapi ngak kisah pun malah tumpang gembira atas prestasi adik-beradikku.

Sebab dah tak cukup masa maka ku bincang ngan Wina, sedara tesis yang paling rapat. ~Wina kita tetap bersama nanti tyme grad ehh~ Mohon papa semak sehabis baik yang mungkin n sepenuhnya, means tak mau halai-balai ja ~lebih kurang~ coz we try do the best we can. Then kesudahannya papa semak sekali lalu dulu then komen skit-skit yang dia perasan perlu baiki n papa cakap bagi masa kat dia untuk semak sedetails mungkin. Tak cukup masa untuk papa semak full tesis kami tuh. Finally, 11-12 Mei 2009 [Isnin atau Selasa] we ouls dah boleh dapatkan komen hasil penulisan lengkap tu n insyaallah jilid. Tak sabar rasanya walaupun hakikatnya wisau + seriau ja coz tak taw apa yang kurangnya tesis tu. Macam banyak ja yang kena dibaiki tapi we ouls akan cuba yang terbaik gak papa. ~cayunk papa Rizal kan Wina??~

TEKANAN berakhir sudah........... sedar tak sedar tesis telah siap sehingga bab 5 walaupun tidak la diketahui statusnya n masih dalam proses semakan. ~inikah mimpi indah itu??~ Memang TEKANAN, stress, tension, serabut, celaru sebelum ni. Macam nak g**a ja rasanya. Well...well....well.......... inilah hadiah TEKANAN yang dihadapi. TEKANAN ni buat aku berusaha bersungguh, ajar aku tak buang masa, latih aku konsisten, didik aku berkorban dan segala macam hal lagik yang tak leh dibagitau. ~ada rahsia comeyy sangat uiii~ Uoals semua...... maka ini la kePOSITIFian TEKANAN tersebut. Rasanya kalu tanpa TEKANAN nie aku masih tidak akan berjaya menyudahkan penulisan tesis, aku masih bertangguh-tangguh dan bermalas-malas. Tima kasih untuk papa Rizal yang telah memberi tekanan ini ~hakikatnya kami yang set up tarikh benarnya sebab taw papa busy amat~

Belajar la dari setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita tak kisah dalam susah atau senang. Sentiasa positif thinking dalam apa jua keadaan atau situasi. Insyaallah segala perkara akan berjaya diselesaikan. Setinggi penghargaan untuk papa Rizal yang berperanan sebagai penyelia we ouls punya tesis [aku, Wina, Kang, Yap n Epol] Tak lupa gak untuk para lecture len yang turut membantu secara tidak langsung iaitu mama Kartini, Baba Nizam, mama Sity, ayahanda Ghazali,bonda Sity dan jugak pensyarah yang telah ku timba ilmu sepanjang 3 tahun di perbukitan ilmu UKM iaitu papa Agus, mama Rashila, Abg Nazri, Abg Takiuddin jugak abi Russli. Semoga kita mendapat grad pemarkahan yang tinggi daripada papa n pembaca kedua yea adik-beradik setesisku. Jugak GOOD LUCK untuk semua kengkawan SC POLITIC ku yang len dalam proses menyiapkan tesis. Salam Maju Jaya n kejayaan milik kita bersama di HARI GRADUASI nanti. Sampai jumpa agg... Sayang semua yang pernah hadir dalam hidup ku. ~tak kisah la kalu ada yang tak sayang aku pun~

02 May 2009

BBQ course yang GILANG-GEMILANG

Tanggal 29 April 2009, Rabu pukul 11.00pagi tamat la sudah peperiksaan terakhir sepanjang 3 tahun aku di perbukitan ilmu UKM. Insyaallah lepas ni dah tak dak exam yang akan aku duduki lagi di UKM ini melainkan ujian untuk mohon kerja. ~kalu diberi peluang la~ Gembira bukan kepalang kerana mindaku tidak lagi serabut dengan pelbagai perkara yang sebelum ini bertindan lapis.....exam, tesis, BBQ course dll.

Pas exam jea masa untuk fikirkan gerak kerja BBQ course yang telah direncanakan sebelum ini dah telah pun mula beroperasi 2 week lepas. Masih banyak perkara perlu diuruskan........ perkiraan jumlah sumbangan, tempahan kek, tempahan makanan, membeli barangan basah, set up tempat, jemputan lecture, peralatan bbq, teknikal dsbnya. Alhamdulillah AJK yang dilantik dan terlantik memberi kerjasama yang bagoss sehingga berlangsung dengan jayanya MALAM BBQ POLITICAL SCIENCE STUDENTS BATCH 06/07. Puaihhh atie eden setelah berpenat lelah. Pape pun nak minta maap kepada yang kena marah, kena bebel, kena paksa, kena kerah, kena suruh dan segala macam kena. ~hehehehehe~ Kredit untuk OYIE yang jugak sangat-sangat membantu dan menghilangkan beberapa kesulitan.

Nak paksa kengkawan semua tengok pixels yang diambil sepanjang 30 April 2009, Khamis di mana seharian suntuk bertungkus-lumus untuk bbq course yang akan menjadi kenangan terindah sebelum masing-masing berpisah ~kengkawan dan para pensyarah~ membawa haluan masing-masing.
[Membeli belah barang dapur seawal 9.00 pagi pagi di TESCO bersama Farhana, Ain, Zharif dan Amiruddin.]


[ Petang yang sibuk ngan persiapan segala macam perkara likes hidupkan bara api, mencucuk sosej, meniup belon, pasang lampu, susun atur meja dll. ]

[ makanan yang tak terkira banyaknya sehingga boleh dibawa pulang oleh setiap orang. Bak kata pak cik ASTRO, 'macam-macam ada'. ]

[ Ayahanda, bonda, papa, mama dan abang tersayang berganding dalam acara membedah kek
]

[ muka mereka-mereka yang amat kekenyangan setelah membantai segala macam jenis juadah yang tersedia di atas meja panjang ]
Hakikatnya malam bbq nie ku sempat jamah 2 ketul sosej, sedikit coslow+mush potatos, air oren, ayam bakaq kecil seketul dan kek moist coklat. Yang len tu tak makan pun......bukan tak mau makan tapi setiap kali menjadi penggerak program aku slalu wisau+bimbang hingga tak berselera nak makan walaupun ada ja makanan lebih yang banyak coz tak teringat nak bawak blek pun. Walaupun lapaq malam tu tapi puas hati when lihat para pensyarah dan kengkawan hepi dan program berjalan lancar. ~len kali kena jadi peserta ja kalu ku nak makan kenyang~

[kem...jgn bising agg naa.nie ku dah tempek gambaq hang ngan kekasih drama hang.kuikuikui.]


Whatever...........aku sangat gembira untuk majlis bbq tapi sebenarnya sedih coz memikirkan bilakah lagi kami semua akan beraktiviti sebagai cosmate??? Keceriaan luaran tak semestinya menggambarkan perihal hati sebenar. Just nak ucapkan time kasih yang tak terhingga kepada semua cosmate ku yang sangat sporting dan sempoi yang hadir memeriahkan majlis mahupun yan tidak dapat hadir atas kesulitan tertentu. Bersamalah kita pastikan yang semangat 'ES D COPR' antara kita sebagaimana ucapan GM akan berpanjangan dan takkan lost contact. SAYANG semua cosmate, POLITICAL SCIENCE STUDENTS BATCH 06/07.

TUAI PADI ANTARA MASAK,

ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN,

INTAI KAMI ANTARA NAMPAK,

ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.

29 April 2009

KONVESYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS


Hari/Tarikh:
Sabtu 9 Mei 2009

Tempat:
Dewan Merdeka, PWTC, KL

Bayaran:
RM10 sahaja

Penganjur:
Aman Palestine dan PEMBINA


****************************************

TENTATIF


8.00 -8.30 pagi
Pendaftaran Peserta Konvesyen

8.30 – 9.30 pagi
Pembentangan 1 oleh Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam Dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 - 10.00 pagi
Kehadiran VVIP dan VIP

10.00 - 10.45 pagi
Ucapan Alu-aluan oleh Ustaz Abdullah Zalik bin Abd Rahman (Pengerusi Eksekutif Aman Palestine Berhad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA)
dan
Ucapan Perasmian oleh YB Senator Dato’ Mejar Jeneral (B) Jamil Khir b Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

10.45 – 11.00 pagi
Jamuan VVIP/VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tengahari
Pembentangan 2 oleh Dr. Azzam al-Tamimiy
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat)

12.00 – 1.00 petang
Pembentangan 3 oleh Dr. Muhsin Soleh
(Hakikat Zionis dan Agenda Yang Dipropagandakan)

1.00 – 2.00 petang
Rehat / Makan / Solat

2.00 – 3.00 petang
Pembentangan 4 oleh Dr. Azzam al-Tamimiy
(Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis)

3.00 – 4.00 petang
Pembentangan 5 oleh Dr. Muhsin Soleh
(Kebangkitan Islam Di Palestin Dan Status Agenda Zionis Masa Kini)

4.00 – 5.00 petang
Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan oleh Dr. Kamil Azmi bin Tohiran (Presiden Persatuan Belia Islam Nasional PEMBINA)


***************************************


Ayuh daftar segera!!!
Terhad kepada 3 000 tempat duduk sahaja.


Untuk pendaftaran awal anda boleh berbuat demikian:

1) Tel ke 03 8926 7019
(Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC)

2) Fax ke 03 8925 9963
(Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC)
3) Email ke kbaz2009@yahoo.com
(Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC)
4) SMS ke 019 607 7372
(Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC)


JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI.

22 April 2009

~mOGA kAMO tABAH ROZITA~

Bismillahirahmanirahim.....
Di kesempatan ini (walaupun dalam kesibukan nak bergegas ke tempat exam pukul 12.00 tengahari) Dengan rasa rendah diri, pemilik blog d@r! k@c@m@t@ y@Ng b3rb3z@ mohon rakan-rakan sekalian yang beragama Islam mendoakan kesejahteraan ke atas ayahanda tercinta sahabat saya iaitu ROZITA REDZUAN.


~Sahabatku ROZITA [kanan dan bertudung oren]~

Pemilik d@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@ mendapat sms daripada beliau seawal pagi tadi.....
Sangat mengejutkan, meresahkan dan memilukan
Mohon untuk mendoakan kesejahteraan ayahandanya yang tercinta.
Dimaklumkan oleh beliau bahawa ayahandanya kini sedang sakit dan berada dalam keadaan tenat
Maka bersamalah kita sedekah bacaan Yasin ke atas ayahandanya
Agar ayahandanya yang tercinta diberi kesihatan dan diperpanjangkan usia. Amin...

Namun pemilik d@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@ sedari tentang hakikat
segalanya atas ketetapan DIA yang Maha Esa
Kita hanya berusaha, DIA juga penentunya.

Semoga sahabatku ROZITA REDZUAN tabah menghadapi ujian daripadaNYA.


Moga DIA permudahkan urusanmu yang lain.
Tangisilah padaNYA dan mohon juga perlindungan daripadaNYA.
ITA aku cukup pasti bahumu yang memikul pastinya lebih berat dari mataku yang memandang dan telinga ku yang mendengar.....
Namun.....tidak dapat dinafikan aku juga dapat merasakan keperitanmu
Di kala musim PEPERIKSAAN mendatang
Di ambang TESIS mendesak
UJIAN mendatang dan menimpa.....
Pasti ada sesuatu yang lebih baik dijanjikan olehNYA untuk kamo kedepan ini.
Yakini pada DIA yang ESA.

17 April 2009

TES!S + EXaM = ALLah berikan ku kekuatan

Buat semua kenalan, kawan, rakan, teman dan sahabat
Yang pernah hadir dan mewarnai hidupku
Samada dengan warna pelangi indah mahupun warna gelap suram
Untuk seketika cuma ataupun kekal hingga kini
Kalian tetap dihargai dan diingati
Warna itu turut kekal menjadi milikku......warna-warni kehidupan
Lakaran kanvas kehidupan ABADI.
Buat semua yang ku kasihi sepenuh hatiku
Segenap ruang jiwaku
Kasih dan sayangku hanya kerana Allah
Ku ingin titipkan kata-kata semangat
Untuk kalian dan juga ingatan buat diriku
Khusus buat coursemate......semoga kita TABAH dan CEKAL dalam menyiapkan TESIS yang menghantui kita setiap hari selagi ianya belum dijilid. ~hehehehee~
Ayuh kita berkerja keras bagi menyudahkan kerja-kerja berwajib bagi memastikan kita bergelar GRADUAN SAINS POLITIK.
Insyaallah, usaha kita bakal membuahkan hasil yang cukup lazat.
Menikmati keenakkan berKONVO dengan JAYA dan berGAYAnya.
Ucapan Selamat Mengulangkaji Peperiksaan ~mood study week~
dan
Selamat Maju Jaya di dalam Peperiksaan
Semoga setiap dari kita pass the result with flying colours ~b.i yang sampah~


Berikut adalah jadual my FINAL EXAM:
20 April 2009 - Politik Asia Tenggara (8.30 pagi)
22 April 2009 - Politik Eropah (12.00 tengahari)
23 dan 25 April 2009 - Kelas Memandu Kereta (nak habiskan lesen)
27 April 2009 - Teori Politik Malaysia (12.00 tengahari)
29 April 2009 - Geopolitik (8.30 pagi)
30 April 2009 - Jamuan BBQ batch
1 hingga 15 Mei 2009 - Settlekan penulisan TESIS yang terbengkai sementara waktu akibat memfokus pada exam ~hehehe, tumpu la sangat exam tu~

12 April 2009

i Luv ALL of YOU

11 April 2009

EDISI KHAS boo what Muz, Mid, Mer & Mie

Muzz.....rasa-rasa ada dak banyak gambar muka angg??
Okies ushar sendirik na..
Mie nanti free, kita jump sat la untuk pas pendrive coz nak tukaq2 gambaq.
Mid, erat betui pelukkan untuk ayah angkat hang. Sayang sungguh nooo.
Mer, ku tak terer edit gambaq ngat macam ang tapi leh la skit2.



EDISI KHAS INI UNTUK 4M: MUZ, MID, MER & MIE.

05 April 2009

Bersama TEAM PMPP

.::3 April 2009, Jumaat::.
Nie tyme dinner Persatuaan Mahasiswa Pulau Pinang (PMPP) di Bilek Bankuasi.........meriah sangat coz diskalikan dengan meraikan kedatangan para ibubapa yang baru ke UKM dalam pukui 4.00 petang bagi lanjutan program anak angkat yang lalu iaitu Gerakan Desa Wawasan (GDW08). Murah jea harga dinner ni dengan harga mampu milik iaitu RM5.00. Serius makanan yang sangat sedap antaranya ikan bakaq, ayam goreng berempah, daging masak lemak, sambal belacan, ulam-ulaman, sayuq campuq, acar, buah-buahan dan air buah.

~2 orang penasihat yang banyak berJASA untuk PMPP berjabat tangan penuh makna~

~Matan-matan exco yang telah meninggal PMPP kepada legasi baru juga merupakan bakal graduan pada tahun ini insyaallah~

~Penyertaan ibubapa dari Kampung Sungai Besaq, Tasek Gelugor, Pulau Pinang~
.::4 April 2009, Sabtu::.
Siang Sabtu nie dah ada aktiviti tapi tak ikut serta coz ada komiten len yang perlu diuruskan. Di siang hari para ibubapa dibawa ke KL dengan aktiviti melawat Muzium Negara dan Muzium Kesenian Islam then atas kesungguhan para ibu-ibu angkat untuk bershoppping mereka telah dibawa ke jalan TAR sedangkan perancangan asal jejalan ke jalan TAR adalah pada hari Ahad. Tapi tak pa la............demi meraikan kedatangan mereka semua. Malamnya pula jejalan lagi dengan membawa mereka pusing-pusing dan santai di Putrajaya.

~Sempat lagik posing dengan para ibubapa yang bersantai-santai di pinggir masjid Putrajaya sementara menunggu yang lain melawat kawasan sekitar~

~Kawan-kawan seangkatan di dalam team PMPP.....penghargaan untuk IZZA, AMEER dan HELMI. Kawan baru juga tak dilupa Nu'aim, Mas, Mus, Amid dll~

.::5 April 2009, Ahad::.
Nie merupakan hari akhir para ibubapa angkat berprogram bersama-sama kami. Awal pagi mereka semua dibawa mengelilingi UKM kompemnya dengan bas la, bukan jalan kaki. Then terus menuju ke KLCC. Di KLCC pastinya tak lepaskan peluang untuk melawat Aquaria dan jugak naik Skybridge tapi memandangkan tak cukup masa kami semua sempat ke Aquaria sahaja. Tapi serius memang best n SUBHANALLAH.....takjub ngat dengan kekuasaanNYA. Sebenaqnya sempat jea nak naik Skybridge tapi para ibu-ibu skali lagi excited nak p shopping moping kat Nilai 3. Maka layan ja la.....skali skala melayan kerenah warga emas. hehehe.

~BIRU vs PINK....Ngan Mek Iti kat depan bangunan KLCC~

~Nak jugak posing ngan keta tu maka lagu ni la jadinya~

~Nie dah dalam Aquaria.....wahhhhh takjub sungguh. Keindahan yang tak mampu terucap dengan kata-kata melihat keunikkan alam lautan~
~Uppsss...aksi koya bersama kengkawan yang sempoi. Tak lupa gak time kasih abang Aquaria yang baek atiee~


Hurmmmm...sowi tak teringat la plak nak snap gambaq buang sekeping dua ka tyme kat Nilai 3 tu lagi plak macam tak dak yang interesting pun. heheheehe. Maka tamatlah riwayat hari minggu ku bersama team PMPP yang akan aku rindui selepas tamat pengajian. Tetiba rasa nak nangis......

Untuk kawan-kawanku dalam Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang (PMPP)...
Kita tak besar,
Kita tak ramai,
Kita tak gah,
Tapi tu semua tak penting..
Yang penting??
Bila kita kerjasama
Semua benda jadi mudah
Yang berat jadi ringan
Yang besar jadi kecil

Ubah suai lagu Wonderpets....kuikuikuikui
p/s: nantikan kemunculan gambar-gambar sepanjang program nie dipost yang akan datang coz malas lak nak menge'load' pict bebanyak.

03 April 2009

Ayah dan Ibu

Meh kita hayati lagu nehh dalam detik-detik yang sama final exam makin menghampiri kita semua. Menginsafkan.....

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@