CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

02 May 2009

BBQ course yang GILANG-GEMILANG

Tanggal 29 April 2009, Rabu pukul 11.00pagi tamat la sudah peperiksaan terakhir sepanjang 3 tahun aku di perbukitan ilmu UKM. Insyaallah lepas ni dah tak dak exam yang akan aku duduki lagi di UKM ini melainkan ujian untuk mohon kerja. ~kalu diberi peluang la~ Gembira bukan kepalang kerana mindaku tidak lagi serabut dengan pelbagai perkara yang sebelum ini bertindan lapis.....exam, tesis, BBQ course dll.

Pas exam jea masa untuk fikirkan gerak kerja BBQ course yang telah direncanakan sebelum ini dah telah pun mula beroperasi 2 week lepas. Masih banyak perkara perlu diuruskan........ perkiraan jumlah sumbangan, tempahan kek, tempahan makanan, membeli barangan basah, set up tempat, jemputan lecture, peralatan bbq, teknikal dsbnya. Alhamdulillah AJK yang dilantik dan terlantik memberi kerjasama yang bagoss sehingga berlangsung dengan jayanya MALAM BBQ POLITICAL SCIENCE STUDENTS BATCH 06/07. Puaihhh atie eden setelah berpenat lelah. Pape pun nak minta maap kepada yang kena marah, kena bebel, kena paksa, kena kerah, kena suruh dan segala macam kena. ~hehehehehe~ Kredit untuk OYIE yang jugak sangat-sangat membantu dan menghilangkan beberapa kesulitan.

Nak paksa kengkawan semua tengok pixels yang diambil sepanjang 30 April 2009, Khamis di mana seharian suntuk bertungkus-lumus untuk bbq course yang akan menjadi kenangan terindah sebelum masing-masing berpisah ~kengkawan dan para pensyarah~ membawa haluan masing-masing.
[Membeli belah barang dapur seawal 9.00 pagi pagi di TESCO bersama Farhana, Ain, Zharif dan Amiruddin.]


[ Petang yang sibuk ngan persiapan segala macam perkara likes hidupkan bara api, mencucuk sosej, meniup belon, pasang lampu, susun atur meja dll. ]

[ makanan yang tak terkira banyaknya sehingga boleh dibawa pulang oleh setiap orang. Bak kata pak cik ASTRO, 'macam-macam ada'. ]

[ Ayahanda, bonda, papa, mama dan abang tersayang berganding dalam acara membedah kek
]

[ muka mereka-mereka yang amat kekenyangan setelah membantai segala macam jenis juadah yang tersedia di atas meja panjang ]
Hakikatnya malam bbq nie ku sempat jamah 2 ketul sosej, sedikit coslow+mush potatos, air oren, ayam bakaq kecil seketul dan kek moist coklat. Yang len tu tak makan pun......bukan tak mau makan tapi setiap kali menjadi penggerak program aku slalu wisau+bimbang hingga tak berselera nak makan walaupun ada ja makanan lebih yang banyak coz tak teringat nak bawak blek pun. Walaupun lapaq malam tu tapi puas hati when lihat para pensyarah dan kengkawan hepi dan program berjalan lancar. ~len kali kena jadi peserta ja kalu ku nak makan kenyang~

[kem...jgn bising agg naa.nie ku dah tempek gambaq hang ngan kekasih drama hang.kuikuikui.]


Whatever...........aku sangat gembira untuk majlis bbq tapi sebenarnya sedih coz memikirkan bilakah lagi kami semua akan beraktiviti sebagai cosmate??? Keceriaan luaran tak semestinya menggambarkan perihal hati sebenar. Just nak ucapkan time kasih yang tak terhingga kepada semua cosmate ku yang sangat sporting dan sempoi yang hadir memeriahkan majlis mahupun yan tidak dapat hadir atas kesulitan tertentu. Bersamalah kita pastikan yang semangat 'ES D COPR' antara kita sebagaimana ucapan GM akan berpanjangan dan takkan lost contact. SAYANG semua cosmate, POLITICAL SCIENCE STUDENTS BATCH 06/07.

TUAI PADI ANTARA MASAK,

ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN,

INTAI KAMI ANTARA NAMPAK,

ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.

4 comments:

KaMaRiAh KaMaRuDdIn. said...

sal pe gambar ak nie x de..sampai ati ang nisa yek..huhu
sedih ak...

KaMaRiAh KaMaRuDdIn. said...

nape gambar ak 1 pun x de nie..
sedihnyer ak..

.::AdNiSya3108::. said...

Kem tolong jgn gediz...
Jap agg ku tempek gmbr ko
Gmbr ku punda 2 kpng ja
Tp ku rs da ja gmbr ko kt bdk pompuan reramai tu
Gigit jugak kang budak tecik ni

.miss elly. said...

wah gi 2!!!

kem pun de skandal gak..

hAHAHAHA~

jgn mrh kem!!

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@