Bismillahirahmanirahim.....
Di kesempatan ini (walaupun dalam kesibukan nak bergegas ke tempat exam pukul 12.00 tengahari) Dengan rasa rendah diri, pemilik blog d@r! k@c@m@t@ y@Ng b3rb3z@ mohon rakan-rakan sekalian yang beragama Islam mendoakan kesejahteraan ke atas ayahanda tercinta sahabat saya iaitu ROZITA REDZUAN.
~Sahabatku ROZITA [kanan dan bertudung oren]~
Pemilik d@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@ mendapat sms daripada beliau seawal pagi tadi..... Sangat mengejutkan, meresahkan dan memilukan
Mohon untuk mendoakan kesejahteraan ayahandanya yang tercinta.
Dimaklumkan oleh beliau bahawa ayahandanya kini sedang sakit dan berada dalam keadaan tenat
Maka bersamalah kita sedekah bacaan Yasin ke atas ayahandanya
Agar ayahandanya yang tercinta diberi kesihatan dan diperpanjangkan usia. Amin...
segalanya atas ketetapan DIA yang Maha Esa
Kita hanya berusaha, DIA juga penentunya.
Semoga sahabatku ROZITA REDZUAN tabah menghadapi ujian daripadaNYA.
Moga DIA permudahkan urusanmu yang lain.
Tangisilah padaNYA dan mohon juga perlindungan daripadaNYA.
ITA aku cukup pasti bahumu yang memikul pastinya lebih berat dari mataku yang memandang dan telinga ku yang mendengar.....
Namun.....tidak dapat dinafikan aku juga dapat merasakan keperitanmu
Di kala musim PEPERIKSAAN mendatang
Di ambang TESIS mendesak
UJIAN mendatang dan menimpa.....
Pasti ada sesuatu yang lebih baik dijanjikan olehNYA untuk kamo kedepan ini.
Yakini pada DIA yang ESA.
2 comments:
al-fatihah wat arwah...semoga ditempatkn gologan org2 yg b'Iman dan Bertaqwa...amin...
ehhh....
kak yam bukan meninggal la
Just sakit...minta doakn semoga sihat jekk
Post a Comment